Ahad, 19 Januari 2014

Ipoh 2014 - aktiviti majlis, makan dan balik..

Untuk catatan sendiri... 
sampai je Khamis lepas singgah di Vanggey Cawangan Labrooy... tempat dah cantik .. makan kat sini memang favourite wp ada yang kata nasi ganja lagi sedap... tempat ni memang sesuai dengan kami... saja snap ayam tu.. bagi ingat bila teringin.. entah bila la datang sini balik..


lepas solat maghrib di Masjid Dato' Panglima Kinta... cari nasi Arab.. dari awal tahun nawaitu nak makan nasi Arab untuk celebrate hari ketuaan kununnya di Seremban.. akhirnya jumpa di Ipoh..gugel Hyderamaut tak jumpa... sebenarnya spelling Hadramaot... depa yang duk sini pun tak perasan restoran ni..hari-hari lalu je... bila kami sampai whoooo semua bersorak tempat yang memang dicari... area River Front..
belajar bahasa Arab gak... belasah je kutuk mamat Arab tu.. dia pun kutuk kita he he sebab tak faham bahasa masing-masing... untuk ingatan... haq haq - awak punya... ladith .. sedap .. betul entah.. mau tengok kamus HS dulu... kut adala dalam kamus tuh

En Bos mesti nak .order ni ..hummus makan dengan roti Arab..wp order mandy kambing.. miss dessert malahabia kali ni ..dah habis...telan air liur je la... beza kalau dengan Sahara Tent.. sentiasa ada.. tapi mandy dia sedap sangat... HS tak suka mandy Sahara Tent... yang ni dia suka pula..harga murah lagi..

besar dulang roti ni.. kat Sahara besar pinggan je.. sebelahnya tu la hummus.. yang kuning-kuning tu olive oil..


 lamb kebab



dah habis makan tak boleh balik dulu.. ada perarakan Thaipusam... jalan dah jam..sadis


duk la luar tengok lampu-lampu... camera tak cun dengan suasana malam .. 


esoknya majlis berendoi, marhaban, cukur jambul dan doa 
selamat untuk baby baru .. macam kebetulan pula semalam solat kat 
masjid turquoise.. hari ni pun tema kenduri pun turquoise.. 



lepak kat luar khemah.. sudah pasti  bunga ni jadi sasaran.. killing time 

malam jalan lagi... siang dah puas makan kambing ..malam sebelum pun kambing juga..
Acu intro nasi lemak ayam kampung... sini pun ramai sangat orang

macam-macam bubur ada

ewww... terkejut badak sekejap... belut ghupenya... mesti tokey nya orang Kelantan..
 ada menu belut gak kat sini

Dessert caca merba - sukahati anakanda Aizat je tolong ambilkan

lebih pada makan ayam kampung je.. nasi tu pass kat Qairina separuh.. 
ayam garing dan panas.. sedap.. pakkal perut tengah sebu.... 



dah habis...tinggal tulang je he he


 restoran yang ramai sungguh pelanggan .. sampai keluar kedai

comei gak ayam - ayam ni

ramai lagi..

dah makan jalan-jalan kat Gerbang Malam... malas nak snap sebab foto setahun yang lepas pun tak up lagi... hmm teringat pula Aiman yg sedang sakit... first jalan kat sini bawa Aiman sekali.. Aiman gelakkan Mak Long yang suka snap foto kat Gerbang Malam... get well soon ya Aiman.. 
cantik pula pokok ni bila besar dan subur macam ni -tanda kenangan dah sah sampai sini.. Allah selamatkan semua keluarga ni

kunun balik nak duk diam-diam tak mau snap-- snap juga... sebab bukit-bukit tu panggil suruh snap..




yang ni gerbang pula yang panggil


berhenti lunch di Jalan Bellamy... 

bersambung ... entah bila pula nak up.. tunggu mood ok

3 ulasan:

  1. assalam kak mar,
    cantiknyer tema blue utk baby.. =3

    BalasPadam
  2. Gee... waalaikumsalam ..tu yg snap juga tu...ada mak sedara yg expert ni...

    BalasPadam