Isnin, 5 Januari 2015

Dahlia untuk ku

Pagi 12 Rabiulawal 1436 diPusat Bunga Pasu Molek Seremban

konon nak beli bunga ni..risau pokok mati dianaktirikan akak snap je la fotonya... sebabnya Seremban dah seminggu panas.. ada pokok yang kering.. yang ni  next buying.. dah masuk dalam wishlist,,, kalau ada minggu depan bolehla rembat pokoknya..itu pun kalau ada lagi.. kena bawa balik KL .. sebab kena letak bawah shade.. borong dua pasu bunga dan 6 pek tanah campur untuk asparagus Mary Washington yang telah tiba sebelum new year hari tu... pesanan dari Diana KBB

 sebagai memperingati hari ketuaan tempek la bunga ni bagi menceriakan hati.. dari tengah malam 5.1.2015 hingga 12 tengahmalam dlm fb berderet-deret wish HB .. jenuh juga nak jawab wish kawan-kawan ni... anak2 dan anak saudara serta adik berderet-deret wish dalam group whatsapp.. namun hati tetap sedih dan rasa serba tak kena kerana kali ni kurang 1 tukang wish yang saban tahun sentiasa melontarkan ucapan indah dan doa yang membangkitkan semangat ... takkan sama dengan wish dari dia seorang... tiada lagi penyokong kuat akak... tiada lagi pembakar semangat untuk menghadapi pelbagai masalah.... anak-anak mengirim tex .. Mak.. abang, Siraj dan adik ada... jgn sedih2.. 
dia lebih disayangi yang Maha Esa.. semoga dia bahagia disana.. 

kami sekeluarga akan sentiasa mendoakan kesejahteraanmu..

wishlist juga


perolehan hari Maulidur Rasul..rupanya uncle penjual tu chinese Muslim.. pemurah.. pokok ni fuschia namanya dan  sepasu impatien

Impatiens.. masih bunga merah.. di Frasers Hill ada warna jingga.. nak juga warna jingga tu..

ps: lambat hari ni keluarkan entri kerana sibuk pindahkan anak-anak pokok zinnia, tanam crown asparagus. 
Petang dinner dengan anak-anak.. anakanda Siraj belanja emak kali ni sebab dapat gaji pertama... alhamdulillah semoga semua anakanda ku dikurniakan rezeki harta dan kesihatan serta kebaikan yang melimpah ruah.. semoga terusan beramal soleh dan sentiasa berada didalam rahmat Allah sentiasa

Takziah juga pada rakan sepejabat yg kehilangan 2 ahli keluarga dalam tempoh seminggu yang lepas... awal minggu ayahandanya selang dua hari adindanya pula .. koma selepas melahirkan baby yang ditunggu-tunggu selepas 4 tahun.. bak kata rakan sepejabat ... arwah adinda tidak dapat bersama semasa kematian ayahanda.. sudah suratan bertemu dialam lain pula... akak pula menangis sendirian bila mendapat perkhabaran tu... siaplah kita....hanya menurut perintah Mu Ya Allah.. semoga rakan akak dan keluarganya  ni tabah menghadapi pelbagai ujianNya.. 

13 ulasan:

  1. selamat hari ulangtahun kelahiran SS..walau pun terlewat beberapa hari acik nak juga ucapkan untuk ss

    BalasPadam
  2. salams, selamat hari jadi moga panjang umur murah rezki...muahh muahhhh (hug & kisses dari saya):):)

    BalasPadam
  3. Salam Kak Mar,

    Hari jadi kak mar kah? Selamat ulang tahun! Sedihnya Kak Mar kata kurang satu wish.. I feel u!

    BalasPadam
  4. Acik Erna.. terima kasih atas ucapannya

    Honey.. begitulah adanya..thanks for the wish..

    BalasPadam
  5. Assalaam Kak Mar...
    selamat hari jadi ya.. Wish you all the best.. Baarakallaahu fii umurik,,

    Cantik-cantik bunganya, Kak. Esp Dahlia, I love that :)

    BalasPadam
  6. Amiiza..thanks dear..

    Hari..waalaikumsalam... terima kasih ... ya ..dahlia ramai yg suka

    BalasPadam
  7. Assalamu'alaikum suka suka
    Tumpang aturkan ucapan selamat harijadi. Juga, selamat melangkah ke tahun 2015. Semoga sentiasa sihat dan sabar mengemudi kehidupan sekalipun tanpa orang tersayang. InsyaAllah dalam jagaan Allah selalu!

    BalasPadam
  8. Allah.. kakak terlewatlah, tapi tetap nak wish juga

    HAPPY BELATED BIRTHDAY!

    Ceria-ceria dgn anak-anak dan sanak-saudara. tak kurang bunga yg menggamit semuanya. Kakak terpikat bunga raya kuning tu:)

    BalasPadam
  9. Cantiknya dahlia dan hibiscusnya! Jadi ingin menambah koleksi.

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum Kak Mar, Happy belated Birthday...

    BalasPadam
  11. Happy belated birthday Mar. Happy selalu ya...

    BalasPadam
  12. Happy belated birthday Kak suka-suka.....

    BalasPadam
  13. Salam Mar,

    Wah, banyak yang dirembat, termasuk bunga raya kuning/oren tu ya!

    Yalah kan, birthday wish drp yang tersayang itulah yang paling ditunggu2 berbanding yg lainnya. Kita doakan arwah tenang di sana, al-Fatihah.

    BalasPadam