Cuaca terang dan ceria ketika kami tinggalkan laman yang semak di Seremban pada pagi Maulidur Rasul... selepas tutup pagar kami breakfast di kedai tepi tebing, ziarah pusara arwah En Boss, melawat nurseri uncle Pasu Molek dan balik KL untuk meneruskan penyediaan minit yang tertunggak hari tu...yang kami tinggalkan ada yang cantik dan ada yang kantoi kerana Seremban tak hujan... pokok Thai Jasmin dah kering kontang,,, walhal KL bukan main lebat hujannya.. yang semak dan sakit mata pada pencinta kekemasan adalah pokok Rose Cotton ni :)... terjulur sikt dari alignment pagar pasti kena cantas...kadang-kadang akak biarkan aje.. kadang-kadang jadi gang pencinta kekemasan... 0.0001 peratus je gang pencinta kekemasan tu..baki peratus tu adalah perasan sayang nak cantas dan dengan alasan pokok ni berzikir dan beri kita oksigen... yang 0.0001 peratus tu bila terpaksa dan malas nak dengar pelbagai alasan yang diberikan oleh arwah... kenangan tu... nekad je masa dia tengah sibuk nak meriah macam ni akak buat hard pruning :)
Sebelum tutup pagar snap bunga ni dulu... suka akak dengan latarbelakang langit biru tu... pokok ni dah tinggi terpaksalah mendongak.. Warna ni adalah warna terakhir sebelum dia gugur ke bumi... beberapa kali bertukar warna setelah kudupnya mengembang sedikit demi sedikit.. kelopak yang gebu ni akan mengerekot dan membentuk gumpalan bagai bola.. walaupun mengerekot bunga ni tetap gebu dan comel... suka dengan warna pink gelap ni... dah tak terkira kitaran pokok ni berbunga... terima kasih kepada akak yang berniaga di Kodai Tepi Sawah Ulu Bendul KP.. entah bila lagi akan breakfast kat kedai tu... nantilah one fine day ajak anakanda yang berdua tu untuk bawa mak mengimbal kembali nostalgia breakfast di tepi sawah..
Kudup baru sudah berkembang .. awal pagi warna sangatlah putih suci... lebar bunga ni selebar tapak tangan akak..
p/s i) seekor burung berwarna kuning comel telah hinggap di pokok sebentar di pokok gardenia yang tak berapa nak hidup tu.. miss !! kamera tidak bersedia lagi... sekadar catatan akak bertemu burung comel yang berani turun dari pokok kayangan .. bising pula tu.. bila perasan akak pandang dia terus dia terbang semula meninggalkan akak.. maka terjawablah sudah kepada persoalan siapa yang patuk-patuk cili-cili api akak yang tengah ranum tu... patuk-patuk catuk ayam.. tak tamak ..tinggalkan tuan pokok separuh lagi :)
ii) hujan lebat sekarang ni KL ...
ii) hujan lebat sekarang ni KL ...
Mar..kak cukup fobia dengan ayat..pokok berzikir...binatang berzikir...selalu jadi teringat2 kat ayat ni bila nak buang pokok. Rasa kesian..bila nak penyet belalang pula rasa takut dosa, begitu juga bila nak pijak siput. Walupun buat juga tapi tetap ada rasa kesal bila duk ingat depa tu siang malam duk berzikir kat Allah SWT
BalasPadamIndahnya bunga cotton rose itu. Disini kita sebut waru landak. Kata-kata Kak Mala benar benar menyentuh. Terima kasih.
BalasPadamAssalamualaikum Kak Mar,
BalasPadamCotton rose ni memang cantik, dah 2x Julie cuba tanam, tapi fail hehe..suka sangat tengok bunga ni!
Alahai walau duduk dibawah N3 hari ini tetap kakak baca juga sebab nak tengok bunga yg cantik tak terkata ni:)
BalasPadamGebunya geram tengok. Petang ni ke Seremban ada pakcik sedara meninggal maghrib semalam best friend papa dengan abang angkat mama . Rasa sebak hiba takde mood nak buat posting.
BalasPadamSalam Mar,
BalasPadamTerkedu sekejap bila Mar sebut pokok yang berzikir, disambung pula oleh Mala yang haiwan juga begitu. Kita pula sibukkan entah apa2, entah sempat entah tidak berzikir! TQ for the reminder!
Mak Aji suka bunga ni! Cotton rose namanya ya! Pokoknya boleh tahan besar, kan!