Khamis, 19 September 2013

Petai o Petai

Sungguh-sungguh hari semalam Rabu yang bisu...no entry at all... tuan blog cuti sakit sungguh-sungguh.. hari semalam ke klinik buat ujian darah dan tukar ubat bp.. mc lagi... bp tak turun ..
den tak paham apo doktor Pakistan tu cakap... BM telor Pakistan... dia pun terasa agaknya akak tak faham cakap dia.. orang tanya ubat lama buat apa? (Ubat tu ambil minggu lepas).. dia jawab makan ubat baru dengan   ubat diabetik dos yang rendah.. ini ubat saya pun ambil.. akak expect jawaban dia samada stop ubat lama tu atau makan bersekali dengan ubat baru.. 3 kali tanya itu juga jawapannya .. 
ini ubat lagi baik untuk jaga jantung, elak kegagalan buah pinggang supaya tak kena dialisis... yo lah doktor itu akak faham... soalan akak tak dijawab dengan tepat... tension sungguh kalau dapat doktor macam tu ..macam ayam dan itik bercakap.. dah la kepala ni sekejap dup dap.. sekejap tiong tiong..

Ada kemungkinan makan gulai petai ni kepala akak tiong-tiong akibat angin... entahlah... sebelum ni makan ada juga makan sambal petai... hu hu muntah belilah tepi jalan.... dulu makan yang mentah ok je... dah tiba waktunya faktor umur petai dah jadi kepantangan... konon nak test power dengan harapan tiada mudarat... tak boleh juga la ni...but this time less vomiting... mungkin dah amalkan makan rumpailaut... hu hu I miss petai...

Sebagai ingatan last le makan petai ni... malam minggu masak gulai petai sebab big bos nak makan juga... start masak pukul 8 malam.. depa dinner pukul 10... gara-gara dapat petai free la ni!! Big boss dapat dari kawan fb...bersekali dengan mangga pauh (akak panggil manga telur) ..selepas perjumpaan dengan kawan-kawannya bergegas balik rumah untuk prepare  favourite dish dia ni....akak makan seulas dua aje...

Pemberian kawan En Boss

Big boss kikir kulit petai.. adan seorang doktor sarankan 
jangan buat proses ni kerana ada khasiatnya kulit luar yang dibuang tu...
dah terlepas buang je le.. lambat dapat info..

Hasilnya

kualiti foto yang malap... hari malam

 Santan, ikan bilis , cili api dan kunyit hidup... terlupa snap ... bila dah menggelegak masukkanlah petai tu .. akhir sekali boh le mangga tu.. tak payah boh asam keping lagi...








13 ulasan:

  1. assalam SS..acik pun sekarang ni tak tahan dah makan petai..pening dulu petai jeruk tu lagi acik suka..buat masak lemak ngan ikan pun guna petai jeruk

    BalasPadam
  2. Sedapnya kak..kebetulan pulak td adik bgtau harini mak saya masak sambal tumis petai....tak sabar nak balik umah dinner hehehe..akak mkn ubat apa utk high blood pressure tu? saya pon ada mkn ubat jgk...doc ckp sama..ubat yg dia kasi tuh bgs sbb dia jaga jantung & buah pinggang...saya mkn Atenolol..works for me..take care,kak...semoga cpt sembuh...:)

    BalasPadam
  3. sy pun k.mar minggu ni atas meja makan petai mesti ada..punya lah membeli kat CH br ni..musim kut kan..merata ada...boleh la try cr akak masak ni..:D

    BalasPadam
  4. Alahai sedapnye kak, hehe. kecur air liur tgk. Jaga diri baik2 ya kak,semoga cepat sembuh. :)

    BalasPadam
  5. Kalau kat rumah petai ini sambal jelah, tak pun bakar atau rebus.

    BalasPadam
  6. Oh cam gini tak bolehlah Diana selit petai dalam delivery nanti Kak Mar tak baik-baik :p . Selit tree dahlia buat pengubat.
    Oh tak yah letak assam gelugor ya. Boleh try ni semua bahan ready dari kebun. Mempelam telur pun tengah galak atas pokok sama petai.

    BalasPadam
  7. salam k Mar.
    dah lama tak makan petai.Petai sambal bilis sedap dan wangi.

    BalasPadam
  8. Salam kak mar.. semoga cepat sembuh ya kak.. Tak sangka petai ada kesan sampingan pada orang tertentu.. Ingatkan suka dengan tak suka je..

    BalasPadam
  9. Rose..pakkal la tak alah.. mau banyak akak makan ..

    acik.. ada geng juga ni..

    BalasPadam
  10. Salam Mar,

    Harap dah beransur baik sekarang! Mak Aji pun suka juga petai, biasanya celur buat ulam cicah budu je. Kalau ikut hati mahu habis 2 pinggan nasi. Skrg pun xleh makan banyak sebab angin, asyik sendawa memanjang. Sedapnya gulai petai ngan mangga telur tu!

    BalasPadam
  11. sedapnya petai,my fav ever n ever :)

    BalasPadam