Isnin, 30 November 2015
Jumaat, 27 November 2015
Khamis, 26 November 2015
Tak sempat dah nak mengulit laman
Mengimbau kembali..
Sebelum laman jadi kosong sempat dan teringat nak snap sebelum balik.. rasanya ni dah bermula aktiviti mengemas... masa ni tak ada instinct untuk pack semua pokok2 ni..
gardenia yg baru belajar ceria
pokok anak burung dudah mula rontok daunnya
Tinggal kenangan ..akar dani yg sudah suka disana tidak survive bila dibawa ke rumah kayangan
Yellow walking iris dah arwah.. duk atas porch tiada sumber untuk disedut.. spider lily masih ok..
Subur lemon tu.. tinggi.. akhirnya tinggal planter box.. jirannya si delima dah bahagia di FL
Pokok ajaib, garlic vine kemetot dan sundal malam yang mula berbunga.. sundal malam dah nyau..
Subur kedondong ni.. kesian kering .. namun dah stabil di rumah kayangan.. teringat arwah En Boss bising.. nak raya masa tu lah nak angkut macam2.. bila berbuah dia suka..cicah garam.. pokok ni sedang berbunga .. sodih bils putik pun mengering..
Tinggal kenangan je la..
Selasa, 24 November 2015
Vietnam.. catatan rencam #1
Alkisahnya..
Asoh Vietnam tu jual pokok2 ni.. bergerak dengan basikal je.. akak bertembung dengan Asoh ni pada hari terakhir kami di situ.. masa tu akak dah pandai berjalan berdua dgn HS menuju ke kedai yang akak pergi semalamnya..
Asoh tu asik berborak dengan customer akak ambil peluang belek apa tanaman yg ada atas basikalnya... nak tanya macam-macam bak cakap ayam dan itik berbahasa.. snap je la pokok2... kalau penjual dipasar ramai yg berfasih bahasa Melayu..
Hotel kami berdekatan dengan pasar Ben Thant, Pasar Malam harian dan Saigon Square.. Jalan kaki je.. terima kasih pada Kak N kerana bantu kami carikan hotel..
Manakala anakanda 2 orang tu asik ulang alik ke Saigon Square.. selagi dong ada dlm tangan dan selagi ada pesanan dari kawan2 mereka sakan melawat tempat2 tu.. kuasa internet memudahkan komunikasi.. jalan2 survey2 harga dan bertekak dengan penjual untuk dapat harga yg depa kehendaki.. kena tipu jgn katalah.. kadang2 mcm kena pukau pun ada.. sedih juga kami ke sini tanpa En Boss.. kalau dia ada pandai dia tawarkan harga untuk kami.. ha ha sampai akak mengigau menawar harga.. berapa dong? Dalam mengigau tu sampai boleh convert jumlah dong ke ringgit..
Kebanyakan pokok ada di Malaysia
Pokok tengah dan kanan tu akak tak kenal..
suka daun pokok yg tengah tu..blue diamond tu akak pernah ada beli... sekejap aje ditangan.. lepas tu mengering..
Hi hi hi.. dah tergerak hati nak bawa balik sepasu namun fikir dua kali.. nanti kena sound pula dek anakanda hero dua orang tu.. mak ni tak habis2 ...
Isnin, 23 November 2015
Subur dan gebu
Minggu lepas.. melencong ke pasar tani kerana penggunting rambut jalan2 makan angin.. tak dapatla urut bahu dan kepala sambil cuci rambut (memang tak sabar2 nak ke kedai tu sebab dah dua minggu sakit tengkok).. dlm perjalanan jumpa pokok2 ni.. subur betul.. snap je la..
Nasib di belakang rumah.. kalau di depan rumah tinggal tengok je la.. kalau Aso tu ada bolehlah borak. . Udah pintu belakangnya ditutup
# pekena sepokok anak pulasan dari penjual pokok2 di pasar tani.
Selasa, 10 November 2015
Minum sakan
Hi hi .. whatsapp 2 hari lepas dari adik Teh.. sakan depa minum slurpee dengan harga rm2.90 tak kisah berapa kandungan.. bawa baldi dan botol 5ml.. budak2 suka la.. HS tengah selsema.. maka melepas nak ikut sekali.. akak pun tengah miung high blood go upstairs .. hanya mampu senyum sumbing tengok gelagat mereka yg bagi hari ceria sedikit
Khamis, 5 November 2015
Manis seindah namanya
Masa Adik Teh cerita pasal pokok buah hari tu.. pokoknya m sedia ada di tanam di FL .. akak blurr je.. dia kata macam laici.. tengok juga pokoknya .. hmm dah tinggi... akak masih tak ambil pot..
Minggu lepas selepas kenduri kahwin di rumah MAKSWIP akak dapat 2 -4 biji .. Adik Teh beri.. dari rumah adik Intan F rupanya.. pokok dah keluarkan hasil.. barulah kenal buah ni.. buah kristal katanya.. kulitnya rapuh.. isi berselaput seperti rambutan.. manis dan ada aroma kombinasi laici, longan dan kadang2 durian.. macam mana tu? Akak enjoy makan buah ni dan bersyukur kerana dapat mengenali buah baru..
Bila digugel... results memberikan maklumat rasa buahnya setanding laici (utusan - nampak benar dah lama tak baca suratkhabar) .. popular di Sarawak.. berasal dari Papua New Guinea.. 3 jenis buah iaitu berwarna merah, hijau dan kuning.. varieti longan juga..
Rabu, 4 November 2015
Korban dan Zinnia saiz comel
Hari Raya Haji hari tu.. akak, bonda dan ayahanda serta adik Teh melaksanakan korban di masjid FL . Akak bernawaitu pahala disedekahkan pada arwah En Boss.. si kecil yg hadir pun dapat agihan.. alhamdulillah berjalan lancar.. akak perhatikan tukang sembelih ada set pisau.. banyak bilahnya.. berderet deret dlm sampulnya yang khusus. Tajam .. selepas korban ahli keluarga masak - masak.. rendang kali kedua. .
Tak jadi balik Seremban.. SIL ada korban juga.. esok harinya kami harungi jerebu untuk ke pasar tani. . Dapatlah bawa balik zinnias comel ni..3 pasu.. beli juga pokok dill dari penanam kampung.. ada juga pokok kedondong.. petang keesokannya baru kami balik ke KL dan sebelum tu singgah menjenguk laman disana.. mashaaAllah.. semakin susut koleksi akak.. terus beroperasi untuk misi menyelamatkan koleksi-koleksi yang masih ada..
Zinnia bersaiz comel yg didapati di pasar tani time hari raya haji hari tu
Tak jadi balik Seremban.. SIL ada korban juga.. esok harinya kami harungi jerebu untuk ke pasar tani. . Dapatlah bawa balik zinnias comel ni..3 pasu.. beli juga pokok dill dari penanam kampung.. ada juga pokok kedondong.. petang keesokannya baru kami balik ke KL dan sebelum tu singgah menjenguk laman disana.. mashaaAllah.. semakin susut koleksi akak.. terus beroperasi untuk misi menyelamatkan koleksi-koleksi yang masih ada..
Zinnia bersaiz comel yg didapati di pasar tani time hari raya haji hari tu
Bawa balik ke rumah kayangan anak limau purut yang bersepah-sepah hidup dibawah pokok induknya.. tak berjaya hidup di KL..
Selasa, 3 November 2015
Selamat tinggal laman lama
Kerana dia ditinggal lama di laman kenangan itu dia di xxx. ... selepas hari raya haji baru akak jenguk.. sedihkan! Anak -anak angkat telah banyak yang korban.. Kekeringan tanpa air tanpa atas tanah .. tiada ia dapat sebarang bekalan kecuali jerebu... bagai di ovenkan. . waktu ditinggalkan beberapa tangkai sedang berputik.. waktu ditinggalkan mereka bahagia dengan bekalan terus nutrien dari tanah.. terkorban kerana dibiarkan diatas lantai porch.. bekalan tersekat..
misi menyelamatkan koleksi-koleksi kesayangan akak yg masih ada... misi pd 17 Oktober 2015.. selamatkan selagi terdaya..
kedondong (paling kritikal dahan sudah rapuh),
delima dari Rose Semua Menjadi,
garlic vine (2 tinggal satu), spider lily yg gemuk2 dan rangoon creepers dari KBB, anak mangga dari pokok depan rumah. . Anak2 lemon tinggal sepasu..
melur jepun dan gardenia beserta ruela pink ,
3 pasu anak-anak delima yang akak semai dari benih buah yang dibeli oleh adik di Frasers Hill yang dlm proses keremajaan,
allamanda bunga coklat jingga ,
Keremak merah yg asalnya tumbuh liar di Megway ( baru tahu namanya)
Kunyit, cekur
3 pasu anak-anak delima yang akak semai dari benih buah yang dibeli oleh adik di Frasers Hill yang dlm proses keremajaan,
allamanda bunga coklat jingga ,
Keremak merah yg asalnya tumbuh liar di Megway ( baru tahu namanya)
Kunyit, cekur
penuh bonet dan tempat duduk belakang. . Ranting delima akak lipatkan ke pangkalnya.. Bagi memudahkan pengangkutan pasu2 kesayangan terpaksa akak pecahkan.. ketak ketuk pasu dihempas .. hari hampir maghrib. . Banyak betul yang dikorbankan..
Pindah sementara ke rumah kayangan. .
Dah macam hutan depan rumah kayangan yang sempit ni.. sementara akak bela dan cuba baiki keadaan mereka yang menyedihkan. .
Inventori kehilangan koleksi pokok2 :
Nenas madu Sabah
Yellow walking iris dari Meru
semua jenis rose Jepun
semua jenis keembung
Pokok Lemon yang subur dalam planter box.. haish ini pun ilek. . Dah tinggi. . Tinggal kotak je..
Pecah beling kena alih atas simen porch pun kering..
pokok ubi dlm kotak polistrin bersama keratan mulberry (gift dari Diana KBB) 100% tiada.. tinggal kotak je.. nasib sebelum ni ada akak bawa sekeratan yang agak subur bawa balik ke FL.. alhamdulillah bahagia sementara disana..
Kesian tiada yg sudi bela semasa sepeninggalan akak .. sekadar siraman sahaja..
sedih tengok putik buah kekeringan dengan daun yang rapuh bila diramas... aah itulah dia kedondong kesayangan akak.. dahan yg rapuh sudah akak patah2 kan.. sangat kering... nampak daun halus yang entaframe sebagai latar belakang pokok kedondong ni.. pokok delima Rose SM yang sedang survive dah melepasi tahap kritikal. Sudah menerima seadanya keadaan semasa.. sudah akak pindahkan ke FL.. minggu lepas.. hi hi teringat pula pemindahan bersama baby rama-rama .. duduk berjiran dengan anakanda Shiman. . Nasib dia tak gatal-gatal.. HS yang naik kereta lain pula yg dapat gatal-gatalnya. .
Tak sangka pula dia survive. . Sudah ada pucuk2 baru yang menjenguk dunia.. sejuk sikit hati ni... yang terus gol adalah rangoon creepers .. bila dah stabil akan akak hantar ke FL ..
Yang tinggal pada 17 Oktober .. pokok limau kasturi, sambung nyawa dan bunga raya putih dan merah berlapis dan 2 pasu pokok kemuning arwah MIL, pegaga,ulam raja allamanda pink belacan. Limau kasturi sudah jadi penghuni rumah kayangan minggu lepas..PS: Makan minggu juga akak menahan rasa.. rasa juga kemurungan tu .. siapa tak kecewa .. sedang struggle hidup di KL .. anak2 angkat pula yang jadi korban.. Akak juga faham bila dah kena tinggal memang serabut dan semak.. cuaca juga kering..