Ahad, 30 November 2014

Yang Kalsom lagi

Jumaat lepas kami keutara lagi.. tanpa En Bos.. tawakkal meneruskan perjalanan dengan mengharapkan anakanda Siraj.. atas urusan menghadiri majlis perkahwinan kawan pejabat di Lenggong.. kami singgah dan bermalam di Ipoh.. ada kawan yang bermalam dikampung masing-masing.. 

selepas kenduri kami ke muzium Perak man.. hari panas terik.. selamat tiba di Ipoh,  semua kepenatan dan terpaksa tidur petang bagi melepaskan lelah perjalanan.. lepas maghrib perut minta diisi.. memang tak makan apa-apa petang tu.. permintaan HS nak makan ayam kampung Yang Kalsom... ikutkan aje... 

Bila sampai disana .. masyaaAllah penuh.. satu-satunya kedai Muslim yang maju di situ.. gamat lagi bila ada game bolasepak di TV.. ternampak pula ada yang pesan ikan stim... bila tanya HS... selera dia turut berubah.. apalagi bila kata ada steamboat .. budak-budak memang suka yang berkuah... maka kami semua tumpang menu sihat ikan stim asam limau .. semua suka.. sedap makan ketika panas-panas.. adik dan adik ipar juga suka.. steamboat juga banyak lauknya.. suka HS sebab enoki kegemarannya juga meriah dan banyak.. tetap ada juga ayam goreng untuk Arin dan untuk anakanda Siraj yang pertama kali datang makan disini

sebelum menu yang dipesan sampai kami menjamu selera dengan pelbagai bubur manis... lupa pula nak snap bubur dan pulut mangga.. semuanya self sevice..


Siakap stim asam limau.. 

Yang ni tak habis makan.. ditapau je ke rumah..

Sayur-sayur yang jadi pilihan kami.. licin.. yang istimewa adalah udang yang disediakan bukan udang biasa tetapi udang galah... lagi la dema ni suka..

Enoki favourite HS



Jumaat, 28 November 2014

Pesanan online

Dah seminggu tiba pesanan ni... baru dapat upload foto... untuk catatan sendiri.. sampai je terus snap... banyak freegift disertakan.. terima kasih Diana KBB..

Benih yang berkenan dihati.. semoga rajin akak menyemainya..

Yellow canna.. besar juga pokoknya.. kalau nak semai dari benih pun ada benihnya.. abaikanla suratkhabar tu.. teruja sangat dapat parcel di ofis ni.. bagi cepat selesaikan urusan snap foto -foto ni..

Freegift - batang ubi.. keratan mulberi dan pigeon orchid

pigeon orchid

Freegift - Lidah Jin

Kita lihat siapa yang survive..:)

Bersiaran dari kedai jiran.. breakfast roticanai bawang dan hirisan daun saderi sambil tunggu teh panas kurang manis sejuk untuk diminum.. hari ni kan cuti..

Dapat berita ... bapa saudara di Melaka telah kembali ke rahmatullah... lat 3 bulan dengan arwah En Boss.. semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman

Khamis, 27 November 2014

Terung telunjuk

Biasanya terung telunjuk berwarna putih dan hijau.. kali ni hasil Mak Tom adalah kombinasi putih dan purple... pokok terung purple dan telunjuk ni duk dekat-dekat kut... bila berlaku pollination berlaku campur-campur dengan debunga jiran-jiran.. bila akak sebut pada Mak Tom terung ni tak pernahnya berbuah kalau akak tanam .. terus dia hulur.. ambikla... sebab regular customer katanya.. sebab akak sangat menyokong aktiviti nurserinya dalam usaha menyara anak-anak yatim.. berapa kali da? Mak Tom nak beri je ni.. sebelum ni dapat ketumbar jawa (tak lama ditangan akak) , begitu juga  begonia. Yang maintain adalah daun pandan dan terung ni.






Hampir setahun bela pokok yang ini.. Beli pokok terung telunjuk ni atas galakan arwah En Boss.. tanamlah terung telunjuk .. boleh buat gulai nanti...
Malu sangat nak berbuah.. lama dah beli pokok ni... hingga akhirnya tak dapat serve arwah dengan hasilnya.. layan bunga je la.. 

PS: hari  ni dan esok cuti..
 byk urusan peribadi terbengkalai..semoga semua settle hari ni.. perut menggelodak je makan forever living aloe vera ni.. siap datang semula migrain... proses pemulihan kut..

Rabu, 26 November 2014

Ahli Baru

Ahli baru ... wishlist juga.. bunga raya mini warna pink.. setiap hari berbunga sebab masa beli banyak kudup-kudup yang dah keluar menunggu giliran untuk melihat dunia..

Penceria koridor depan rumah kayangan 

Selasa, 25 November 2014

Sahara Tent / Sahara Oasis

Deepavali eve... 
redah jam Jalan Ampang... berpandukan waze dan anakanda Siraj yang kurang senang dengan hasil waze... 
waze beri jalan kurang jam .. akak pula yang konpius

 Datang sini sebab dah tak tahu nak makan apa... jomla ajak anakanda Siraj.. memang selalu terkenangkan tempat ni... suka dengan jus lemon & lime & pudina yang menyegarkan selepas pekena nasi mandy.. 

dah lama tak datang sini.. tempat berkumpul kami sekeluarga yang jarang dapat bersama .. berkumpul semasa iftar di bulan Ramadan .. berkumpul untuk celebrate ulangtahun kelahiran anak-anak.. 

kedatangan kali ini kurang ahli ..

kenangan lagi.. terbayang arwah seolah-olah berada bersama.. kena berpijak di bumi yang nyata arwah dah tiada... sambil makan sambil tahan air mata dari bergenang... ada kakak-kakak Arab yang perasan... nak buat macam mana dah tak boleh nak tahan..

Lemon mint yang ceria.. belum tentu hati boleh ceria.. 


Dessert-Malahabbia .. favourite arwah

Baklava yang dah sejuk.. rangup dan garing bila dimakan panas-panas



HS makan spageti, kami pesan lamb mandy... HS bisik .. lain kali adik datang adik nak order dua spageti :)





Isnin, 24 November 2014

Anak lemon lagi

Entri sebelum benih-benih lemon ni belum bercambah.. dah ada tiga container sekarang ni... sebiji bulb lily amarillys kiriman Kak Normala sekali  naik dengan benih lemon ni.. alhamdulillah .. ucapan terima kasih buat Kak Mala atas susah mengirim benih dari jauh.. dua kali pula tu..



Wishlist juga

Nama bunga tak pasti... adik beradik dengan siantan aka ixora.. dijual oleh Nurseri Mak Tom

Mood sakit kepala.. menunggu anak ketika hujan lebat .. jalan jam maka nota pendek sahaja yang mampu diperkatakan..

Ahad, 23 November 2014

Terlunas sudah..

Setiap kali jumpa dengannya mesti dia cakap.. Mak Long dah lama tak buat pancake... adik buat tak sedap katanya lagi...Mak Long buat sedap...  ok lah... tengah free di PD ni bolehla layan kekanak riang sorang ni dan si HS.. resepi senang .. ada line boleh cari... dah target nak buat resepi Honey dari blog dorinasdelight... cuma tak letak oat je... dua round.. pun tak cukup juga... nak habis baru sempat snap foto... 
perubahan yang dibuat adalah sukatan yogurt.. 1 cup dibahagi untuk 2 adunan... round 1 kuning telur dan gula dipukul hingga fluffy .. terlupa beli gula pasir.. guna je la gula kiub dalam 14 ketul...  nasib whisker jenis besar boleh je guna untuk hancurkan gula... guna susu HL Marigold kotak kecil untuk 1 mangkuk 1/2 tepung Blue Key...kuali leper pula tiada di tempat penginapan ni... belasah je guna kuali lombong tu... demi si Akma dan HS... 

baru dua tiga keping siap dah hilang... memang tak sabar masing-masing ... sedap sedap kata dia orang ni...  naik dari laut second round dah siap .. kali ni buat besar-besar.. tersandar kekenyangan .. hambek kau... puas hati masing-masing

Sabtu, 22 November 2014

Jamu mata

Assalam.. salam Sabtu yang indah dan selamat bercuti sekolah pada anak-anak yang sudah mula bercuti. 

Tak lepaskan peluang bila lihat sicomel ni singgah di bunga hydrangea ni.. ingatkan bunga ni tiada peminat.. 
lokasi: Nurseri Bergerak Mak Tom



Minggu ni tak dapatla melawat Mak Tom... maka tiadala koleksi mingguan.. tapi pesanan dari Diana dah tiba... next entry insyaaAllah dikongsikan.. 

rezeki pula dapat ke PD dgn anak-anak... nawaitu untuk hantar anak saudara ke Poly PD.. dipermudahkan dapat tempat penginapan memandangkan cuti sekolah bermula... pukul 1 pagi kami sampai... perjalanan dari KL dipermudahkan

Pagi ni layan sunrise yang terlindung .. dapat suasana ni pun jadilah... dapatlah jamu mata seketika..






Rabu, 19 November 2014

Gugel berkali-kali

Naik muak mencari id bunga ni... mohon bantuan kepada yang arif... si penjual kata star planter namun tiada maklumat yang kena... ke akak ni salah dengar... 

Koleksi terkini sambil ... membeli sambil berjariah bagi pihak arwah En Bos..


Hari kuning sedunia?

Penuh kuning patch tepi jalan ni.. dua patch rj  dengan warna pink pekat dan pink campuran putih pun meriah and gorgeous sangat sebab dahlah bunganya besar dan lebat berbunga.. telah dikongsikan sebelum ini.. 
kali ini lalu lagi tempat ni dan terus turun ke hati pemandangan yang berserakan dengan warna kuning... wp penanaman macam tak cukup stok sebab ada patch yang rongak tetap menjadi halwa mata dan hati


Sabtu, 15 November 2014

Bunga janggut

Sipenjual bunga ni tak tahu nama bunga ni.. maka bunga janggut diberi nama.. pada pandangan akak cantik bunganya dan rimbun pokoknya.. namun belum ada kesan dihati untuk memilikinya.. mungkin seriau tengok janggutnya tu...


Jumaat, 14 November 2014

Putat - my wishlist

Walaupun tak pernah makan ulam pucuknya tetap nak jadikan sebagai ahli laman... sebabnya mak akak pun ada tanam pokok ni ... masukla dalam wishlist

Khamis, 13 November 2014

Tunas air tomato

Seperti yang diwarwarkan oleh penjual pokok tomato benih.dari Itali katanya.. dia chef... memang maklum dengan nama dan spesis tomato... akak jadi terpikat juga untuk membeli anak pokok ni selepas penolakan minggu yang lalu.. banyak ilmu diperturunkan .. cuma akak ni macam blur blur sikit sebab penat baru balik dari PD tak habis lagi... 

Tunas air katanya... bila dah tunas ni dah menjangkau ketinggian 4 -5 inci bolehlah dialihkan dan disemai..

Selain tu dia ajar.. 2 beg tanah biasa + tanah Jepun (Pek putih) + segenggam baja tahi ayam... gaulkan dan peram sekurang-kurangnya 3 hari.. baru boleh pindahkan anak pokok tomato.. baja tayam ni untuk pertumbuhan daunnya sahaja... untuk buah kena dengan baja foliar... baja yang akak beli dari dia tu.. satu penutup dengan satu stengah liter air... spray terus ke pokok.. boleh tahan hingga setahun.. 2-3 jam kena matahari dah cukup..

Eksperimen beliau .. 
pokok yang disemai dari tunas air berusia seminggu... perlu diberi baja... akak beli juga la baja dari dia...beli baja dapat hadiah dua jenis benih tomato... tandano dan entah apa lagi..catatan dah hilang..
Persoalannya adakah akak berjaya? Cuba je lah kannn..

Rabu, 12 November 2014

Horsenut

Saja-saja jalan ke pasar malam dengan HS.. teruja sungguh dia.. sebabnya teringin sangat dengan kacang ni... katanya.. mak.. jom kita beli horsenut.. what ?? Mak tanya lagi beli apa? Horsenut ... 

sesuka hati je dia buat direct translation... nampak gayanya budak-budak sekarang lebih berminat dan  ambil tahu lebih mengenai bahasa Korea .. siap download lagi kamus bahasa Korea dalam tab.. mak nak tengok drama Korea dalam mode alihbahasa Malaysia pun dia tukar kepada bahasa asal..

Sudah diberitahu nama sebenar kacang ni dalam bahasa Inggeris... dia bisik pula.. mak jangan cakap dengan abang tau.. risau pula dia abang marah jika tahu dia buat silap.. kalau abang tiada tonton kartun pun dlm bahasa Malaysia.. bila abang balik cepat-cepat tukar bahasa risau kena buat extra homework.. risau kena mentelaah kamus...

Selasa, 11 November 2014

Besar tak?

Teruja sangat ni .. kakak pembantu kat ofis nak jual anak pokok mangga ni.. moga nanti berbuah dengan lebat.. tapi awas katanya... jangan letak kereta dibawah pokok ni... keretanya pernah di himpap oleh buah gedabak ni..sebiji buah ni boleh beri satu ofis kami dengan satu container jeruk yang sedap.. 

Foto ehsan kiriman whatsapp kakak pembantu yang budiman..
 PS: Garu kepala jap.. mana nak tanam pokok ni? Rumah sendiri belum sedia lagi.. nak pagar tanah yang sejemput tu pun makan duit lebih rm10k.. kalau yang bertembok cecah rm15k... ishh berbaloi ke keluar duit banyak tu? Anak2 nak sambung study dan ada anak sekolah rendah lagi... dalam dilema ni.. kalau tak dipagar bolong je area tu dan dari keselamatan tak terjamin.. udahlah rumahnya patérn lama.. perlu diperbaiki lagi... entah siapa la yang jadi keutamaan nanti.. 

Isnin, 10 November 2014

Tuaian semalam

Balik sekejap ke Seremban sempat juga belek laman dan tuai apa yang patut..

Pokok bunga telang dituai sebab pokoknya perlu dipangkas... musim hujan dah mula.. meriah sungguh dia naik.. tenggelam sudah pokok kemuning kena lilit..

Generasi ketiga sambung nyawa juga meriah.. jadi santapan dipagi hari nawaitunya.. 

Gugur buah cili sebab hujan lebat..

3 biji limau kasturi.. ada lagi 2 biji tak nampak... next week la.. pusingan berikutnya sedang berputik

Ciput jekk.. alhamdulillah

Hari ni dpt cuti ganti.. banyak urusan peribadi perlu diuruskan..