Tiap-tiap minggu dapat bekalan buah ni..favourite akak.. yang merah kurang sikit gemarnya.. foto sekadar memperingati aktiviti lepas .. betapa gigihnya kami menurunkan buah ni.. siap beli galah buluh dua tiga batang.. ada yang semput sebab galah tu berat sebab masih lembap dan belum kering sepenuhnya.. akak pula sampai tercabut-cabut pemotong buah yang kita sentap dengan tali tu.. sapa tahu nama khusus alat tu? tali tertinggal dan tersangkut kat dahan pun ada..akhir sekali cuti raya haji hari tu BIL dari Ipoh gergaji dahan - dahan yang boleh dicapai.. kalau tak minggu hadapan tak de dah buahnya jadi tuaian cik kera.. dekat baruh memang banyak peruntukan untuk kera-kera ni sebab kami dah tak larat nak mengambilnya.. bila peruntukan mereka habis peruntukan kami la jadi juadah diaorang,,
Rambutan kuning tu kalau dah over masak bulu dia pun jadi pink kan
BalasPadamTapi itulah jus dia mesti banyak.
Yg pasti kalau rambutan di kg memang kena kongsi dengan monyetlah:)