Selasa, 26 Disember 2017
Ahad, 24 Disember 2017
Daun warna warni
Hari tu meneman adik di Tabung Haji.. kes nak selesaikan urusan tanah pinggir.. semua dah expired..
Kena buat semula.. beli salinan title semula.. kena selesaikan dalam tempoh 3 bulan.. kena buat sebab tanah almarhum bonda..
Cantik pokok ni ditanam di luar bangunan
Bila di up kat sini dah macam lukisan batik pula..
Sabtu, 16 Disember 2017
Giliran Balik Rumah Sendiri
Awal tahun yang lalu..
anak-anak bulus gelaran adinda bongsu aka mami .. caca dan goldie balik rumah asal.. lama dah duduk rumah uwan.. next giliran sape yang datang sini?
Elok je berdua bersama dlm sangkar tu
Kini penghuni tetap rumah uwan.. dah pindah balik... tinggal Luna yang dah terlepas merayau2 di sana..
Kini abam the cat aje juga dah terpisah.. keluar bersama tina duduk dengan ayah.. .. apa khabar abam sekarang? Akak suka Abam ni sebab dia manja tak liar... cara dia kawan kita adalah duduk dekat kita lepas tu saja je libas2 ekor kat kita... manalah akak tak rindu abam.. suka melepak dengan mak teh macam anak manja... kucen2 lain kena tangkap dan peluk baru duk diam dengan kita... Abam ni yang friendly.. yang lain tu friendly gak tapi lepaknya sekejap aje..
3 beradik dapat anak cicak..
Abam , Gedik dan Csca

Abam dan gedik
Abam the cat
Gedik rindu pemandangan luar
Terkini.. Cici pun dah duduk dengan ayah..
Jumaat, 8 Disember 2017
Cerita makan
Dah lama tak masak dinner. Dah lama juga akak tak merapu dalam blog.. Labu pun dah lama tak masuk dapur akak semenjak ada akak penjual lauk yang sedap dan kena beratur tu.. boleh tapau hari2.. anak sulung tegur ..mak masak hujung minggu je.. tak payah masak hari2.. ok nak..
Menu yang HS belajar dari IH...
akak retreat depa berdua habiskan masa masak.. lepak kolam renang dan lepak kat pantai..
kompilasi foto PD thn lepas masih dlm folder..
telor goreng dengan roti bakar je.. minggu ni dinner roti dengan telur tiap2 hari..
Letak thousand island sepicit..
Balik kerja tengah lapar .. lagi lapar bau telor goreng dan terus makan panas2 dengan roti bakar..
sambal ikan bilis baki semalam.. dua round akak buat.. 1st round kami bertiga.. abang HS makan dengan lazatnya.. favourite diaorang pun.. 2nd round untuk AB dari Ipoh yang cuti sekejap kat KL.. makan bersuap dgn HS.. geli ati pulak dgn gelagat budak berdua ni.. Kakak AB mesti rindu dengan sambal almarhum uwan kan.. sebab tu Mak Long gigih buat sambal dua round..
Masakan budak 13 tahun.. akak darjah 4 aka 10 tahun dah menggulai.. tak pe la dik.. pelan2 belajar .. up sikit dari asik masak nasi je kan... mak kita dulu tak kerja boleh kerah kita masak bila2 masa ... mak sekarang jenis yang bekerja.. masa lapang aje boleh ajar.. kredit pada Kak IH sebab dah ada student yang praktik ajaran awak.. mudah dan cepat..
kali ni sambal akak tumbuk hancur kunyit hidup setengah inci dengan ikan bilis tumbuk kasar dan bawang besar tumbuk.. terus tumis..sedap bau kunyit kena tumis.. masukkan bawang putih .. tumbuk kasar sebab ada yang suka gigit bawang putih untuk buang angin... seterusnya seperti menu2 lain buat hingga jadi sambal.. memang tak sempat snap sebab bau sambal 1 rumah buat kita semua lapar..
Minggu lepas .. sesudahnya hari yang penat meronda Wilayah Persekutuan Utara untuk tugas2 khas.. setelah puas pusing pasar borong cari alamat.. kredit pada anak sulung dan HS bantu akak buat kerja ni.. usai solat asar cari tpt untuk dinner yang ada tpt solat.. maka disinilah kami lepak sehingga selesai solat maghrib.. HotPotKing .. ni je foto yang akak ingat nak snap sebab layan perut lapar
PS.. sebelum tengahari ke Rawang ziarah kawan yang operate kaki.. dia pula taja lunch.. rezeki jangan ditolak.. balik ikut highway tinggi tu.. snap foto tak menjadi.. tak pe lain kali lalu kat sini lagi
Sabtu, 25 November 2017
PD 2017
Sebelum foto hilang baik akak up kat sini.. ke PD ni tetap tak memboringkan akak sebab akak dan almarhum En Boss suka sampai nak beli rumah kat sini... tak pe la itu cerita yang dah berlalu.. Kembali lagi untuk sekian kalinya ke sini.. Untuk perancangan kerja Tahun 2018.
nasib semua orang tak order CKT King sotong special sebab harganya pun special..
masa kami lalu hari tu .. zaman bila ada landmark ni entahla.. sebab ikut jalan pintas tak lalu sini..
dulu2 kalu nmpk laut tu dah excited sangat...
mengadap la pepohon rhu dulu.. kan best kalau nampak laut terus..
musim ni pulak masa kami di sini...
peneman hs.. ada sorang lagi tak kelaut pulak di hari ni.. dptlah merasa sambal sardin anak2 dara ni termasuk spageti dari anakanda Aina yang comel... baru belasan tahun.. bakal chef kot.. sedap dia masak sampai offer nak masakkan olio pulak.. terlajak cerita macam jadi assistant chef untuk dapatkan duit poket.. chaiyok2
team kami yang sangat berusaha.. tq semua
Sabtu, 18 November 2017
Bunga Kantan Pemberian Kawan
Dari jauh akak ingatkan bunga lili.. ouh bunga kantan rupanya.. since tiada yang berhajat kawan kata ambillah semua.. orang memberi bila pula kita nak merasa masakan kantan ni.. mood memasak tengah ke laut sebab busy hujung tahun.. wrap up kerja semasa, di audit dan mengaudit.. rancang untuk tahun 2018 pula.. rasa macam baru je menyambut tahun 2017.. semoga semuanya semakib lancar..
PS: Terjumpa kawan lama... dia memeluk akak erat dan akak teringat lagi nick name utk HS... dia beri nama tu.. Nama Princess tu memang sentiasa dalam ingatannya
.. dia juga sering teringat kisah2 lama almarhum En Boss dikala bekerja bersama..
Rabu, 15 November 2017
Selasa, 14 November 2017
Abam the cat
Layan kucen kali ni..
Dah kenyang dapat makan maka tidur lah abam.. tidur ala-ala beryoga.. musim panas masa ni ..kalau takada aircond sibulus ni lagi kepanasan.. tapi disini memang tiada aircond.. nasib ko kucen.. kadang-kadang duk depan pintu bilik air.. orang tak nampak masing2 geledi, abam caca menyelinap masuk bilik air...
abam berbulu panjang dan lebat..
Isnin, 13 November 2017
Ahad, 12 November 2017
Biru dan seangkatan dengannya
Bunga depan ofis.. dah lama ni . terperap dalam folder.. dari bulan Julai..
Plumbago .. warna biru yang cantik.. tidak lama kemudian hanya tinggal daun.. hmm sekejap aje warna itu ada.. kini diganti dengan bunga lain pula..
Suka beli kobis purple ni.. kononnya nak diulamkan... tinggal niat sahaja..
Maka saja campurkan dengan buncis
nak bagi meriahkan buncis ni. dah masak jadi warna seakan-akan biru
Jumaat, 27 Oktober 2017
Rabu, 25 Oktober 2017
Ahad, 15 Oktober 2017
Lulu anak Cici dan Luna
Lagi anak Cici dan Luna.. warna bercampur2 jingga, perang .. maknya hitam legat dan bapaknya belang putih dan jingga keperangan lembut.. semuanya kuasa Allah..
Lulu ada tanda di dahi.. sekarang dah jadi warga Ipoh balik KL time raya..
asalnya peneman Mak Teh sekarang jadi peneman keluarga Mak Lang, Kakakyin sekeluarga..berkawan dgn Brad yang manis tapi garang tapi manja.. ekornya tak berapa kembang akibat tabiatnya menjilat ekor.. ada hair ball dalam tinjanya... jgn sampai tercekik keluar muntah .. dibandingkan dengan ekor Brad ekor Lulu kuncup je.. ekor Brad cantik kembang..
Lulu balik KL raya haji hari tu
Komen Blog yg di lawati:
1. Tq Cik Azz sharing link benih
2. Kak Mala nak order jambu tut tu..
Jumaat, 13 Oktober 2017
Sewaktu menunggu
Sewaktu menunggu diambil oleh anak-anak untuk balik ke rumah almarhum bonda.. sempat merakam suasana sekolah.. pekebun sekolah rajin belai bunga.. jumpa pula buah saga di hari orientasi HS.. masa ni lebih kurang seminggu almarhum bonda pergi.. masing-masing yang punya anak akan bersekolah bertebaran keluar rumah untuk urusan persediaan sekolah.. sesiapa yang nak menziarah masa tu tak sempat kami nak bertemu.. maaf kan kami..
Selasa, 10 Oktober 2017
Memandang keluar..
Awal tahun diserang denggi. Demam seminggu.. platlet turun dan turun.. doktor suruh masuk wad.. selepas 12 malam baru dapat katil di wad kasualti penuh dengan anak2 yang demam panas.. silih berganti masuk.. ada yg patah tangan dan macam2 hal untuk mendapat khidmat para doktor.. dari pukul 3 ptg hingga selepas tengah malam.. stress jadinya
Menikmati pandangan diluar sana dari katil hospital.. kebosanan kadang-kadang melanda hati.. ditemani HS.. siang dia berada di luar wad.. malam dibenarkan menjaga Omma nya ..
3 hari 2 malam disini.. Allah beri sakit.. alhamdulillah musibah yang menimpa dilalui dengan sabar... tiba masa ianya berakhir.. time nak check out paling ngeri.. badan masih lemah kena jerit dgn nurse yang dapat arahan dari ketua nurse untuk segera kemas dan kosongkan katil.. walhal time tu ada training utk guna peralatan yang dibekalkan... bengang jadinya sampai spontan gak menjawab kat nurse tu... cepatnya nak halau saya keluar hospital.. dia jawab pula .. arahan dari yang berpangkat.. masyaaAllah sabo je la.. sebelum keluar wad kami saling bermaafan.. dia siap maklumkan agar bersedia untuk menunggu lama di bilik pelepasan
Betul di bilik pelepasan.. macam kena kuarantin juga... cram... ramai yang di discaj duk dalam bilik yang kecil tu.. teringat almarhumah bonda yang melalui keadà an yang sama.. rasa belas di hati.. orang tua rasa terseksa di hospital .. nak keluar lagi rasa terseksa.. nak tunggu semua proses selesai lama.. ada kes patient warded semula sebab lama menunggu.. harus banyak kesabaran..
Walau apa pun terima kasih diatas perkhidmatan yang diberikan..
Perjalanan dari bilik pelepasan dengan wheelchair yang ditolak oleh anakanda sulong.. kesian dengan dia.. sambik akak memangku hamper yang besar dan berat.. sampai sesat .. ki ki ki.. sukar juga ke kaunter pembayaran dan farmasi .. dulu keluar hospital gendong dia selepas bersalin.. kini dia pula yang uruskan mak keluar hospital.. Semoga terusan mendapat keberkatan dari Nya..

Ahad, 8 Oktober 2017
Labu Jepun Cameron
Harga boleh tahan mahal.. rasa kureng dari labu kampung... atau sebab simpan lama rasanya jadi kurang wallahualam.. beli minggu pertama September.. minggu pertama Oktober baru nak jadi lauk.. minggu yang diantara minggu2 ni masak labu di fl.. satu famili dah suka labu... adik yang tengah pun selalu masak labu juga... bila dia ada akak tumpang makan jee..
Entah berapa kali dah masak juadah labu... tiap2 minggu .. lepas ni mungkin akan berkurang aktiviti memasak..
dah hujung tahun.. sasaran untuk berpindah pula.. banyak yang nak kena kemas.. termasuk nak angkut pasu dan tanah .. almaklumla duduk di rumah kayangan .. akak jadi tuan tanah yang berplastik-plastik tu... dan anak2 pokok lagi.. kena angkut yang lain dulu.. pokok2 kemudian..
Mengancam betul warna..
Keras yang amat nak membelahnya.. biji yang besar dan keras menyukarkan kerja membelah walaupun saiz buah ni cinonet..
Dua biji labu.. penuh takat tiga suku periuk.. HS pun dah mula suka labu..
Harga dua biji
Tengok ukuranya tu..
Komen kepada blog yang dilawati kerana akak dah tak boleh masukkan komen kawan2 dan tak reti nak rectify benda2 ni..
1. Blog Kebun Bahagia Bersama.. Rajin Diana berjalan bawa anak2.. seronok dapat island hopping di kampung halaman.. semasa akak ke KK dulu dapat tengok kampun air dari hotel aja..
2. Blog Green Eyes Kak Mala.. bila hujan melimpah ruah timbul masalah juga.. semoga semuanya terkawal... cantik cosmos tiga bersaudara tu