Selasa, 17 Januari 2017

Tidak boleh tidur catatan 1

Tajuk asal pada 26 Oktober 2013..

9.30 malam dah tidur..
Pukul 3.00 pagi dah jaga...
Pukul 3.13 masih belum mau tidur semula...

Sambungan 3 tahun kemudian.. 27 November 2016 ...

 semasa menjaga allahyarhamah Bonda di hospital..

Dah tidur sebelum 12.. perlu bangun pukul 12 untuk urusan bonda..

Turn akak malam ni jaga bonda.. dan malam seterusnya..

 bonda lelap.. lena sangat selepas menjalani pelbagai prosidur perubatan .. sudah 6 hari .. this is my 1st time on duty malam..  siang pun akak belum sempat menjaga kerana kekangan tugas.. tugasan yang tidak dapat dilunaskan .. 3rd due asik bertunda .. 4th due in two weeks time... tuntutan untuk retreat perlu outstation pula.. balik retreat kena prepare untuk 4th due..

bonda dalam jagaan 5 adik perempuan dan SIL nan seorang itu.. ananda Balkis dan anakanda Shiman.. semasa retreat akak memantau dlm group wasap.. pukul 3 - 4 pagi dah terjaga menyemak status perkembangan bonda..

Anakanda Shiman update.. uwan demam.. pukul 2 pagi.. adik Teh update.. bonda demam.. on and off... terkini 37.8..

semakan yang terakhir adalah city scan.. belum dapat punca.. berjumpa bonda perlu memakai mask kerana keadaannya yang lemah mudah mendapat jangkitan. setitis air terkena dibelakang badan boleh membuat bonda terkejut dan mengaduh... sejuk dan sakit ..

sesampai aje dari retreat semalamnya hujan lebat.. tak dapat singgah hospital kerana jam.. balik rumah dulu uruskan baju basah.. sebelum tu kami dah terkena rebas di pusara allahyarham En Boss.. tak wajar rasanya melawat bonda.. anakanda Siraj pula ada urusan.. kena tunggu dia selesai... anakanda sulung ada event di KLCC.. terkonteng-konteng kami berdua dirumah.. terlentok-lentok menahan mengantuk .. selepas urusan kain baju si HS  sambung kantuk.. betuah betul.. lama.

 isi perut di kedai steak masin.. cerita tahun lepas... masin sampai akak admitted ke PPUM sebab BP melambung hingga muntah yang tak boleh ditahan-tahan.. tak jeran .. ada perubahan.. banyak menu pasta .. pelbagai pilihan

pukul 11 malam kami ke hospital.. bonda kelihatan masih lemah.. haish lupa laluan kecemasan dah kunci.. menapak ke main entrance.. bergandingan dengan 2 lelaki menyeret luggage berkunci.. katanya nak minta kunci dari kawan yg tengah  kerana kemalangan.. macam2..

 malam keesokaƱnya HS pun ikut sekali.. bonda masih dalam bilik pengasingan kerana darah merah kurang .. kurang pertahanan badan.. adik Teh pula tak yakin tinggalkan akak sebab akak pun ala-ala bonda .. pewai tang lutut.. bp lagi... bertiga kami dihospital

alhamdulillah akak ok sebenarnya.. pernah berada di hospital ni tahun 2007 menjaga allahyarham En Boss selama 42 hari.. di ward ni pelbagai bunyi ada.. pelbagai bunyi pesakit mengerang.. pelbagai cerita

Tadi bonda dah pakai pampers.. buang air besar..tunggu pukul 12 .. akak perlu beri ubat untuk kumur2 dan telan..
Pukul 3:38 pagi nurse semak bp.. oksigen  dan demam...

bila dah jaga susah pula lelap..

Memang dah tahap umur untuk kurang tidur... perlu persiapan untuk akhirat.. hmm istiqomah perlu ada.. allahyarham ayahanda akak tepat waktunya bangun malam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan