Ahad, 3 Ogos 2014

Pokok-pokok balik beraya

Tak sampai hati nak tinggalkan anak2 angkat ni selama seminggu disini, terpaksa selongkar cari bekas untuk mengisi mereka ni.. bekas yang boleh menjaga keselamatan mereka ketika dalam perjalanan.

Strawberi alpine reugan

Elok je berbunga dalam bekas ni

Anak-anak Strawberi dari Cameron Highlands yang survive.. depa ni pun akak angkut bawa balik beraya.. kesian ..depa ni semangat nak hidup .. kena tinggal nanti separuh jalan je projek benih CH ni ...selain tu ada 2 pokok yg dibawa balik iaitu malabar merah dan pokok En Boss dapat dari kawannya..

11 ulasan:


  1. Selamat hari raya

    `Strawberi alpine reugan' ni sama seperti buah strawberry yang biasa nmpak kat CH tu ka?...

    BalasPadam
  2. Sudais..selamat hari raya..ni strawberi liar.. saiz kecil-kecil je..

    BalasPadam
  3. Dah habis raya ni, segala pokok kembali ceria sebab tuannya dah kembali membelai..

    BalasPadam
  4. nasib pot tu kecik2 je k mar kalau tak jenuh kena tempah lori...hehehe..
    ni masalah gardener mcm kita ni kan k mar...susah hati manjang masa nak tinggai rumah...

    BalasPadam
  5. Elok pokok pokok strawberry Kak Mar, alhamdulillah selamat. Saya kehilangan pohon Lily Pink Elodi karena seminggu pulang kampung. Sedikit menyesal kemarin tidak dibawa pulang supaya selamat.

    BalasPadam
  6. Tee.. pasti diaorang ceria.. dapat makan macam-macam... yang penting dapat air..

    @na... Betul tu... kalau besar - besar pot tu memang kena tinggal la jawabnya.. tahun lepas akak tutup pangkal pasu dengan tisu dan macam-macam benda untuk lembapkan pasu..

    Yang Saya Suka.. alhamdulillah masih elok lagi strawberi tu.. seolah-olah suka dibawa berjalan-jalan :) .. sedih juga jika pokok lily mati.. Kak Mar kehilangan pokok thyme kali ini.. sedih juga.

    BalasPadam
  7. harap2 boleh la tengok buahnya nanti

    BalasPadam
  8. Bestnya tanam pokok strawberi. Dah dapat hasilnya jangan lupa share dengan kita semua. Hehe.. =D

    BalasPadam
  9. Comelnya pokok-pokok alpine duduk dalam raga.

    BalasPadam
  10. Salam Mar,

    Pokok pun balik beraya dengan tuannya sekali ya! Nasib baiklah masih kecil boleh diangkat-angkat. Pun sebab kecil tulah juga mudah mati kalau tanpa jagaan rapi! Dah berbuah strawberi kongsikan ya!

    BalasPadam
  11. Kamsiah, Faarihin dan Mak Aji: Salam alpine strawberi tu memang dah berbuah dan sedang berbuah .. buahnya comel nau... insyaaAllah kita sama - sama sabar menanti strawberi Cameron Highlands tu membesar dan berbuah

    Diana.. kebetulan ada container yang sesuai :)

    BalasPadam