Isnin, 25 Ogos 2014

Sudah pulang kerahmatullah...


Assalam dan selamat sejahtera.. sudah sehari semalam En Boss yang tercinta sudah kembali kerahmatullah... Allah lebih menyanyangi beliau...
aktiviti berblog akak akan tertunda buat sementara waktu... walau pun redha atas pemergiannya kesedihan dan kesunyian  tetap datang bertandang ... tunggula semua urusan selesai dan mood dan semangat datang kembali.. mohon doa para sahabat agar arwah dipermudahkan urusan di alam barzakh... juga mohon mendoakan agar akak terus tabah..

Ahad, 24 Ogos 2014

Tuaian minggu lepas dan masak-masak minggu ini

Cili-cili yang dituai minggu lepas.. simpan je dalam fridge sebab dah masak masa tu.. hari ni nampak daun kesom kat kedai teringin pula nak buat cicah untuk ikan goreng.. cicah simple je.. cili , bawang besar, daun kesum, perah limau dan kicap. Biasa buat tak letak daun kesom. makan macam ulam je bawang dengan kicap tu tengok adik kat Ipoh buat.. rasa sedap dan menyegarkan.. 


Daun kesom dipotong halus tapi kali ni tak halus s




Kononnya untuk yang ni untuk En Boss..  tanpa daun kesom... lepas dia rasa .. hmmm combine semua




Gulai cendawan tiram

ikan goreng cicah kicap daun kesom

tempe goreng permintaan HS..wp macam hitam rasa tak jejas..tak cukup

detik-detik cili campak=campak belum dituai

pokok katik bila disiram naik balik tanahnya mengenai buah cili



Dinner di rumah abang sepupu En Boss -  kenduri  akad nikah anaknya .. tambah lagi ahli barun... 
lepas borak - borak yang meleret kepada isu semasa dengan abang sepupu 

Sabtu, 23 Ogos 2014

Pokok kayu putih

Pokok kayu putih .. kan .. kan.. 
tak de khoje... cari khoje...
 takkan datang sini tak de tanda kan ! 
Sebenonya datang sisi atas urusan khoje... 
abis khoje cari la mangsa untuk blog ni
Cari-cari apa yang berkenan di hati... 
nak jadikan kenangan dan sumber ilham ...
Kat mana? OOO..  Dihujung Dataran Merdeka sana! 
Ramai pelancong bergambo kat sini.. 
time depa tiada ni akak ambil kesempatan snap!
 Jangan marah da...pokok kayu putih yang buat minyak angin tu tak de disini!

Jumaat, 22 Ogos 2014

Salam Takziah Pada Keluarga MH17



Salam takziah.. akur kehendak
 Yang Maha Esa atas musibah yang menimpa . Hari ini juga disiaraya oleh majikan dengan perihal berpakaian berwarna suram..

Takziah dari seluruh warga Malaysia






Tuaian minggu lepas dan minggu ini

Minggu ke tiga syawal ni sempat bermesra dengan laman bila hari dah meninggi. Terpaksa la tahankan panas terik , sekejap lepas tu bayu dingin bertiup lepas tu terik balik... ingatkan hujan petang tu..
aktiviti hari Sabtu:
1) sediakan patch baru untuk tanam sayur .. stok baru adalah Giant Red dan Mizuna... ( malam tadi - malam selasa) dah semai).. banyak benih bendi tak semai lagi..
2) tukar pasu Rose Jepun .. buang tanah lama .. tukar dengan tanah RM 1.00
3) Jadi pemburu siput bab.. kata Cucubulat si Cadxx
4) Ariel lama yang dikeluarkan oleh FIL dari stor akak gunakan sebagai trellis akar dani
5) Pokok bangun-bangun (cuban oregano) yang dah terlampau matang ( pasu plastik kecil , akar merayap keluar jauh kedalam tanah dan kawasan sekeliling kerana patch tu sangat subur dengan tinja sicacing... boleh kenal pasti tempat tu subur sebab rumput yang tumbuh juga gemuk-gemuk dan gebu.. lagi mereka suka sebab sarang mereka jadi sejuk).. pokok bangun2 ni akak patah-patahkan dan cucuk disepanjang patch.. siapa yang survive nanti kita tengok
6) menjelang pukul dua terpaksa berhenti kerana nak balik KL dah.. kena kemaskan segalanya sebelum gril dikunci... mangsa lagi lutut ni .. nak kerja siap dan cepat..

sehingga jam terakhir kami meninggalkan pagar Seremban ni hari makin menjadi-jadi panasnya... panas telinga dalam kereta sebab lewat keluar rumah :) panas lagi suasana open house kawan En Boss.. En Boss nak jumpa En Boss dia pula.. terpaksa join juga open house wp kesihatan masih belum mengizinkan.

Semalamnya (Sabtu) hujan dingin dibumi Seremban dari pagi membawa ke petang... nyaman rasanya.. sebelum hari hujan sempat juga melawat kawasan nak tengok apa hasil pagi Sabtu !.. dapatlah 3 biji petola pulut..dah tuai dan snap bagai .. ronda kat pokok belimbing pula .. masih berbuah ( untuk rekod bahawa buahnya masih aktif dikeluarkan menjadi juga petua letak nasi yang tak habis makan tu) .. semalam letak lagi... pokok belimbing dibelek untuk cari putiknya untuk ubat batuk En Boss... dapat la juga...buah dah banyak yang matang.. wahai jiran-jiranku silala mengambil buah belimbing itu... kalau tidak jadi kompos asli je la bila dia gugur .. juga dah pesan kat seorang jiran di bahagian bawah sana .. jumpa masa open house jiran depan rumah..

layan jela foto petola yang subur berbuah ni dan belimbing buluh yang lazat kalau dibuat gulai... haih terlupa la nak ambil lebih untuk adik pembantu di ofis ni..
Minggu sebelum

Masih melilit pd lain-lain
 pokok..juluran sudah di tarik kpd aliran kelompok petola ni..


Minggu lepas




Dah pesan pada jiran untuk tuai
 sebelum dia berserat


Rezeki jiran - minggu  lepas

Belimbing buluh yg tak putus-putus berbuah (utk rekod sendiri) ..selalu letak baki nasi dipangkal pokok.. banyak yang gugur kerana tiada yang berminat







Tuaian minggu sebelum..yg putik belimbing untuk ubat batuk




p/s : kejadian yang mengharukan - seekor anak siput bab telah bangun dari pengsan garamnya dan melarikan diri.. adoi... entah apa pula mangsa dia nanti... macam rasa dia nakkan bayam malabar akak yang sangat subur tu je..

Khamis, 21 Ogos 2014

Burung dan anjing comel

Sebelum raya hari tu kami ke daerah itu untuk urusan rambut En Boss..nampak lah pulak si burung bersaiz comel ni... menyerlah warna pink nya dari kejauhan menghiasi depan deretan kedai di situ..dapat la dua tiga snap sambil tuannya merenung dengan senyum dimatanya.. mulut tak senyum .. ingatkan pokok ni tak berbunga... ah sudah jatuh hati.. dengan rasa tak malu minta dengan tuannya... serius je mukanya... alamak.. usai urusan rambut minta pula dengan anak tuan punya.. horee dapat setangkai.. minta yang kecil je... buat apa kecil katanya.. ambil lah yang besar.. orang dah beri ..terima je la .. rezeki..



Lepas snap bunga tetiba keluar pula si anjing comel ni dari kedai sebelah.. terkejar-kejar tuannya.. tanya tuannya untuk snap sebarang dua foto si tengkuk gebu ni... depa ok je..
 Akak ni penakut ... snap dari jauh je.. takut dia jadi garang pula..



Isnin, 18 Ogos 2014

Anak crossandra hijau sudah togel

Minggu lepas anak crossandra hijau ni meriah berdaun.. cantik naik daunya... keratan di semai dari pokok induknya.. masa tu dah berangan .. wah lepas ni banyalah pokok crossrandra ni.. panas yang berpanjangan dan pokok terung pipit sebagai shade sudah dikemaskan nenyebabkan  pokok induk mula menyusut perkembangannya..akhirnya mengering... fine kata hati.. tunggu anak dia meriah.. 
Hampir terjerit akak bila tengok ada yg tumpang menyorok dalam pasu dan .... crossandra tu dah togel... hanya secoet daun yang tinggal... sampai hati betul si siput bab ni

Sudah HS garamkan...

Yang dua ekor ni tengah berasmara dana .. menyorok juga dalam kontainer yg ada pokok lili dan anak pokok longan yg dah kering.. yg menjadi sebab penemuan mereka dua ekor ni sebab nak snap pokok ni sebagai rekod bahawa ianya sudah hidup kembali setelah disirami hujan minggu ini. 
Sudah digaram juga oleh HS..

Tak berapa jelas..
 Dibawah kelihatan daun baru mula tumbuh.. rasa seronok... seronok lagi bila dpt jumpa pengunyah - pengunyah daun..

Sabtu, 16 Ogos 2014

Limau bali

Kali terakhir balik dari Ipoh ke KL .. En Boss ajak ikut jalan lama ... santai-santai jalan.. tak mo ikut highway.. sebelum tu nak cari port penjualan limau bali.. jumpalah juga.. harga boleh tahan... sampel dirasa... nyoya beri rasanya sangat sedap.. bila bawa balik .. akak ok je rasa pahit manis tu... En Boss tak suka .. rasa nak batuk pula katanya.. maka tergolek-golek la sebiji lagi buah tu .. semua orang tak mo.. nak gi bawa ofis lupa lah pula.. rasanya ada lagi dalam plastik ... jadi kompos organik kut nanti!!

p/s: Orang Bali tau ke tak limau ni dipanggil limau bali!

Pandai-pandai je panggil dan ulangtahun lagi..

Pokok tulang.. pandai-pandai je akak panggil pokok ni pokok tulang.. nama memang tak tahu... pokok ni koleksi Kak Teh.. dia ni  memang suka buat koleksi pokok - pokok disekeliling rumahnya. Dulu-dulu jiran-jiran akak ada juga koleksi pokok ni.. masa tu akak berfikir .. pokok apa ni daun tiada bunga apa tah lagi.. buat sementara  nama masih belum diketahui kita panggil je la dia dengan pokok tulang... entah dari mana pula timbul tulang tu kan! Baru je lepas saja-saja gugel... resultnya keluar imej pokok ni... ingatkan saja-saja nak beri nama pokok tulang ... memang itu lah panggilannya... nama saintifik pokok ni ialah Euphorbia tircalli .

   khasiat pokok ni didapati dari blog ni 
http://ezlins.blogspot.com/2012/03/khasiat-pokok-tulang.html
http://jr-dlmfikiransilabu.blogspot.com/2011/06/pokok-tetulang.html

P/S : 1) Hari tu ada berikan Kak Teh benih.. tak berapa menjadi katanya... akak beri anak strawberi Cameron Highlands pun tak menjadi.. dia terlupa .. pokok dah kering.. nantilah beri lain kat Kak Teh.. kenapa Kak Teh.. sebab dia ni bertutur susah sikit akibat demam panas masa kecil.. kakak sepupu kesayangan En Boss.. masakannya kelas terangkat ..sodap!! Berjemari hijau!!... sebab tu akak pun sayang dia... 

2) Cer tengok date foto tu... ha ha baru perasan gak ni date tu sama dengan hari ni .. setahun akak snap dan benamkan foto ni.. maleh nak taip tajuk entri terbenam lagi... kut boring lak kan! Semua ilham nak buat entri hari ni , gerakan hati dsbnya beyond our control...Tarikh ni bagaikan tarikh keramat .. keramat la sangat ya... tarikh pertama kali lapor diri masuk kerja... tu lah keramatnya.. berapa tahun dah ya tak bergantung pada duit FAMA ni ! Since 1988...Sekarang kita lak jadi FAMA... syukur alhamdulillah.. rezeki semuanya ketentuan Yang Maha Esa... semoga akak terus positif melayari alam pekerjaan, bersabar menghadapai pelbagai rintangan.. insyaaAllah akan cuba terus bersemangat dan mengurangkan % Malas.. kerja seolah-olah !!!! beribadat seolah-olah!!! Ya Allah permudahkanlah semua urusan dunia dan akhiratku!!

Jumaat, 15 Ogos 2014

Entri Terbenam - Jalan Lama Bukit Putus

Bukit Putus nama diberi , pasti ada sejarahnya bila gelaran diberi... dengarnya bukit - bukit di situ tidak bersambung dan putus-putus...  kalau takut jalan bengkang-bengkok memang seriau lalu disini ( bondaku la tu) .

Kalau lalu disini...Angin lalu menerpa hidung menghamburkan bau hutan dan tanah yang bersatu.. Tingkap kereta selalu dibuka untuk menikmati udara segar ni.. semulajadi ...akak dan En Boss la tu.. suka sebab sejuk dan nyaman..

Bila dah ada highway jalan ni kami tinggalkan.. nak cepat sampai kononnya... silap-silap masa dan haribulan jem bumper to bumper.. suatu ketika En Boss rindu nak lalu sini.. I follow je..

Banyak yang dah berubah.. masa kami berhenti di Agro Park.. lupa dah namanya .. nanti dapat nama yang betul akak edit kemudian ya.. dah ada pula hotel kecil beroperasi... lokasinya sebelum sampai Seremban.. ada restoran bagai!!.  Kami buang masa kat sini sekejap... tempat macam best je...   harga boleh tahan.. beg duit kena tebal juga... Foto-foto untuk rekod peribadi kami..






















jom

Arkib Blog

Label

#sebelum dia pergi selama-lamanya (1) 1 Mei - 12 Mei (1) 10 malam terakhir (1) 16.8.1988 (2) 16.8.2014 (1) 4.8.2013 (1) 4.8.2014 (2) 5 Januari (2) abang (1) adik (2) adik comel (1) african lily (2) Ah So (1) Ahad (1) Akar Dani (1) akhir (1) aksi (1) allamanda (1) Allan's Water (1) Aloe Vera (1) alu-alu (1) Amarillys (3) amra (1) anak (2) Anak bendir singa (1) anak pokok (3) Anak pokok delima (1) anak pokok lemon (1) Angle Loofah (1) angsa (1) anjing comel (1) anniversary (2) apa (1) Apa ada di Negeri Sembilan (3) apa? (3) area (1) Asam jawa (1) asam keping (2) asin-asin (1) asparagus (1) Awan (3) Bahau (3) Baja (1) balik kampung (3) balung ayam (3) bangun-bangun (2) basil (2) Batu Feringghi (1) batu karang (1) baung (1) bawal goreng (1) bawang (1) Bayam malabar (3) bayam malabar di Seremban (5) bayam malabar merah (5) bayam merah (1) bayan (1) bazar Ramadhan (1) bekal (1) belang (1) belang biru (1) belangkas (1) belimbing buluh (3) bendi (2) bendi emas (2) Bendi Singa (2) BendiOP (1) benih (1) benih dari Tanam Sendiri (1) benih kacang panjang renek (1) benih lemon (1) benih purple ipomea (1) berbunga (1) berembang (1) berkembang (1) berkilau (1) bersusun (1) besar (1) betik (1) betina (1) Bharat Tea (1) biak (1) birthday (1) blue diamond (1) blueberry (1) bonsai (1) bougainvilla (2) bougen-bougen (1) brindle berry (2) BTR (1) buah (4) buah apa (1) buah canistel (1) buah kari (1) Buah kristal (1) buah kuning telur (1) buah letup-letup (2) buah melaka (2) buah oren (1) Bubur nasi (1) buih ombak (1) Bukit Putus (3) buku gergasi (1) bulan (1) buluh jepun (1) buncis (1) bunga (32) bunga akarsom (1) Bunga Apa (6) bunga bongor (1) Bunga delima (1) Bunga halia bara (1) bunga hempedu bumi (1) bunga impatiens (2) bunga kangkung (1) Bunga Kertas (4) bunga kobis (3) bunga kuchai (1) bunga kuning (1) bunga maman (1) bunga matahari (1) bunga petola (1) bunga pukul 4 (1) bunga putih (4) bunga rambutan (1) bunga raya (3) Bunga raya pink (1) bunga rose jepun (2) bunga susun kelapa multipetal (1) Bunga Tahi Ayam (1) bunga telang (3) bunga timun tikus (1) Bunga Tisu (2) bunga ulam raja (1) burgundy (2) burung (1) burung hijau (1) butterfly (1) BWH (1) cabbage (1) calamansi (3) cambah (1) cambahan (2) Cambahan pulasan (1) Cameron Highlands (20) campak-campak (3) carnation chabaud (1) Carrot Paris Market (1) catatan (1) Cemomoi (1) cempaka putih (1) cendawan (1) cendawan busut (1) cerita burung (1) chayote (1) Cherating (2) chinese amaranth (1) chinese celery (2) cili api (3) cili besar (3) cili campak-campak (3) ciput (1) coriander (2) Cotton Rose (1) crinum asiarum (1) crossandra (6) crossandra hijau (4) CROSSANDRA infundibuliformis (2) crossandra peach (1) Crossandra undulifolia Shamrock (1) Cuaca (3) cuaca panas (1) cubaan (2) cuban oregano (1) cuti (1) Dahlia (9) Dataran Merdeka (1) Daulat Tuanku (1) daun (1) daun bawang (1) daun bebuas (1) daun gelugur (1) daun pandan (2) daun pisang (1) daun puding (2) daun selom (2) daun sesemut (1) Dedaunan (1) delima (2) demam (1) destinasi (1) Diana (1) Dill (1) dill berbunga (1) dipejabat (1) duit (1) durian (1) durian belanda (1) east india rosebay (1) Ecbolium viride Family: Acanthaceae Green Shrimp (1) edible (1) Egyptian Star (1) Eidul Adha (1) En. Jusz (1) epal (1) etnobotani (1) eve (1) evening sunflower (1) facebook (1) facemask (1) Family Day (1) Family: Acanthaceae (4) favourite photo (1) Februari (1) Fiji (3) Firecracker Flower (1) Flokoli (7) fragrance (1) Frasers Hills (4) fullhouse cherry (1) gelam pasir (1) gelugur (1) Generasi kedua (1) generasi ketiga (1) Giant sunflower (2) gladiolious (3) gladious (2) Gold Coast (1) green crossandra (4) Green Ice Crossandra (5) green parade (3) Green Shrimp (4) gula melaka (1) gulai (3) gulai betik muda (1) gulai maman (1) Gunung Angsi (1) hadiah (1) Hadramawt (2) hairy basl (1) halau (1) halus (1) Hari Kebangsaan (1) harum sundal malam (2) hasrat (1) Hawa (1) helang (1) Hentian Taiping (1) Herba (6) hijau (4) HS (3) hujan (1) iftar (2) ikan (1) ikan bolos (1) ikan senangin (1) ikan tenggiri (1) impatien (2) impatiens Cameron (1) incomela (1) Ipoh (4) Ipomea Variada Mixed (1) Jadual Baja (1) jalan raya (1) Jalan-Jalan (1) jam (1) jambu (1) James Wong (1) Janda Baik (2) jantan (1) Januari (1) jawapan bunga apa ni (1) JB (1) jelawat (1) jeliti (1) jenis (1) jerebu (2) Jeremin (1) jeruk Pak Ali (1) jom (3) juadah (1) kabus (2) kacang buncis heirloom-Royal Burgundy (2) Kacang Buncis Renek (1) kacang panjang (4) kacang raya (1) kacang tanah (5) Kailan (2) Kailan 55 (2) Kak Teh (6) kaki Frasers Hills (1) Kampung (1) kangkung (5) kanser (1) Kapsikum Merah (1) Karipap Rusa (1) kaya (1) Kebun Bahagia Bersama (1) kebun sebelah (1) kedondong (5) kedua (1) kelepung (1) kelicap (1) Kemaman (1) Kemangi (2) kembar (2) Kemerdekaan (1) kemuning (1) kemunting cina (1) kenangan (1) kepanasan (1) Kerangai (1) kerapu (1) keratan batang (1) kerdas (1) kerepek raya (1) kering (1) kerinting (1) ketam (3) ketayap (1) ketiga (1) ketumbar (2) keumbar (1) KIK (1) KL (1) klia (1) kobis (1) Kobis Awin (2) Kobis Bunga (1) Kobis Cina 636 (2) Koleksi (1) Korban (1) Korea (1) Koya (1) krisis air (1) Kuala Pilah (1) Kuantan (2) kucing (1) kucing BIL WAL (1) kudup (2) kuih kelepung (1) kuncup (1) kuning (3) kupu-kupu (1) kursus (1) labu botol (2) lada merah (1) Lailatul qadar (1) lama (1) Langkawi 2013 (1) Lantana Camara (1) lappy baru (1) latarbelakang (1) layu (1) lebah (2) Lekas Highway (1) lemang tepung (1) Lemon (2) Lemon Basil (6) lempuyang (1) lettuce (2) letup-letup (1) liar (7) likoh (1) Lili (1) lily (1) limau kasturi (3) love (1) lunch (1) luruh (1) main (1) Mak Ngah (1) makan-makan (1) makan-makan dirumah MABA (1) makisar (1) malabar (1) malabar hijau (1) malabar merah (1) malabar tamarind (1) mamak (1) maman (1) Maman Hantu (1) mandi laut (1) mangga (1) mangga telur (1) mangun (1) marigold (1) markisar (1) Mary Washington (1) masak-masak (5) masakan (2) Masjid (1) matahari (2) Melaka (2) melepas (1) melor (1) Menang (1) Menara Condong (1) mengkudu (2) menyorok (1) merah (2) mesra (1) MH370 (1) Mi Kari (4) Minah Kangkung (1) misteri (1) ML (1) Morib (1) Moss Rose (1) motivasi (1) mulberi (1) muraya (1) musim bunga gugur (1) musim hujan (1) Musim kering (1) musim panas (1) musim sejuk (1) Nak senang (2) Nano (1) nasi arab (1) nasi ayam kunyit (1) nasi goreng (1) Nasi Goreng Kampung (1) Negeri Sembilan (4) niat (1) noni (1) November (1) Nudabuffy (1) nyamuk (1) nyonya (1) ofis (1) Ogos (1) onde-onde (1) ondeh-ondeh (1) Orac (1) oren (1) Origin: India and Malaya (4) orkid (1) Padang Besar (1) pagi (1) panas (1) pankek (1) Pantai Mak Nik (1) Pantai Teluk Mak Nik (1) paragliding (1) Pasar (1) Pasar Tani (6) patin (1) pauh (1) peach (1) Pecah kaca (1) pegaga (2) pejabat (1) pelawat (2) peluang (1) pemandangan (1) Pemusnah (1) Penang (1) pencen (1) penyu (1) perkembangan (1) perubahan (1) pesona (1) Petai (1) Petaseh (1) petik (1) petola (8) petola pertama (1) Petua (1) petua elak gigitan nyamuk (1) Pindah (1) pink (6) Pink Lady (1) pisang (2) pokok (2) Pokok anak burung (2) pokok apa (1) pokok kari (1) Pokok kayu putih (1) Port Dickson (4) Pos Betau (1) proses (1) puasa (2) pucuk daun kunyit (1) pucuk paku (1) pudia (1) pudina (2) puding (2) pulang (1) Pulau Pinang (1) puncak kejayaan (1) purple (2) pusingan (1) putih (2) putu bambu (1) que (1) Rabu (1) racik (1) rama-rama (13) Rama-rama cantik (1) rama-rama putih (1) Ramadhan 2014 (3) Ramadhan 2015 1436H (1) Rawang (1) raya (6) rebung (1) rebus (1) red fiery (1) Red Romain (2) Rembau (1) Remis (2) rempah (1) rendang (1) rendang ayam pencen (1) renek (1) rerama (1) Ringlet (2) ros (1) Ros Jepun (2) Rose Jepun pink (1) roselle (2) royal (1) Sabah (1) Sabtu (1) Sage (1) Sagu (1) Sakit (1) Sakura Malaysia (2) salad (5) Salad Merah (1) sambal (1) sambung nyawa (2) santai-santai (1) Sapaan (1) saujana (1) Sawah (2) sawi (3) sawi bunga (1) sawi bunga Shanghai (3) Sayur Meranti (1) Scalloped Yellow Patty Pan Squash (1) scalloped yellow pattypan squash (1) Sejarah (1) selepas musim hujan (1) selom (1) semai (1) semaian (6) semaian dari benih (1) semangat (1) sembilang (1) semua menjadi (1) Senanti (1) sendu (1) Senduduk (1) sepulih (2) serangga (2) Sg. Lembing (1) Shanghai (3) sinaran (2) sinaran pag (10) sinaran pagi (3) Siput (2) slugs (1) SMA Nazrin (1) sorok (1) Species (1) spesis (1) spider lily (1) status (1) Strawberi (4) strawberi alpine reugan (2) strawberry (1) Strophanthus gratus / Rose Alamanda (1) Stulang Laut (1) sugarloaf (1) sulur (1) sunflower (2) sunrise (1) sunset (1) susu cair (1) sweet basil (1) Sweet Basil Genovase (1) Syawal 2012 (1) Syawal 2013 (1) talapia (1) Taman Botani (1) Taman Botani KL (3) Tanam Sendiri (2) Tanjung Dahan (1) taragang (1) tauliah (1) teh (2) teka-teki (1) Tekoma (1) Teluk Intan (1) tenggek burung (1) tepak sirih (1) tepi jalan (1) Teratak Zaaba (1) terung (3) terung belanda (3) Terung Giant Naga (1) thai basil (1) timun jepun (2) timun mini (1) timun tikus (2) tisu (2) tomato (3) Tomato Ceri Full House (3) tuai (4) tuaian (8) tuber (1) tulbaghia (2) tunas (1) tunjuk (1) tunjuk langit (1) tupai turun (1) turquoise (1) Turquoise Crossandra (4) Turquoise Crossandra Origin: India and Malaya (1) ulam (3) ulam raja (4) ulangtahun (1) ulat bulu biru (1) ummuaidan (2) ungu (6) Unik (1) update (6) vemma (1) vinca (1) walking iris (1) wangi (1) warna (2) Warna alam (2) warna jingga (1) warna kedua (1) warna putih (1) water spinach (1) watermelon radish (1) wild impatien (2) wishlist (1) yakon (1) Yellow Pattypan Squash (1) Zaaba (1) zinnia (5) zucchini (1)