14 Feb 2017 lepas Cici di laporkan hilang.. sedihla kami semua.. dengan dia yang jenis penakutnya boleh pula hilang.. kali pertama hilang duk lah dia dalam tempat injin kereta jiran adinda bongsu..
kali ini terterjun dari tingkat 3.. mlm2 buta.. pagi baru perasan dia dah tiada.. sentap jugak akak.. dia jadi kawan mainan kami yang manja ..
BIL Wal tinggalkan dia di rumah almarhumah bonda.. kalau tidak disini dia disana jadi pengganti tuan rumah.. menghuni bersama Luna dan semua anak-anaknya.. bila nampak makin kurus BIL bongsu bawa kesini untuk dipulihkan.. kesian dia .. dahlah tak cukup zat hilang pula..
Hilangnya dirasai...
hinggakan akak buat solat hajat.. gugel cari maklumat cara nak cari kucen comel yg hilang..
risau apa yg dimakannya diluar sana.. adinda kata hmm cari aweks la tu.. tak ingat nak makan ha ha..
selepas dua hari ditemui.. itu pun dia nak larikan diri.. takmo bermastautin dengan kami.. cepat-cepat BIL tangkap dia.. sah memang cari awek.. tapi awek tak layan ha ha.. menderam-deram marah tengok Cici.. nasib ko lah Cici
Mummy terus dokong Cici.. nampak lemah ko Cici
comot bulunya yg gebu itu.. kaki depan tempang .. jalan terhencot2 .. apalagi dimandikan dan di 'hairdry' bulunya.. baru nampak macam cici.. makan pun berselera sebab dah puasa 2 hari ..
Cici jalan-jalan dengan keluarga BIL.. hampir pulih kakinya terhencot-hencot tu
Semoga cici cepat sembuh.
BalasPadamNaluri jantannya kuat mengatasi keselematan diri...hehe
BalasPadamAlahai sianya....dah pandai mengorat dia ni...patut lari dari rumah. Hahaha...
BalasPadam