Jumaat, 9 Januari 2015

Mary Washington

Salam pagi Jumaat yang mulia.. selamat sejahtera.... sudah dua hari KL hujan pagi .. pukul 7 pagi gelapnya macam pukul 7 malam.. timer lampu jalan sudah berkhidmat mengikut waktunya...maka bergelap-gelapan lah kami ke pejabat bertemankan lampu kereta dan sedikit-sedikit lampu kuning di jalan-jalan besar.. 

Pagi ni sekadar berkongsi keseronokan menyemai crown si Mary Washington.. selepas Krismas akak dah terima bungkusan pesanan dari Diana KBB.. since Jumaat tu batalkan cuti.. datang ofis kena dengan harinya segeralah bungkusan diterima.. kalau sambung cuti alamatnya minggu depannya baru terima bungkusan ni.. sangat teruja bila pesanan yang paling berharga ni akak terima...bila balik Seremban teruslah akak memborong tanah 6 bag dan kotak semaian saiz besar tu.. owwh anakanda ku sudah memberi pandangan itu... Mak ni nak beli apa lagi? nak buat apa lagi ni?... Mak diam je.. kamu lihatlah nanti... :) 

nak tanam di Seremban risau pula.. maka di rumah kayanganlah kamu menetap sementara waktu ya Mary Washington.. macam mana lah asparagus ni dapat nama Mary Washington...

Semoga kamu terus subur berpanjangan ya...
  

Melingkar macam anak naga pula 

Awin dari MyPetak Hijau suruh check sebab crown Awin dah muncul tunas asparagusnya..... dah menjulur panjang ru-rupanya si Mary Washington akak ni .... lebih dari seminggu terperuk dalam kotak bungkusan.. nasib tak terpatah..
P/S: ada beli benih asparagus ni di Nurseri mana dah tak ingat.. bahagia je benih tu dalam bungkusan .. macam tak ada hati nak semai sebab rasa was-was akan keberjayaannya bercambah.. hmm sebenarnya diluar sana di Malaysia ni dah ramai yang berjaya menyemai dan menuai hasil aspargus ni... lepas ni nak kena beli anak pokoknya.. ada rakan FB yang menjual...nanti boleh ada berderet-deret pokok asparagus... sedih pula ..kalau arwah En Boss ada dia pasti suka.. pernah kami hampa bila suatu hari tu kami dinner minta asparagus .. dalam menu ada bila dipesan chef kata tiada stok... ungkapan popular bonda akak buat  harap je!!

5 ulasan:

  1. Sungguh kakak tak pernah nampak pokok asparagus live tau Kak Mar. Yg kakak tahu yg dah kat pasar hihi... Inilah kali pertama tengok sebab google pun tak pernah tentang asparagus.. Diana tu memang banyak tahu tentang pokok kan... bagus.

    BalasPadam
  2. Lepas ni bolehlah semai banyak-banyak. Dah tak payah beli puas dpt pucuk yg muda:)

    BalasPadam
  3. Syukur Alhamdulillah selamat terima.
    Sebelum tanam crown tu boleh je tuai sebelum tanam. Yang warna putih baru keluar dari tanah lebih manis. Kekadang yang dah arif biasanya nampak baru muncul tutup dengan baldi nak prevent dari tukar hijau.

    BalasPadam
  4. Beruntung sekali Kak Mar dapat crown asparagus. saya sudah lama cari crown asparagus untuk ditanam di halaman rumah, tapi sampai saat ini belum juga mendapatkannya. Saya beberapa kali beli seednya tapi gagal germinasinya. Ingin sekali mendapatkannya.

    BalasPadam
  5. Salam Mar,

    Ingatkan siapalah Mary Washington tu, he he! Asparagus rupa2nya! Mak Aji punya benih asparagus masih lagi mengeram, entah bila nak disemai. Teruja pula tengok Mar punya Mary ni!

    BalasPadam