Ahad, 15 Januari 2017

Tugas khas

Mengejar masa menyiapkan tugasan... berpandukan waze.. merata ceruk KL kami lewati.. sehinggakan waktu mencemburui kami tidak kami sedari.. 

kalut mencari alamat yang sudah bertukar.. jalan belakang .. rumah bertaman besar diskodeng... tiada pula nombor..... nurseri  agaknya... tak berkelip mata sekejap nampak pelbagai tanaman disusun cermat.. dijalan hadapan.. rumah si ramli yang kami temui.. hasil penerangan abang penjual laksa.. rumah ramli? Ramli mana ? Terkebil2 kami dua beranak.. hi hi.. 

kembali ke jalan belakang... separuh waktu maghrib sudah berlalu... tuanpunya rumah sudah kembali dari surau... beres urusan untuk hari itu.. cepat -cepat bergegas untuk selesaikan kewajipan maghrib. baru faham rumah si ramli yang itu.. berdiri megah dan teguh aksesorinya... alhamdulillah diatas pencapaiannya.. 

Bertugas sehingga senja .sebelum tu kena selfie dgn nama jalan.. hi hi.. nasib badan.. nama jalan bersebelah dengan pokok pisang yg ditanam oleh penduduk sekitar..

Sambil bertanya sambil ambil peluang merakam suasana..

Dipusat bandaraya... macam best je kalau airnya bersih dan jernih..

Kesukaan HS.. kolam renang di kondominium di bandar tepi sungai.. melalui kawasan ni semasa cuaca berangin... akak singgah dikedai serbanika untuk membeli peralatan tugasan yang tidak mencukupi dan mencari minuman untuk membasahkan tekak.. 

Perlu juga ke sini....
Port shopping kami 40 tahun yang lalu.. dah jadi port bisnes Philipino di sini.. muslim dan non muslim.. allahyarhamah bonda pernah memaklumkan .. ni dekat jalan bucubeniu..  ??? .. jalan apa mak? Oo ada nama lama jalan yang dimaksudkannya... akak masih mencari jawapannya..

Cropped photo
Tangkapan anakanda Hzriq

Perlu juga mendaki ( naik lif la) dengan guard Nepal ke kondo tingkat 42.. ada rasa seriau juga... amboi anakanda saudara Hriq siap gelakkan maklong.. guard tu pun tanya.. auntie takut ka... mau tak takut... terlampau tinggi rumah kayangan orang ada-ada ni... gayat melampau.. rumah kayangan den tak tinggi melampau..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan