Ahad, 15 September 2013

Menjadi dan tak menjadi..

Umum dah mengetahui bahawa bulan bulan sebelum September yang lalu adalah bulan kering, hujan tak turun berhari hari... tanah jadi gersang, tanaman yang biasa ditinggalkan kehausan nak air nak air...
manakala bawang bawang yang kesejukan didalam peti ais sudah bertunas dan demi menyelenggara peti sejuk ini dan dah ditop up dengan stok baru... bawang bawang tumbuh have to go out... adalah sedikit ruang untuk mereka ni..peh.. garlic pun semai juga... testing -testing !! 

sebelum ni ok je tanam bawang merah tu.. namun setelah berminggu-minggu ditinggalkan dalam keadaan kekontangan semua bawang ni dah merajuk .. so foto ni sebagai catatan untuk ingatan diri sendiri bahawa bulan yang kering dan kontang adalah bulan sebelum September.... 

daun ulam raja tu pun tak bermaya rupanya... seedlings nya merata -merata tumbuh

yang menjadi-jadi ni la petola ni.. hujan ke panas ke kalau polination berjaya adalah buahnya.. mesti ada yang dah bosan tengok foto petola ni.. akak tetap suka.. setiap kali balik mesti belek jika ada yang menjadi .


p/s : publish entry hari lambat bebenor gara-gara line kat TRI seromban ni sangatla selo melo... siput khinzir tu lagi laju jalannya... maka akak menghabiskan masa membelek ros jepun yang makin mekar hari ini... buat pindahan dan tambahan pasu dari botol plastik.... HS komen.. banyaknya pasu...minggu depan tak dapat belek laman sebab ada acara hari keluarga dan risau tanaman kena overhaule lagi.. maka buatla apa yang patut..

  hari ni lunch kul tiga petang sebab hari ni fokus utama kat luar rumah... dah kenyang pagi tadi dengan breakfast nasi goreng.. malam tadi dah masak gulai potai tinggal untuk dihangatkan je...





5 ulasan:

  1. Salam Kak MAr. petola tu memang senang.. Nak tumbuh pun senang.. sekarang dah buang pokok tu kat rumah sebab pancang jadi tempat markisa pula.. Bila takde mulalah teringat-ingat. Hahhah.. Masa ada tak nak makan

    BalasPadam
  2. petola tak de segi ke ni..bukan yang nama petola ular tu ke

    BalasPadam
  3. menjadi-jadi petola bantal tu yer, sy punya pokok baru jer kena tebas ngan jiran, pendengki btui

    BalasPadam
  4. bestnye petola, saya suka makan petola ngan kacang boto :)

    BalasPadam
  5. salam kak, seronok tengok pokok petola tu. mesti best masak lemak putih dengan soon nanti!

    BalasPadam