Penutup jalan-jalan 2012
Selepas penat lelah kenduri kahwin Dr Ir dan Dr Mazley En Din ajak jalan-jalan lagi .. En Din kata ada kerja lagi.. arahan terbaru boss...dekat je.. okla tu..
itupun hampir 3 jam juga..pening juga naik bukit berbelok-belok ni..Cuaca dah tak berapa sejuk ..kabus masih ada disini... terutamanya sewaktu hujan..
Kos agak tinggi di sini.. sebotol air mineral rm3.00. Kalau untuk top-up prepaid line telefon extra charge lima puluh sen. Kos makan pun macam kena sembelih je.. untuk 2 family makan 1 nasi goreng kampung, 1 nasi goreng cina, 2 kueh tiaw, 2 mee goreng, 1 meehun, sepinggan stim bot, 2 piring sukun goreng, 1 milo ais, 2 teh tarik, 1 nescafe, 5 lagi jenis air tak ingat.. RM70.00. .+++ bukan di Puncak Inn la tetapi di food court belakang masjid.
HS as usual dapatla sehelai jaket.. tanda datang sini. Cakap dengan dia 'no I love Fraser Hill' ya.. nasib baik ok.. kalau tidak!! masa di Padang Besar hari tu.. merajuk bagai nak rak tak dapat baju hard rock dan bathroom robe untuk kanak-kanak. Dah dapat baju Hard Rock Phuket (jadila) nak juga I love Perlis dan I love Thailand.. mana ada? Macam-macam karenah!
First time bawa HS ke Fraser Hill ni. Hampir 9 tahun tak pernah ke sini. Cerita lama... sampai sini hampir pukul 2 pagi selepas exam paper apa tak ingat dah! Demi memenuhi undangan kawan dan untuk mengubat hati kawannya yang lara, terpaksa juga bersiap-siap pakaian dan keperluan masakan sambil ulangkaji.. tersiksa sungguh masa tu..
Alhamdulillah .. nasib baik score.. bayangkan selepas berhempas pulas mengharungi exam yang tamat lebih kurang 10.30 malam di dewan TIBE HKL ... masa ni kampus cawangan UKM KL tumpang di HKL.. pening dan penat tak hilang lagi dah pening pula on the road ke sini.. malam-malam buta tak nampak apa..apalagi lelap je la.. namun itu semua kenangan.. dah hampir setahun arwah K Sabrizah pergi.. kami ke sini tanpa beliau.. alfatihah untuk arwah..
Suka juga datang sini sebab boleh layan bunga-bunga yang cantik-cantik macam Cameron Highlands juga. Cuma tiada orang jual strawberry secara besar-besaran..20 tahun dahulu untuk naik kesini di GAP perlu ambil giliran sebab jalan one way..alhamdulillah sekarang sudah ada jalan naik dan turun yang berasingan...
ha ha si adik kata nasib baik tau pusing jalan kalau tidak terus turun ke Kuala Kubu semula..
konon nak keluar top up aje... langkah panjang pula ...lencong hala.. shooting time...macam-macam angle En Din suruh... hi hi.. lama juga.. dah maghrib baru bail..seronok lepak di dataran ni..deretan bunga impatiens pelbagai warna dan saiz..
berdua je dengan HS.. abang-abang banyak urusan praktikal dan ada event pula..mak tetap ingatkan korang berdua.. duk rumah baik-baik ya.. buat apa yang patut..lali agaknya macam-macam pesan emak ni..
hujan lebat pula malam ni.. tak boleh keluar lepak dataran pula!!
gambar bunga-bunga nantila ..kena kecilkan pixel dulu..kalau tidak whoops lagi.. never ending story kalau pasal bunga he he..