Ahad, 17 Julai 2016

Lemon di rumah bonda..

Anak lemon ni asalnya terbiar, keletihan tanpa air di laman sana yg ditinggalkan.. pada hari pemindahan yg ala ala merajuk tu ( byk lagi anak lemon yg musnah kecuali yg dipindahkan ke tanah) diangkutlah kesemuanya yg ada .. pokok ubi yang berjiran dengan mulberi pemberian Diana KBB dah innalillah.. mulberi sebatang terkonteng-konteng.. angkutlah semua daripada menjadi mangsa dianak tirikan sebab akan ambil masa yg lama untk balik semula ke sana dan risaukan menjadi mangsa kepanasan dan ketidakgemaran yg melihatnya.. penuh bonet dan tpt duduk belakang dgn pelbagai inventori koleksi tanaman.. namun tetap juga jadi mangsa peninggalan bila allahyarham ayahanda pula dijemput Ilahi.. rumah bonda lama ditinggalkan.. balik raya hari tu banyak juga yang tak survive..

Kedondong dari laman sana.. musnah mungkin kepanasan.. rapuh sudah batangnya..

Pokok delima perolehan dari SM Rose yang dah tinggi sama dengan akak jadi mangsa si pemesin rumput... heee tak kenal ke pokok delima.. geram jugak .. dipangkas hingga ke pangkal..  harap2 hujan lebat menyuburkannya kembali..

Foto lemon tahun lepas 


Skodeng pokok lemon dari pokok kedondong ke dua.. balik raya hari tu dah sama tinggi HS..

PS: nantikan cerita cerinti pokok lemon di rumah kayangan pula..

3 ulasan:

  1. Semoga hidup subur dan cepat mengeluarkan hasil.

    BalasPadam
  2. owh, boleh hidup yer tanam lemon... renyah tak nak jaganya... tanam biji benih ke?

    BalasPadam
  3. Sedapnya nampak pucuk kedondong tu

    BalasPadam