Ahad, 29 Mac 2015

Bunga riben

Cantik pokok2 hijau ni diikat riben (harap2 ejaan  tu betul..kalau salah harap maklumkan) 
:) .. rasanya in conjunction with the celebration of CNY banyak premis perniagaan menghias pokok-pokok hijau dengan riben merah gitu.. atau nurseri yg membekalkan bunga ni dah package kan riben dan pokok .... of course akak tertarik dan sudi menyimpan sebagai kenangan akan kehadiran akak di situ dan kewujudan pokok berikat riben tersebut.. and as usual jadi bahan cuci mata dalam blog ni... 

Pokok ni tak tahu  namanya.. sudah dibonsaikan..
kenangan di Hotel Istana

Ada nurseri namakan pokok ni zamia...
lokadi: entrace toilet Restoran Nasi Arab..

Selasa, 24 Mac 2015

Roti arang

Semalam tengok terkejut juga... roti hitam? Roti arang? Balik ofis terus gugel... bila ada testimoni mengenai rasa roti ni maka hari ni terus order.. RM 2.20.. besar dan gebu.. filling mentega dan kaya.. ada peanut butter juga...

1st time cuba rasa... not bad... bila post foto kat adik 1st impression dia ialah.. apa buruk nau rupanya... tak lalu nak makan heh... namun dah ada outlet makanan segera guna roti ni dalam jualan burger ..

Resepi lama katanya


Ahad, 22 Mac 2015

Cerita anak-anak cili


Arwah En Boss suka makan nasi kandar. Setiap kali beli nasi kandar pasti ada ulam cili besar, makannya hanya sebiji, dua biji lebihan dah tak tau nak buat apa. Simpan dalam fridge tak tahan lama. Cili-cili tu kebiasaannya cepat layu dan tidak rangup untuk diulam. Untuk menyambal tak cukup, untuk masak lain-lain juadah selalu aja tak sempat. Pedasnya boleh tahan.. cari air juga kalau makan. Kadang-kadang direndam dalam air untuk biar tahan lama. Kecundang juga. faktor masa ... yang dah lembik dan tak boleh dimakan akak kumpulkan dalam kontainer yang mengandungi tanah. Kadang-kadang bernas, kadang-kadang macam tu je la rupanya.. benih cili dari cili muda, belum sesuai dijadikan benih. Maka jadi komposlah awak ya.. 

layan je cerita cili yang dah lama dalam folder... kali ni meriah naiknya. ada pokoknya sampai sekarang.. cuma kondisi pokok tu tak selereh kata orang NS... akak biarkan aja dia hidup sebagai umpan siserangga putih. Selagi diberi baja dan air mahu aja dia dihidup, cuma hidupnya tak meriah dengan hasil, berbunga aja datanglah angkatan pengkantoi... kesian bunga dan pokok cili ni..







harapannya agar jadi macam ni. dua tiga kali pusingan tuaiannya.. 

Khamis, 19 Mac 2015

Nilam pewangi asli

10 hari memeram jari... memeram aktiviti blogging harian.. teramat sibuk dengan urusan kerja ofis... kerja luar dan macam-macam lagi.. urusan peribadi pun tertangguh ... tengahari je cari bantal.. penat .. perlu rihat untuk separuh waktu kedua pula.. event di Istana Hotel dah selesai walaupun kawan seperjuangan tercedera dan dimasukkan kehospital.. semoga dia segera sembuh ...
 nanti ada lagi susulannya .. Puan Boss dah minta bersedia... sabar je la... 

tengok pokok nilam ni lagi rasa memeram untuk balik ke sana ... entah ada ke tidak lagi... panas menguasai suasana .. hujan pun kurang.. harap jiran sekeliling menghulur bantuan ... menyiram dikala waktu yang ditetapkan...

1st time tengok pokok ni di tempat Mak Tom.. katanya daun ni wangi.. boleh letak dalam sarung bantal bagi menikmati harumannya... ok akak dah cuba.. memang wangi...ok.. pass untuk jadi koleksi.. 

Sabtu, 7 Mac 2015

Cuci mata lagi

Hari ni lepas subuh terus whatsapp anakanda Siraj.. sebaik aje sampai dari tempat kerja kita breakfast di tempat Mak Tom ... pagi-pagi lagi anak dan suami Mak Tom dah sampai.. lepas breakfast kita cuci mata kat sini..
 sebelum tu si HS ni nak shopping macam2... kena sekat-sekatkan juga.. nak pin tudung yang harga sepasang rm5... nak sampai 3 warna.. kena potong kehendak dia.. dua cukup .. lepas tu nak sarung lengan yang boleh sangkut kat jari tu.. nasib ada satu je warna... beli apa yang ada... banyak2 nanti abang Siraj bising...
 sebenarnya nawaitu asal adalah untuk beli getah arab kat adik tu... dulu rm 20 sepeket... oleh kerana dah susah nak dapat dah jadi rm35.00... gugel la kalau nak tahu kebaikan getah arab.. sebelum ni akak beli dua paket .. maka nak top up stok aje.. dia offer 3 rm100 .. akak kata tak apalah... ada lagi stok kat rumah... lepas ni kalau tiada stok kena beli getah yang belum jadi serbuk la.. kat pasar tani ada sebulan sekali penjual tu datang...
 lepas breakfast teruslah ke tempat Mak Tom... namun sebelum tu di gerai jual t shirt sukan si HS nak juga baju sukan warna pink tu ... baju Johor... dia kata bukan sebab adik gedik tau nak warna pink ni... sebab baju tu memang cantik ... oklah... dengan nawaitu sebagai hadiah untuk birthday tahun 2015 yang tiada tarikh untuk dia... tahun ni tiada 29 Februari... 

Sampai tempat Mak Tom... amboi memanggil-manggil  pokok ni ... peria baka Taiwan kata Mak Tom.. perlu tempat redup ... pakkal la duduk di rumah kayangan ... beli2 nanti tak reti nak sekolahkan macam Mak Tom buat ni... mahu menjalar masuk dalam rumah kalau dia subur... nak pasang-pasang tali ke apa macam tak sesuai... kalau macam dulu masa arwah ada ... memang akak angkut balik Seremban... risau membazir tiada siapa nak belek pokok ni... pendam je la hasrat untuk tambah koleksi... cuci mata je la.. berkenan dengan trelis dari buluh buatan Mak Tom.. katanya pucuknya juga boleh dibuat ulam.. jiran sebelah kanannya tu pokok serai wangi... dah simpan hp baru nampak... 

yang ni pula pokok jambu isi merah... teringat kita dah ada pokok ni.. tak apa lah... tapi yang jeles dan takjub bin hairan bin suka tengok... dah ada buah.. Mak Tom kata buang la pucuk2nya jangan sayang daun.. nanti berbuahlah dia... pokok nona sebelah pokok jambu ni pun tengah berbuah.. malas pula nak snap... ok.. kena ingat petua Mak Tom ni.. berkobar-kobar nak pindah pokok jambu batu isi merah akak yang beli dari Diana lama dulu ke pasu besar... pokok tu pun baru pulih dari cuaca panas... pulih selepas dibawa kembali ke rumah kayangan kami ni...

sebelum Mak Tom sampai.. akak dilayan oleh anak Mak Tom... dia orang ni gelar akak Mak Cik Singapura ha ha... kenapa entah.. kut sebab rajin membeli setiap kali singgah... 

dapat info bunga baru... zebrina (berdaun belang), melati oren (wrightea), pokok jeruju (untuk kanser dan asma) dan kunyit hitam yang daunnya ada pelanggannya beli untuk ubatkan rahim yang bengkak.. katanya daun dibuat ulam... nanti dikongsikan pokok2nya ... 

wallahualam.. usaha dan tawakkal pada Allah swt...

Jumaat, 6 Mac 2015

Keratan bayam malabar pemberian Mak Chek

Entri sebelum ini akak ada menyatakan bayam malabar yang akak kunyah mentah - mentah dan tolak je dalam tekak dengan air kosong pada setiap pagi .. jika berkesempatan la.. ini lah keratan asa yang ditanam di KL ni... pemberian Mak Chek En Boss.. beliau juga mendapat tempias ilmu mengenai khasiat pokok ni... sebagai hadiah dapat pula keratan untuk akak teruskan penghidupannya... abaikanla langsir hitam tu.. bagi mudahkan kerja kat dry yard yang sangatlah sekangkang semut saiznya.. dah diconvert jadi tempat aktiviti tanam menanam di rumah kayangan ni.. bergilir-gilir dengan jemuran :)

setelah merasa hasilnya pokok-pokok ni telah ditawan oleh tentera serangga putih... akak biarkan .. asalkan pokok2 lain tak di serang... 

ps : masih foto bertarikh ketika arwah En Boss masih ada

Selasa, 3 Mac 2015

Hinggap sebentar dipohon sirih

Tarikh sehari sebelum arwah En Boss pergi.. sirih yang subur dan berdaun meriah
menjadi singgahan sirama-rama yang aktif berterbangan ke sana ke mari.. kesana kemari macam memanggil kita untuk mendekatinya..bila didekati dia lari.. kali ini tiada fokus boleh di buat kerana hari pagi... lapar kut...

Isnin, 2 Mac 2015

Kepulangan yang penuh halangan ...setahun yang lalu

Tahun 2014 tahun penuh dugaan... asik disuruh outstation... selalu kena  tinggalkan arwah En Boss dan HS.. 
Foto-foto perjalanan pulang dari outstation Pantai Timur. Gembira hati nak pulang .. dah janji dengan arwah En Boss sekian sekian waktu kami akan sampai... masyaaAllah banyak pula urusan rakan-rakan sebelum pulang.... nak bungkus berpulu-puluh biji sata, nak tunggu sata masak baru boleh balik... banyak betul dia orang shopping sata... lepas tu ada yang nak kopi kat Kemaman tu... tunggu lagi.. akhirnya lepas Asar kut baru boleh betul-betul gerak dilebuhraya... dah lupa .. menghampiri hentian R&R di Pahang nun... hari hampir maghrib.. maka cantiklah awan senja-senja tu menunggu sun set.. buat muka selamba klik klik sana sini.. namun ada juga yang perasan.. suka ambik gambar eh... akak tunjuk gigi je la... selesai urusan hajat besar dan hajar kecil bas bergerak semula menuju Kuala Lumpur.... adoiii ada kawan tertinggal handbag dalam toilet... nak menangis rasa sebab dah janji dengan arwah akan tiba di KL pada sekian sekian waktu... apa nak kata  bas perlu berpatah balik.. hari dah gelap sewaktu kami sampai ke hentian tadi.. hmmm bag ada.. hp dan purse ada .. duit dah ilek...  takpa la ada dokumen penting ditinggalkan lebih mustahak dan tak menyusahkan disekian waktu....  kami sepakat buat kutipan buat rakan yang jadi mangsa... hampir pukul sebelas malam baru sampai rumah kayangan... packing dan teruskan perjalanan balik ke Seremban.. arwah En Boss nak sampaikan sata buat teman mayanya buat melunaskan menantunya yang tengah mengidam...



nun disana hujan mula turun.. 



hujan dan sun set yang bersatu





ps tengah malas letak watermmark Suka-suka... 

Anak Strawberi Cameron Highlands - yang ada 6 bulan lalu

Satu demi satu anak strawberi benih dari Cameron Highlands yang dibeli oleh arwah En Boss mula tunjukkan   keadaan yang ia bakal pergi jua... membesar tak mahu... redha je la..
4 hari sebelum arwah pergi..