Isnin, 18 Julai 2016

Bulan-bulan yang berlalu

Selepas Eidul Adha tahun lepas baru dapat luangkan masa balik.. itu pun sebab nak uruskan fridge yang rosak.. 

ada suka ada sayu ada ... macam-macam perasaan bila membelek laman yang ditinggalkan.

Alhamdulillah masih ada pokok ni.. bunga raya dua tingkat kata pemberi pokok ni.. dah lama tak berkunjung ke kedai makannya..


Ros kapas .. sebelum ni digelar bunga tisu oleh pemberi.. menyambut ketibaan kami.. terharu sebab pokok dah mengunjai dan tidak dipangkas..

Sedih.. sepasu pokok ni dah sebahagian mengering.. suka sebab masih berbunga.. bunga peninggalan allahyarham MIL yg sangay disayangi oleh Allahyarham En Boss.. 

Benihnya bertebaran barangkali.. sangat bahagia penumbuhannya.. ginseng jawa benih dar KBB


Mangga sala sedang meriah


Entah pokok limau apa ..
 harap-harap pokok limau nipis..

Zoom yg tak berapa zoom..


Nun disana pokok lemon dengan pokok pucuk manis aka cekur manis aka asin-asin juga bersaing meninggikan diri.. botak laman.. tiada rumput subur.. diracun barangkali.. cacing2 pun pupus ke kalau rumput diracun?





Baru nampak daun lemonnya.. lebar - lebar... benih dari lemon pasaraya Sogo.. saling bermesra dengan si asin-asin.. memandangkan seperti diracun persekitarannya batalkan niat untuk menuai daunnya..

Benih asin-asin.. suka tengok tampuk merahnya..

PS: Buat Bunda_Nora.. benih pokok lemon sangat cepat bercambah.. bila diberi baja kopi sangatlah ia suka.. daun - daun yang keluar sangat meriah saiznya.. 

2 ulasan:

  1. Alhamdulillah. Semuanya masih menghijau.

    BalasPadam
  2. Sekali imbas macam pokok limau nipis.

    Comel ja manggis putih suci tu.

    BalasPadam