Isnin, 20 Januari 2014

Adakah ini sayur meranti ?

Buah apa ni? - Suatu pagi dihujung minggu sedang akak buat operasi rumput liar jumpa pula pokok... sebatang je .. subur pula tu... Kalau ikut ilmu yang ada ini adalah pokok liar je sebab bukan kita yang semai.. walaupun liar nak juga tahu nama.. mesti pokok ini ada id... dulu-dulu ingat pokok cili sebab daunnya macam daun pokok cili.... tapi buahnya bulat-bulat gitu.. tapi tak hairanlah semenjak berjinak dengan blog gardening ni macam-macam spesis cili ada... bila diingat kembali blog KBB dan Sean ada pokok ni... sayur meranti rupanya.. boleh makan buat masak lemak... hmmm tak  biasa makan... jadinya akak biarje la pokok ni hidup sehingga dibuang oleh FIL yang rajin dan nak bersenam untuk kesihatan dirinya tu.. kalau ada lagi dilaman maka bertambahlah koleksi sayuran dalam kamus ingatan akak ni..











8 ulasan:

  1. Sedap k.Mar... pahit2 tapi rasa nak tambah lagi... dulu mase kami sy kecik slalu teman mak gi cari meranti ni... skrang dah susah nak cari...

    BalasPadam
  2. sayur ni yang arwah mak ske masak dengan keledek..buat masak lemak..sekarang semua benda buat saya teringat arwah mak, sejak benti keje 10 thn dulu..banyak masa saya dengan mak..sedih

    BalasPadam
  3. X pernah tgk n x pernah mkn...klu terjumpa ni boleh la try buat msk lemak

    BalasPadam
  4. Yup, sayur meranti. Kak Mar simpanlah benih tu. Buah purple tu dah cukup masak, boleh tuai bijinya.

    BalasPadam
  5. buah tu bukan terung pipit ke? sedap dimasak dengan sambal bilis atau direbus buat ulam atau saya tersilap pokok?

    BalasPadam
  6. Dalam kebun nampak dia hidup timbul bahagia subur di partial shade.

    BalasPadam