Rabu, 21 Ogos 2013

Hydrangea - kembang 3 bulan

Bunga favourite yang memberi banyak kenangan... sebelum ni arwah mil yg tanam.. pokoknya sangat besar dan berbunga kebiru-biruan... pada hari pengebumian arwah bunga ini menjadi perhatian rakan-rakan yang datang menziarah... pernah juga tanam pokok ni.. bunga yang keluar warna pink... melalui pembacaan kandungan tanah adalah  faktor yang mempengaruhi warna bunga ni.. keasidan dan kealkalian.. tak pasti asid bunga jadi warna apa dan alkali jadi warna apa .. 

Yang ini Kak Teh beli di Cameron Highlands... lama juga nak berbunga.... bila berbunga tu diaa... sebesar bola jadinya... ni satu contoh bunga Cameron Highlands yang tidak sia-sia dibeli atau kemungkinan ketinggian kedudukan Daerah Jelebu .. Tangan Kak Teh memang sejuk.. hope to see this flower next year's Eid...




P/s.. bersiaran dalam perjalanan ke mesyuarat di Putra Jaya... amboi pak supirku ini
.. olek kiri kanan badan dibuatnya... nasib badan .. sape tak tahan sampai kang ada yg muntah... akak tgh bertahan ni...dah la lewat ni ... ada lak meeting dgn Dtk B sebelum ni ..hai hai nasib la...

9 ulasan:

  1. wah... cantiknyer kak.. sy pun suka bunga ni.. tp x berani lg nak tanam.. tgn panas lg nih.. hu2

    BalasPadam
  2. Akak pun geram sebab bulat mcm bola tu...

    BalasPadam
  3. salam...saya ada dua pokok, tapi xberbungga-bunga...dah baja dah..tapi gitu jer..ada tips x TIA..

    BalasPadam
  4. Salam Mar,

    Geram tengok bunganya yang sebesar bola! Mak Aji punya saiz cenonet aja dan daunnya hijau muda serta lembut. Inilah rupanya versi lagi satu yang daunnya keras (Mak Aji agaklah), hijau tua serta besar bunganya! Sapa yang x geram nengokkannya!

    BalasPadam
  5. selalu tgk bunga ni ada dijual kat nursery kegemaran tp tak berani nk beli takut tk berbunga, setelah baca entry ni rasa cam nak beli pulak

    BalasPadam
  6. salam k Mar
    cantik lah bunga ni, wangi ke?

    BalasPadam
  7. Hello Suka, great looking hydrangeas, they are always flowering.
    And the many different varieties too.
    I suka yang merah tu.
    Have a fun weekend, simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    BalasPadam
  8. Wak... bunga ni rasanya tiada bau...

    Mak Aji... waalaikumsalam.. adalah juga pokoknya... saya punya dah merajuk he he

    Puteri.. tak wangi rasanya..

    Uncle Lee.. thanks for stopping by.. spesis merah di Malaysia tak pernah nampak lagi... pernah nampak dalam Sinetron Idonesia... I was fascinated... huge flowers ...

    BalasPadam