nak jalan blog kawan-kawan dan lihat entri kawan-kawan sekejap je... so semalam blog ni pun cuti daa... sempena sakit dan hari Malaysia:) ... harapannya hari ini bertambah baik..boleh pergi kerja namun ada perkara yang terpaksa dilepaskan pada hari ini... saringan kedua untuk DRAC ... terpaksa undur diri akibat kepala tiong tiong semalam... selalunya 1 hari sakit ni reda namun menjelang pagi semalam tiada tanda-tanda akan surut sakit ni.. pelbagai usaha dilakukan.... namun nak makan painkiller adalah perkara terakhir sekali yang akan dibuat kerana ancaman gastrik... ada yang kata huh makan painkiller ni macam makan kacang ya!! terkedu I... namun selepas mengidap gastrik kronik pada masa-masa lalu.. maka lupakan dulu painkiller tu...
Cerita September lagi.. tak habis-habis.. Pada 1 September yang lalu kami mendapat jemputan kahwin anak saudara En Boss di Rawang... dah lambat.. ramai sedara dah balik... yang seronoknya akak dapat snap pokok ni... pokok mengkudu... banyak khasiatnya.. kalau ada stok jus ni kat rumah insyaallah sakit kepala akan menyusut ... tak tahan baunya yang kuat bila masak jus ni.... tinggal jadi cerita je la ya... khasiat-khasiat tumbuhan ni bolehla di google... blog Mak Aji pun ada info mengkudu ni.. malah ada syarikat MLM dari dalam dan luar negeri mengeluarkan produk berasaskan mengkudu .. popular dengan panggilan Noni Juice...sape tahu nak tanam pokok ni dengan apa ya? via benih atau via keratan batang?
macam alien je rupanya!
memandangkan pokok ni tepi pagar dan tepi longkang dan kekangan tempat yang sempit setakat tu je yang dapat difokuskan... teringin sangat nak close up bunga dia tu..
putik yang dah menjadi
bunga apa ya!
cantik pulak bila dipotretkan yer !
BalasPadamassalam ujie..diopis acik..banyak pokok ni..tapi bila tengok gambar yang ujie ambik ni cantik pulak
BalasPadamSalam Mar,
BalasPadamTak pastilah pulak mengkudu tumbuh melalui benih atau keratan batang sebab tahu2 aje pokok ni tumbuh aje meliar.
Cantik pulak gugusan bunga putih tu ya!
Assalammualaikum Rose.
BalasPadamAkak pernah tanam pokok mengkudu melalui keratan batang, dan hidup.
Pucuk mengkudu sedap buat ulam, celur terlebih dahulu dgn asam jawa utk.hilangkan pahitnya.
lama dah takkn ulam mengkudu ni kak...nanti nk cari
BalasPadamsalam k.mar,
BalasPadampokok mengkudu tu tak silap aritu pernah tgk org tanam dgn keratan batang...
rehat2 k.mar..nanti dh sehat elok..boleh tanam pokok mengkudu..:D
get well soon!
Salam Kak Mar.
BalasPadamMoga makin bertambah ceria dan sihat.
Tak boleh singgah lama, computer Diana crash kalau buka laman Kak Mar tak tau kenapa. Mungkin laptop dah purba kut hehehe....
Assalamualaikum Mar,
BalasPadamSaya pernah tanam mengkudu menggunakan biji benih, kalau Mar nak benih kongsi saya boleh poskan tinggal alamat Mar kat email saya, saodahmail@gmail.com, Semoga cepat sembuh ya Mar.
ASSALAMUALAIKUM kak..
BalasPadamMacam mana hari ni? bertambah sihat sikit tak?
penghidap gastrik ni agak payah sket kalau bab2 makan pedas kan.. semoga akak cepat sembuh yer kak.. nanti perut dah ok boleh la makan macam2 kan.. cuka dan susu elakkan dulu yer.. x elok utk gastrik.