Isnin, 4 Ogos 2014

Hari Peringatan

Alhamdulillah... sampai lagi ke tarikh hari ini... semoga kami terusan bersama-sama untuk bahagia dunia dan akhirat.. kali ini tiada sambutan.. mungkin ditunda bersekali dengan birthday anakanda Siraj yang jatuh pada 2 Ogos yang lalu. Ala bukan celebrate sangat pun... sekadar berkumpul anak-beranak makan sama-sama.. tu je.  Masih tak sihat lagi En Boss kami ni .. kami sekeluarga mendoakan beliau segera sembuh..semoga segera sembuh untuk bantu ramai orang diluar sana yang perlukan bantuan.. insyaaAllah

 Cuaca semalam dan hari ini bagai mengerti situasi kami ni...  semalam dingin je hari.. matahari malas nak keluar. hari ni macam ok tapi hangat dari semalam. Sebagai ingatan bahawa hari ini hari  bersejarah kami.. Rasanya bulan Ogos ni ramai kawan-kawan yang celebrate birthday dan anniversary.. selamat semuanya akak ucapkan.. 

Hari ni tiada foto gardening :) hanya mengenang kembali peristiwa gembira bersama keluarga kerana En Boss rajin layan keluarganya yakni kami yang tak berapa sempurna ni..

impatiens hasil ke Frasers Hill... suka dia ke sini walaupun pesakit MPN tidak digalakkan berada dikawasan tanah tinggi

Sun set di persekitaran rumah sahabat aka adik angkat En Boss yang baru setahun bersahabat.. amat rapat mereka ni.. raya tahun ni belum lagi dapat bertemu muka.. hanya di mukabuku dan whatsapp sahaja.. Rajin dia kesini bila dijemput..wp tengah malam :)

Bunga ros kapas hasil pemberian Kodai Topi Sawah.. suka juga kesini makan mee kari sambil melihat suasana sawah yang menghijau

Suka ke Cherating dengan kami sekeluarga kerana tempat ni sudah sebati dengan jiwanya dari kecil lagi.. malam-malam kami lepak tepi pantai dengan adik ipar sambil makan kacang

Entah bila ke sini lagi dengan En Boss 

p/s 4 Ogos 2014... happy anniversary En Boss... thank you for the wonderful years we've been together... pahit/manis/masam/masin kehidupan ....semoga bahagia dunia akhirat

Ya Allah ya Tuhanku semoga dia beransur sembuh dan semoga dia tabah menghadapi dugaan ini... aamiin.


7 ulasan:

  1. Semoga En Boss cepat sembuh. And Happy Anniversary sis. Semoga berbahagia hingga ke syurga. =)

    BalasPadam
  2. Happy anniversary Mar.Moga kekal bahagia bersama hingga hujung nyawa. Harap En Boss cepat sihat dan sembuh sepenuhnya.

    ...pink impatien tu kak baru je kidnap sikit kat kampung..

    BalasPadam
  3. Happy anniversary.
    Balik raya tu ada singgah cherating makan sotong goreng.

    BalasPadam
  4. Salam Mar,

    Happy anniversary! Harap En. Boss cepat sembuh seperti biasa, amin!

    BalasPadam
  5. Faarihin, Kak Mala, Diana dan Mak Aji: Salam tq for the wishes.. best wishes to you all too.. En Boss is recovering.. slowly.. semput diatasi dengan pum .. yang lagi slow nak pergi adalah batuk gatal tu.. tidur malam tak selesa..nak beraya pun susah..

    BalasPadam