Khamis, 24 Ogos 2017

Melangkau tahun keempat..

Alfatihah..
Foto: kredit google


3 tahun yang lalu ketika ini mengiringi jenazah almarhum ke Seremban...

Rabu, 23 Ogos 2017

Kemaruk Labu


Seminggu lepas raya.. without fail tiap-tiap minggu labu dalam shopping list groceries... tak kira kat mana .. pasar tani, kedai runcit dan pasaraya besar mesti beli labu.. masak pun senang.. rebus sekejap separuh empuk lepas tu masukkan santan, ikan bilis, bawang besar, daun kunyit dan serai yang diketuk.. dah menggelegak dan labu dah lembut boleh lah dihidangkan.. suka... aroma sayur mentah tu pun dah segar baunya apatah lagi bila digulai bersama daun kunyit dan serai...
geram tengok isinya yang berwarna oren tu.. biji benih pun sayang nak buang..

Part yang mencabar adalah mengupas kulit yang keras.. alah bisa tegal biasa.. belah tengah lepas tu potong ala - ala wedges gitu.. kemudian gunakan peeler tu.. cepat jadinya kerja mengupas kulit labu... hmm teringat dulu2 masa kenduri alamarhum nenek saudara dengan sabar dan ralit mengupas kulit labu yang sebesar bola netball menggunakan parang dan berdikit2 membuang kulit labu tu.. dalam hati berkata wahh uwan ni boleh cermat dan sabar mengupas labu menggunakan parang.. kalau akaklah kalah dengan parang.. nasib labu yang akak jumpa ni labu saiz bola anak2 aje.. 





Jeng jeng.. benih labu dah bercambah.. terkejut akak.. macam sayur taugeh yang keluar.. serumpun anak labu menerjah keluar dari benih-benih tu.. kemain bernas lagi benih2nya.. dapat serumpun cambahan labu... dah macam pokok apa pulak!!


Tak de tempat untuk disemai di rumah kayangan ni... karang merebak ke mana2 pulak.. maka akak bawa ke ofis nak beri kepada pembantu seorang ni... alamak naik komuter  camne nak bawak eh.. dah ada beg2 yang lain.. maka diberi kepada seorang lagi adik pembantu yang ada kebun di tingkat atas rumahnya.. selamat ko anak labu.. semoga anak-anak labu tu survive semuanya..



Ni kali kedua.. masakan yang lain-lainnya tak sempat untuk dipotretkan sebab dah asyik memakan labu!! Mungkin lain kali ada foto yang merakam perjalananan / trend penggunaan /pembelian/ memasak labu ni.. anakanda Iqa yang menumpang sekejap kat sini pun suka... harap2 dia tak rasa pelik Mak Long tiap2 minggu ada menu labu.. 

PS: ada nampak labu jepun kat Sogo.. mahal sikit .. apakah sama aje rasanya.. nanti2 akak cuba pula

Ahad, 20 Ogos 2017

Cici.. cerita 1

14 Feb 2017 lepas Cici di laporkan hilang.. sedihla kami semua.. dengan dia yang jenis penakutnya boleh pula hilang.. kali pertama hilang duk lah dia dalam tempat injin kereta jiran adinda bongsu..

 kali ini terterjun dari tingkat 3.. mlm2 buta.. pagi baru perasan dia dah tiada.. sentap jugak akak.. dia jadi kawan mainan kami yang manja .. 

BIL Wal  tinggalkan dia di rumah almarhumah bonda.. kalau tidak disini dia disana jadi pengganti tuan rumah.. menghuni bersama  Luna dan semua anak-anaknya.. bila nampak makin kurus BIL bongsu bawa kesini untuk dipulihkan.. kesian dia .. dahlah tak cukup zat hilang pula.. 

Hilangnya dirasai...
hinggakan akak buat solat hajat.. gugel cari maklumat cara nak cari kucen comel yg hilang..

 risau apa yg dimakannya diluar sana.. adinda kata hmm cari aweks la tu.. tak ingat nak makan  ha ha..

 selepas dua hari ditemui.. itu pun dia nak larikan diri.. takmo bermastautin dengan kami.. cepat-cepat BIL tangkap dia.. sah memang cari awek.. tapi awek tak layan ha ha.. menderam-deram marah tengok Cici.. nasib ko lah Cici

Mummy terus dokong Cici.. nampak lemah ko Cici


comot bulunya yg gebu itu.. kaki depan tempang .. jalan terhencot2 .. apalagi dimandikan dan di 'hairdry' bulunya.. baru nampak macam cici.. makan pun berselera sebab dah puasa 2 hari ..

Cici jalan-jalan dengan keluarga BIL.. hampir pulih kakinya terhencot-hencot tu




Selasa, 15 Ogos 2017

Pesanan terkini..

Pokok blueberry katanya.. order dari Joyce yang berada di Kuching.. sengaja ditogelkan daunnya.. kali terakhir pesanan online.. 

penghantaran seamat diterima

Status terkini... masih bertahan.. malas nak snap sebab dah susun kat belakang rumah.. bersesak dengan pokok cili tak berbuah, yellow walking iris, kari dan adenium... tunggu pindah tempat baru ye..

Isnin, 7 Ogos 2017

Cili tanam sendiri.. belum rezeki menuai hasil

Throwback.. 

Pokoknya masih bertahan.. tapi dah merajuk.... 

close up ketika rajin bunga




Mula berbunga


Cantik daun berkembang..




Ketika masih anak2


Ahad, 6 Ogos 2017

Throwback

Komen kepada blog yang dilawati:
1. Blog Warisan Petani (WP) : Selipar Durian Belanda- rare gitu selipar di pokok durian belanda menjadi petua tu hi hi.. banyak betul buah durian belanda yang keluar..

2. Ela - Blog Colors in the garden :  I hope your little sparrow survive.. 



Raya puasa dah lepas.. raya haji menjelang tiba.. agar kejadian yang dilalui boleh dikenang-kenang.. maka banyaklah tempekan foto lama yang telah terabai dalam folder...

1st raya .. tahun kedua ke khemah lemang ini.. ada ketupat juga.. singgah sebelum ke pusara almarhum ayahanda dan bonda..

Semasa puasa.. berulang  - alik ke sini meneman adinda menyelesaikan masalah i phone yang dimasuki air.. akhirnya bersamsung kembali... 2 anakanda mama dapat handfon baru.. si HS akak tak bagi dia belikan.. cukup apa yang ada..





The curve.. Iftar di Hadramawt.. gara2 11th street beri harga mampu sebab terkejut dengan harga Rawsha.. dengan anak beranak jo.. adik beradik jauh nak datang sini..