Pengakhiran September 2015... Lepas sudah Hari Raya Korban.. blog sepi tanpa entri. Maka kali ini untuk hari terakhir September 2015 dapatlah se entri yg telah lama bersarang didalam folder. Cerita April di bulan September yang bernawaitu untuk catatan sendiri. Baru sempat nak upload foto. Kebanyakan foto dari dalam bas dan dari hotel penginapan.
Stulang Laut , JB ditinggalkan menandakan tempoh bergabung dan sumbang saran telah tamat. Setiap peserta dan kawan-kawan yang terlibat dah fikirkan bila nak sampai KL ni... penat sudah ..4 hari 3 malam ..tidurnya selepas pukul 12 malam.. lepas ni tunggu endorsement dan gunapakai aje... ada acara lagi lepas ni ke?
Pemandangan dari bas sahaja.. pasti ada cahaya refleksi tu... apo nak dikato... semua orang nak balik... semasa berada di sini sibuk dengan kerja.. nak jalan-jalan snap sana sini pastinya tidak berkesempatan sebab sibuk tahap gaban... seketika akak ada juga terlajak tidur... dah penat kan!
Ha ha peserta up foto bilik yg berkunci gara-gara kami urusetia terlajak lelap selepas dinner.. sementara tunggu maghrib akak dan roommate terus tak sedar diri... belum sempat badan dapat rest akibat perjalanan yang jauh dah kena pulun buat kerja demi sasaran yg telah ditetapkan..

Singapura di seberang sana
Pandangan dari hotel.. cermin yang bersalut lapisan entah apa ...
pemandangan jadi kelam .. sebenarnya kat luar tu panas terik..
Singapura di sana