Selasa, 20 Ogos 2013

Bunga balung ayam - Kak Teh lagi..

Foto ni memang akak suka sangat ... warna pinknya ..... nak jadikan foto ini satu semangat dan pendorong adakah diri ini berjaya menanam pokok ini dan mendapat hasil bunga sebesar ini... walaupun  dah tahu banyak halangannya saja nak provok diri sendiri.. halangan jarak - dah semai tinggal-tinggalkan, halangan cuaca - musim sekarang tidak menentu, halangan siput - memang kegemaran siput anak -anak pokok ni dan akhir sekali halangan dalaman diri sendiri - kemalasan... so lepas ni mesti semangat.. kalau boleh nak lebih besar dari ni... benih dah dapat dari rakan sekerja (benih dari Kg Kok Talang)... kita tengoklah adakah berjaya berbunga atau tidak!  Sebabnya pokok ni sepatutnya senang je hidup dan berbunga, bukan tak pernah tanam.. masa sekolah-sekolah dulu inilah pokok permainan akak.. cheh permainan konon .. dulu-dulu campak je benih dan siram.. yang berbeza sekarang adalah waktu untuk membelek pokok-pokok ni... waktu tak cukup... 









5 ulasan:

  1. semoga kak mar berjaya tanam bunga nie..mmg mcm balung ayam kan..

    BalasPadam
  2. Salam Mar,

    Memang cantik bunga ni, begitu juga warnanya!

    BalasPadam
  3. Akak dulu2 pokok ni tabur tumbuh ja sendiri kat laman sekarang agak jarang jugak org tanam pokok ni. Mak kalau tanam pokok bunga suka cakap2 dengan pokok kadang2 kita org gelak ja dengan perangainya tu...

    BalasPadam
  4. As salam. Nak tanya saya batu nk berjinak dhn balung ayam ni. Nak tanya ada benih bunga warna kuning. Kalau ada saya nak beli. Ws saya 0126297989

    BalasPadam
  5. As salam. Nak tanya saya batu nk berjinak dhn balung ayam ni. Nak tanya ada benih bunga warna kuning. Kalau ada saya nak beli. Ws saya 0126297989

    BalasPadam