Rabu, 31 Disember 2014

Allamanda di akhir 2014

Assalam.dan selamat sejahtera.. hampir 4 hari tidak memblog.... mood kelaut.. tidak sihat dan macam-macam peristiwa berlaku.. banjir besar di pantai timur dan kejatuhan pesawat air asia.. semalam bapa rakan sekerja pulang kerahmatullah ..tak dapat menziarah
  minggu lepas kereta yang dipandu oleh anakanda Siraj digesel dari belakang.. pemandu tu tak mahu bertanggungjawab... meninggalkan anak akak yang kalut tu.. report tak mahu bagi pampasan pun tak mahu... sabar je  la..

lif dirumah kayangan ni dah hampir sebulan tak berfungsi.. urusan di pejabat pesaka tertunda lagi kerana dokumen tidak mencukupi.. ML telah menjalani amputasi kerana kakinya sudah ditahap gangrane... 

semalam akak pula mendapat ceri beri... mana silapnya tak pasti... kuah kari atau capati yang dah dicemari... berulang ke tandas lebih 10 kali .. makan ubat macam tak berkesan je... perut jadi sakit memulas dan kembung... makan tiada selera... malam semalam makan bubur nasi dua tiga sudu akhirnya terhambur keluar... atas keluar bawah pun keluar... sakit kepala menjadi-jadi... alat pengukur BP yang baru akak beli tu pun menunjukkan tahap tinggi... anakanda sulong jaga akak sebelah siang... petang dia harus ke pejabat...sambil tu akak cuba buat kerja ofis.. siapkan minit... memang tak boleh fokus kalau perut memulas dan badan letih sebab asik ke tandas dan perut kembung tak boleh makan.. sambil menunggu anakanda Siraj balik dari kerja akak dah menggigil kesejukan.. risau pula jadi demam macam di Cameron Highlands hari tu... ambil wudhu pun menggigil-gigil .. anak sulung call suruh minum air banyak-banyak dan minta call dia kalau nak ke hospital... cakap dengan dia macam mana nak banyak minum .. perut macam tak boleh terima.. 
minta anakanda Siraj picit kepala dan keruk belakang dengan shiling 50 sen... kalau HS ada dia lah yang kena bantu...  baru lega untuk melelapkan mata.. pukul 2 pagi akak terjaga..kepala dan mata berdenyut-denyut.. gelisah tak boleh tidur.. nak kejutkan anakanda Siraj untuk ke hospital rasa serba salah.. bp memang tinggi...kesian dgn dia kena ke hospital lepas tengahmalam.. 
tunggu pagi ni baru lah kami ke klinik.. sebelum tu cuba breakfast dengan roticanai kosong panas-panas dan teh o campur susukambing.. alhamdulillah perut tak berapa meragam.. susu kambing tu macam membantu juga... 
mendadak pula bacaan bp bila doktor periksa.. dia pesan harus ke hospital jika muntah tidak berhenti.. ubat ceri beri diarahkan untuk makan 2 biji pertama kali dan untuk kali yang berikutnya makan sebiji sahaja.. kalau semalam makan dua biji mungkin tak berlarutan... 

Perolehan terbaru minggu lepas.. akhir tahun 2014
Stok Mak Tom sudah berbunga... bila berbunga baru boleh dijual... rupa-rupanya allamanda jingga keperangan ni ada banyak tone warna.. ada sepasu lagi tone ala ala warna peach.. sebelum breakfast akak booking dulu agar tidak terlepas kepada orang lain.. seperti biasa hasil jualan adalah untuk support anak-anak yatim dibawah jagaan Mak Tom.. pokoknya dah tinggi .. maka untuk dibawa balik perlu dibengkokkan.. besar-besar bunganya.. since kami akan balik Seremban bolehlah bunga ni jadi koleksi kami.. nak bawa ke rumah kayangan jenuhlah untuk mengangkutnya mendaki tangga... insyaaAllah kita ketemu lagi ya ditahun hadapan ya Allamanda...






Sabtu, 27 Disember 2014

Buah Putat

Jalan-jalan pasar tani pula... jumpa buah ni.. penjual kata sedap buat ulam.. beli lah juga untuk rasa.. memang kelat..

Jumaat, 26 Disember 2014

Sudah ranum

Alahai ... tidak mahu dia membesar.. atau memang saiz dia begitu... pokoknya merajuk terus kering...




Khamis, 25 Disember 2014

Banjir... semoga kamu segera surut

Foto pagi tadi sharing dari kawan yang balik ke KT awal pagi tadi via whatsapp.. semoga semua urusan dipermudahkan... 




Rabu, 24 Disember 2014

Makisar setempat

Seronok tengok makisar aka buah susu ni duduk baik dalam pasu.. tak merayap kemana... kata Mak Tom dia keluar kita kumpulkan semula... minggu ni tiada perolehan baru dari Mak Tom kecuali beli baja kopi je... nanti kesian kat anakanda Siraj kena angkut pasu... lif dah lama rosak... makin menjadi-jadi sakit kaki jadinya... baja aunti rosa dah out of stock... bila la boleh dapat lagi...


Isnin, 22 Disember 2014

Putik tomato

Pokok tomato yang dibeli dengan kawan Mak Tom En Chef.... masa ni berjaya jadi buah.. masa beli dia dah berbunga dan bunganya menjadi pula sehingga tahap ni... nama tomato akak dah lupa... macam-macam varieti tomato chef tu ada... nanti akan di buat entri mengenai buahnya yang masak meranum tapi pokok tak menjadi...

Putik yang disaluti bulu-bulu yang bercahaya bak lampu kelip-kelip..


Cendawan kukur dan Unify


Minggu ni kononnya pemasangan Unify akan dilaksanakan dirumah kayangan kami ni... maka kedudukan perabot dalam rumah perlu dianjak-anjak untuk tujuan pemasangan.. dah lama rumah ni tiada aktiviti alih-mengalih... penat juga rasanya .. buat kerja berdua dengan anakanda Siraj... tunggu punya tunggu tengahari anakanda Siraj info bahawa pemasangan dijadualkan esok harinya... fine... kita teruskan kemas...lunch tak perlu sebab dah brunch dengan nasi kerabu .. kenyang sampai petang...

untuk dinner kami dah tak tahu nak makan apa.. gugel jjcm kat KL ni apa yang boleh tarik selera kami..:)  kononnya nak pergi ke Lakefield Sg Besi .. adik akak kata not bad.. sebenarnya akak teringin makan spageti walhal minggu lepas dah masak spageti semasa anakanda saudara Hazriq sibuk nak datang rumah.. entah kenapa rajin pula masak masa tu... semua bahan ada.. pulun je la... spageti selamat sudah.. masuk perut kami semua... HS yang paling kuat bersorak... yesss...mak masak katanya... aduhai anakku ibumu alang kepalang bizi untuk masak ya...

Selepas solat Asar kami berdua keluar.. kenapa semua jalan 'jam'... lupa pula ... final Harimau Malaya dan Thailand... hmm anakku juga tidak sabar berada dalam jam... buat keputusan patah balik.. moh le kita makan apa yang ada dipersekitaran rumah kita ni... yang boleh tangkap selera masa tu adalah kuetiaw celup... semangat jadinya bila rasa supnya sedap ala - ala Johnny.. lepas makan ada masa lagi sebelum maghrib... jalan sekejap ke pasar malam... lama sungguh tak pergi pasar malam.. nawaitu nak cari sikat rambut .. akhirnya shopping baju dan sayur-sayuran... cuci mata tengok sayur kampung... macam-macam sayur ada .. nampak cendawan kukur tu lagi bersemangat nak masak... rekod betul.. semenjak arwah tiada ini kali yang ketiga dapur akak berasap.. yang lainnya order je kat kedai... semenjak kaki sakit nak duduk lama-lama didapur pun macam satu masalah... tapi kali ini kerana cendawan kukur yang dah lama kami tak merasa dan susah nak jumpa gagahkan juga berada didapur.. tingkap dapur sentiasa bertutup untuk mengelakkan cik tupai bandar yang lapar dan nakal .. maka berpeluh-peluh macam kat sauna.. salah satu alasan tak nak masuk dapur juga tu ... cik tupai ni gemar menyelinap masuk ke dapur cari buah-buahan... semua makanan haruslah di simpan dalam bekas yang tahan giginya yang tajam tu.. tupperware juga tak boleh letak sembarangan didapur.. habis kena kena tokak.. tupperware yang isi kombucha pun kena juga.. kasihan kombucha ku

Hari Ahad kami menanti lagi untuk pemasangan unify... tengahari tak muncul juga... terpaksa call... memang la menghampakan ... anakandaku sudah naik angin.. tak boleh sabar.. katanya untuk minggu ni dah penuh.. kami request untuk pemasangan pada hujung minggu sahaja sebab itu aje waktu yang lapang ... habis program hujung minggu .. untuk ziarah kematian suami kawan pejabat pun tertangguh juga ... untuk ziarah kubur pun tertunda... tinggal harapan aje.. tahun depan kut nak buat kata anakanda ku itu... senyap-senyap akak ke dapur masak cendawan idaman... :) .. santan fresh tiada.. ada stok santan kotak je.. jenama apa dah tak ingat...  mula-mula ada bau tengik sikit tapi dari masa kesemasa bila gulai berserai dah menggelegak dan bergaul mesra dengan bau ikan bilis Sabah yang ditumbuk manja dan ditambah dengan bau cendawan ni yang unik tiada siapa kisah bahawa gulai tu menggunakan santan kotak... kalau arwah ni ada santan ni untuk keperluan kecemasan je.. :) mesti gunakan kelapa parut yang akak kena perah sendiri :) ..  anakanda Siraj diminta tolong masakkan nasi... nasib marah kat Unify dah cool.... suka dia dapat makan gulai cendawan sempoi .. tu je lauk kami.. single dish tetapi seperti makan pelbagai lauk.. boleh enjoy keunikan rasa cendawan ni...

sebagai ingatan untuk anak-anak ku:

  1. cendawan perlu disisih dari kayu yang melekat dan lain-lain kekotoran... kadang-kadang ada cik ulat.. lepas tu basuh bersih dan ramas agar tiada air untuk ditumbuk manja dalam lesong bagi tujuan keluarkan manis cendawan ..
  2. cili api dan kunyit tumbuk lumat... ( anggar sendiri .. nak pedas lebihkan cili)..
  3. serai pasar malam harga RM 1 seikat dihempap-hempap (bahasa klasik bondaku) dengan batu lesung..
  4. begitu juga ikan bilis.. anggaran segenggam.. hempap-hempap je ..jangan lumat..
  5. garam bukit himalaya jenama Halagel
  6. didihkan santan (sekotak), pes cili dan kunyit serta serai .. gunakan air setengah jug je..
  7. masak hingga menggelegak dua  tiga round... kacau ya .. jgn tinggalkan nanti taik minyak jadinya dan gulai akan membuak naik keluar dari periuk... to be safe gunakan kuali stainless jenama tupperware tu... kuali lain pun ok je... tapi kuali ni tinggi dari kuali biasa.. garam secukup rasa...bonda akak dan arwah MIL masukkan garam kasar dalam segenggam jari.. tak guna sudu..sampai hari ni gulai arwah terasa sedap berkat air tangannya.. kalau garam halus Halagel tu ada orang tak suka akak ok je sebab garam bukit lebih berkhasiat dari garam biasa.. tak semestinya jenama Halalgel.. ada lagi jenama lain bagi garam bukit ni..oh ya gunakan anggaran sesudu besar dalam tapak tangan kita.. boleh ke korang buat anggaran macam tu? kalau dah biasa insyaaAllah tak de masalah.. 
  8. masukkan ikan bilis.. menggelegakkan sekejap dan akhirnya masukkan cendawan... menggelegakkan lagi dua hingga tiga round sambil dikacau sehingga cendawan tu edible..kalau suka boleh letak asam keping... selalunya malas (derhaka resipi turun temurun ni)... rasa garamnya kalau kurang selaras sesedap rasa

mahal tau cendawan ni.. sepiring kecil rm 2.00 akak beli 5 piring... akak faham bahawa susah nak dapat cendawan ni.. masa kecil - kecil kat kampung bila ada kawasan tanaman getah ditebang berduyun-duyun kami keluar pagi - pagi untuk mencari cendawan ni.. tak kira walaupun pagi tu hujan .. tetap turun untuk cari cendawan yang sedap ni.. masa tu belajar banyak nama cendawan.. antaranya cendawan telinga kera dan cendawan gelemer.. curious ni.. perlu ke cendawan ni tumbuh pada batang getah sahaja... kalau boleh ternak macam cendawan tiram Mak Aji tu alangkah bagusnya!i




Sabtu, 20 Disember 2014

Vietnam apple aka bidara

Penerangan oleh suami Mak Tom.. pokok yang banyak faedah dijadikan koleksi laman.. untuk elakkan sihir dan hal-hal yang seangkatan dengannya dan digunakan untuk memandikan jenazah... ada lagi ... dah lupa... belum lagi jadi koleksi.. insyaaAllah akan jadi ahli laman akak juga



Khamis, 18 Disember 2014

Bunga betik

Untuk catatan sendiri...
 tertarik dengannya.. maka dirakam untuk hiasan dan sebagai rujukan masa hadapan


Bunga jantan katanya.. hari ni pokoknya dah kering... kakak penanam dah bosan? Atau diusik anak-anak yang bermain di kawasan parkir ini .. cuti sekolahkann... banyakla aktviti mereka.. nak libas shuttlecock libas pokok betik pula... yang tinggal  hanyalah kangkung yang meriah disiram air hari hujan..

Rabu, 17 Disember 2014

Pokok lemon baru dan lama

Batch pertama dah selamat dipindahkan.. aktiviti dalam hujan lebat, guruh dentam dentum Sabtu lepas.. dapat lima pasu... ada lagi dua batch untuk dipindahkan .. kalau rajin minggu ni..

Pokok lama bil. 2 dan  bil.1 dah lama arwah. Bil. 3 kena sungkup dengan bunga telang .. kemudian nanti update.. pokok ni happy meninggi... daun lebar... duk dalam planter box berkongsi dengan kunyit, lempoyang dan cekur... apalah nasibnya dimasa hadapan ya... at this moment akak happy tengok kamu meriah berdaun walaupun berkongsi dengan ulat bulu hijau...

Besarkan! Daunnya meriah sampai sekarang... ohh lihat tarikh itu.. tarikh sehari sebelum arwah pergi selama-lamanya.. hari tak selalunya indahkan! 
Namun kami sekeluarga terima seadanya..

PS: Survey hotel di KL untuk next retreat.. sakit kaki jalan sana jalan sini... alhamdulillah di layan baik oleh mereka..
1st time mulut ni terima sushi top up salmon... sedap!! 

Selasa, 16 Disember 2014

Bunga kangkung

Family date di gerai ikan bakar Bellamy.. ada kedai yang buka untuk lunch dihujung minggu.. 

spotted this white kangkung flowers..
Menjalar naik pagar ..... 

hmmm ..  pinggan orang dulu-dulu diaorang panggil pinggan bunga kangkung!! Ada kaitan bentuk bunga? Bunga ni putih... pinggan tu putih.. bunga di pinggan warna lain.. bentuknya kutt... pemikiran zaman kanak-kanak ku..




Isnin, 15 Disember 2014

Anak Pokok Avocado

Dua minggu berturut-turut Mak Tom bawa anak pokok avocado.. dah jadi warga tuan rumah.. sementara waktu menumpang di rumah kayangan disini.. mudah- mudahan sesuai ....matahari di sini ala kadar sahaja... waktu pagi sejam dua jam... sudah sebulan disini

Pokok 1 - berdahan banyak... buah lebat katanya.. makan tahun juga untuk berbuah... tak pe sabar menanti.. semoga kami sama-sama panjang umur :)

Pokok 2.. tiada dahan.. katanya buah tak lebat tapi saiz boleh tahan.. harapan yang terbaik untuk kamu


PS : Blogging while waiting December's Monday Morning function to start... manfaatkan masa yang terluang.. lamanya tunggu beliau-beliau ni tiba

Sabtu, 13 Disember 2014

Kejadian Pagi Jumaat

Minta kebenaran pejabat keluar pagi untuk settlekan insurans kereta... masyaaAllah dah lap sebulan baru perasan... sibuk sesangat nak ingat hal keluarga sendiri pun dah tersasar jauh... sementara anakanda Siraj parking kereta akak berjalan menuju ke bank.. ditepi jalan besar ni tertarik pula dengan susunan zinnia yang saiz comel-comel ni.. lembut dan sejuk mata memandang warnanya.. apa lagi akak pun seperti biasa keluarkan hp dan klik sekali je.. buat belanja foto dalam blog ni... esok -esok dah tukar bunga lain pulak..
dapat berita anak kawan dilanggar motor.. sedih pula pagi ni..

SIL ajar pergi bank untuk urusan insuran ni.. bank belum buka kami dah sampai.. penat je tunggu.. dah tiada staf insuran di bank.. kena ke cawangan lain pula.. wp duk KL menggagau juga cari.. sebab bank ni gemo bertukar-tukar tempat.. dalam kepala ingat tempat lama je... since waze tiada dlm hp akak .. biasala hp penuh dengan foto untuk blog dan tak rajin buat maintenance maka untuk download waze dah tak muat ..
 yg ada gps je le.. nasib jumpa.. kawasan parking bukan main tak comel... banyak pokok liar ... satu-satu akak perhati dari dalam kereta... ouwh ada buah yang pelik ni.. macam buah rambutan pula gugusannya.. teringat pula buah kecubung... ngeri lak tengok duri-durinya tu.. pokok besar dan subur.. pokok apa ni ya?


Tak selesai juga hal insuran.. ooo semua cawangan akak simpulkan dah tiada agen insuran.. kena pergi JPJ Wangsa Maju advise dek staf Auto Finance tu.. haissh lambat kang ni masuk ofis.. call anakanda Sulong dan bincang dengan anakanda Siraj apa nak buat.. akhirnya call customer service insuran... dah lebi 14 hari kena bwli baru katanya.. kena bawa kereta ke pihak insuran untuk dinilai semula atau purchase online ... pasti purchase on line lebih mudahkann.. dan ada link dengan JPJ untuk step terakhir.. boleh simulate quotation untuk tengok bajet kita.. extra coverage akan meningkatkan amaun yg perlu dibayar dan loading charges meningkat sebab pengalaman memandu diambilkira.. perlu gunakan kredit kad.. dah pakai kena ganti balik la.. kami miss skrin myEg JPJ tu.. nanti kena call customer service AXA semula untuk pembaharuan roadtax pula..notification melalui emel diterima mengatakan JPJ telah terima info insurans yang kami dah bayar sebelumnya.. pagi hingga malam baru selesai.. kalau arwah masih ada semua urusan beres dengan lancarnya.. semua akak kena ambil tahu sekarang

Jumaat, 12 Disember 2014

Temu Kunci dan Lempoyang

Kunci pemberian si Ton.. minta tolong dia belikan rizom cekur dia belikan pula si Kunci ni. Kunci ni tidak diberi perhatian langsung.. selepas diletakkan di port-port yang strategik tinggallah korang... bergantung pada air hujan je.. mentang-mentang duk di cucur awning.. makin meriah dia berdaun


Lempoyang yang juga meriah .. duk dalam planter box ni.. berhimpun-himpun dengan kunyit..
ingredient untuk jamu dah ada... tinggal rajin atau tidak je..
 teringin juga nak buat jeruk especially jeruk halia.. halia je yang akak tak semai di laman ni.. halia bara dah lama pupus kerana kemarau kuat tahun lepas

Rabu, 10 Disember 2014

Cekur

Sebagai catatan sendiri... dua lokasi cekur .. mcam tak berapa membiak... shukur dengan apa yang ada.. kalau banyak merebaknya pasti puas buat ulam pucuknya... cekur ni bunga putih.. teringin pula cekur warna purple


Selasa, 9 Disember 2014

Peminat Kedondong

Dua minggu tak balik ... tinggal tangkai je kedondong pusingan kedua siri satu ni.. kena bagi nombor supaya tahu berapa kali dia berbuah.. tahun ni dianugerahkan 3 siri bunga kedondong untuk kami semua... siri satu tak ada rezeki akak kali ni.. belum ada yang angkat tangan bagi tahu yang dia juga peminat kedondong ni... tak pe lah .. akak sedekah atas nama arwah2.... tapi nak tahu juga kan siapakah gerangan depa ni!..

Siri dua masih putik, bilangannya lebih banyak dari siri satu... semoga kali ni kami dapat merasa

Namun hilang 10 biji Allah ganti lagi... kali ni wallahuaalam berapa banyak yang menjadi. Musim hujan ni .. menjadikah dia... mudah-mudahan dia menjadi sempurna.. 

p/s: sebelum ni pokok kedondong ni sakit.. banyak sangat serangan serangga putih.. beli di Mydin Ipoh penyembur organik daun apa entah dah lupa dan sembur pada serangga yang berumahtangga di pokok kedondong ni dan jarakkan dari pokok-pokok lain untuk dia bernafas lega akhirnya berbunga dan berbuah juga 

Isnin, 8 Disember 2014

Kemuning bertudung telang

Gara-gara lama dibiarkan .. habis tersungkup semua pokok kemuning ... hishh kalau arwah ada mesti dia bising.. nanti down pulak kemuning tu... pokok kesayangan dia ni... ok telang kita kena buat hair cut ya..

Ahad, 7 Disember 2014

Tuaian minggu ini

Berpeluh-peluh hari ni mengemaskan rimba rumput dan pegaga gajah. Sempatla menuai cili padi sebelum berangkat pulang. Dapur dah lama tak berasap... maka nawaitu untuk agihkan hasil kali ni untuk si Ton yang banyak membantu.. hari tu tolong belikan cekur.. dapat pula temu kunci... sakit kaki dia tolong belikan krim urut siap tolong urutkan lagi.. alhamdulillah..


P/S: jika dia masih di dunia ini.. hari ini hari meraikan pertambahan umurnya... 
Allah lebih menyanyangi mu.. 

alfatihah hadiah kami untukmu..
Pusara masih mantap.. alhamdulillah

 tahun lepas tahun terakhir meraikanmu... berkumpul dan makan bersama-sama...

semoga arwah sentiasa didalam dakapan kasih sayangNya... amiin

jom

Arkib Blog

Label

#sebelum dia pergi selama-lamanya (1) 1 Mei - 12 Mei (1) 10 malam terakhir (1) 16.8.1988 (2) 16.8.2014 (1) 4.8.2013 (1) 4.8.2014 (2) 5 Januari (2) abang (1) adik (2) adik comel (1) african lily (2) Ah So (1) Ahad (1) Akar Dani (1) akhir (1) aksi (1) allamanda (1) Allan's Water (1) Aloe Vera (1) alu-alu (1) Amarillys (3) amra (1) anak (2) Anak bendir singa (1) anak pokok (3) Anak pokok delima (1) anak pokok lemon (1) Angle Loofah (1) angsa (1) anjing comel (1) anniversary (2) apa (1) Apa ada di Negeri Sembilan (3) apa? (3) area (1) Asam jawa (1) asam keping (2) asin-asin (1) asparagus (1) Awan (3) Bahau (3) Baja (1) balik kampung (3) balung ayam (3) bangun-bangun (2) basil (2) Batu Feringghi (1) batu karang (1) baung (1) bawal goreng (1) bawang (1) Bayam malabar (3) bayam malabar di Seremban (5) bayam malabar merah (5) bayam merah (1) bayan (1) bazar Ramadhan (1) bekal (1) belang (1) belang biru (1) belangkas (1) belimbing buluh (3) bendi (2) bendi emas (2) Bendi Singa (2) BendiOP (1) benih (1) benih dari Tanam Sendiri (1) benih kacang panjang renek (1) benih lemon (1) benih purple ipomea (1) berbunga (1) berembang (1) berkembang (1) berkilau (1) bersusun (1) besar (1) betik (1) betina (1) Bharat Tea (1) biak (1) birthday (1) blue diamond (1) blueberry (1) bonsai (1) bougainvilla (2) bougen-bougen (1) brindle berry (2) BTR (1) buah (4) buah apa (1) buah canistel (1) buah kari (1) Buah kristal (1) buah kuning telur (1) buah letup-letup (2) buah melaka (2) buah oren (1) Bubur nasi (1) buih ombak (1) Bukit Putus (3) buku gergasi (1) bulan (1) buluh jepun (1) buncis (1) bunga (32) bunga akarsom (1) Bunga Apa (6) bunga bongor (1) Bunga delima (1) Bunga halia bara (1) bunga hempedu bumi (1) bunga impatiens (2) bunga kangkung (1) Bunga Kertas (4) bunga kobis (3) bunga kuchai (1) bunga kuning (1) bunga maman (1) bunga matahari (1) bunga petola (1) bunga pukul 4 (1) bunga putih (4) bunga rambutan (1) bunga raya (3) Bunga raya pink (1) bunga rose jepun (2) bunga susun kelapa multipetal (1) Bunga Tahi Ayam (1) bunga telang (3) bunga timun tikus (1) Bunga Tisu (2) bunga ulam raja (1) burgundy (2) burung (1) burung hijau (1) butterfly (1) BWH (1) cabbage (1) calamansi (3) cambah (1) cambahan (2) Cambahan pulasan (1) Cameron Highlands (20) campak-campak (3) carnation chabaud (1) Carrot Paris Market (1) catatan (1) Cemomoi (1) cempaka putih (1) cendawan (1) cendawan busut (1) cerita burung (1) chayote (1) Cherating (2) chinese amaranth (1) chinese celery (2) cili api (3) cili besar (3) cili campak-campak (3) ciput (1) coriander (2) Cotton Rose (1) crinum asiarum (1) crossandra (6) crossandra hijau (4) CROSSANDRA infundibuliformis (2) crossandra peach (1) Crossandra undulifolia Shamrock (1) Cuaca (3) cuaca panas (1) cubaan (2) cuban oregano (1) cuti (1) Dahlia (9) Dataran Merdeka (1) Daulat Tuanku (1) daun (1) daun bawang (1) daun bebuas (1) daun gelugur (1) daun pandan (2) daun pisang (1) daun puding (2) daun selom (2) daun sesemut (1) Dedaunan (1) delima (2) demam (1) destinasi (1) Diana (1) Dill (1) dill berbunga (1) dipejabat (1) duit (1) durian (1) durian belanda (1) east india rosebay (1) Ecbolium viride Family: Acanthaceae Green Shrimp (1) edible (1) Egyptian Star (1) Eidul Adha (1) En. Jusz (1) epal (1) etnobotani (1) eve (1) evening sunflower (1) facebook (1) facemask (1) Family Day (1) Family: Acanthaceae (4) favourite photo (1) Februari (1) Fiji (3) Firecracker Flower (1) Flokoli (7) fragrance (1) Frasers Hills (4) fullhouse cherry (1) gelam pasir (1) gelugur (1) Generasi kedua (1) generasi ketiga (1) Giant sunflower (2) gladiolious (3) gladious (2) Gold Coast (1) green crossandra (4) Green Ice Crossandra (5) green parade (3) Green Shrimp (4) gula melaka (1) gulai (3) gulai betik muda (1) gulai maman (1) Gunung Angsi (1) hadiah (1) Hadramawt (2) hairy basl (1) halau (1) halus (1) Hari Kebangsaan (1) harum sundal malam (2) hasrat (1) Hawa (1) helang (1) Hentian Taiping (1) Herba (6) hijau (4) HS (3) hujan (1) iftar (2) ikan (1) ikan bolos (1) ikan senangin (1) ikan tenggiri (1) impatien (2) impatiens Cameron (1) incomela (1) Ipoh (4) Ipomea Variada Mixed (1) Jadual Baja (1) jalan raya (1) Jalan-Jalan (1) jam (1) jambu (1) James Wong (1) Janda Baik (2) jantan (1) Januari (1) jawapan bunga apa ni (1) JB (1) jelawat (1) jeliti (1) jenis (1) jerebu (2) Jeremin (1) jeruk Pak Ali (1) jom (3) juadah (1) kabus (2) kacang buncis heirloom-Royal Burgundy (2) Kacang Buncis Renek (1) kacang panjang (4) kacang raya (1) kacang tanah (5) Kailan (2) Kailan 55 (2) Kak Teh (6) kaki Frasers Hills (1) Kampung (1) kangkung (5) kanser (1) Kapsikum Merah (1) Karipap Rusa (1) kaya (1) Kebun Bahagia Bersama (1) kebun sebelah (1) kedondong (5) kedua (1) kelepung (1) kelicap (1) Kemaman (1) Kemangi (2) kembar (2) Kemerdekaan (1) kemuning (1) kemunting cina (1) kenangan (1) kepanasan (1) Kerangai (1) kerapu (1) keratan batang (1) kerdas (1) kerepek raya (1) kering (1) kerinting (1) ketam (3) ketayap (1) ketiga (1) ketumbar (2) keumbar (1) KIK (1) KL (1) klia (1) kobis (1) Kobis Awin (2) Kobis Bunga (1) Kobis Cina 636 (2) Koleksi (1) Korban (1) Korea (1) Koya (1) krisis air (1) Kuala Pilah (1) Kuantan (2) kucing (1) kucing BIL WAL (1) kudup (2) kuih kelepung (1) kuncup (1) kuning (3) kupu-kupu (1) kursus (1) labu botol (2) lada merah (1) Lailatul qadar (1) lama (1) Langkawi 2013 (1) Lantana Camara (1) lappy baru (1) latarbelakang (1) layu (1) lebah (2) Lekas Highway (1) lemang tepung (1) Lemon (2) Lemon Basil (6) lempuyang (1) lettuce (2) letup-letup (1) liar (7) likoh (1) Lili (1) lily (1) limau kasturi (3) love (1) lunch (1) luruh (1) main (1) Mak Ngah (1) makan-makan (1) makan-makan dirumah MABA (1) makisar (1) malabar (1) malabar hijau (1) malabar merah (1) malabar tamarind (1) mamak (1) maman (1) Maman Hantu (1) mandi laut (1) mangga (1) mangga telur (1) mangun (1) marigold (1) markisar (1) Mary Washington (1) masak-masak (5) masakan (2) Masjid (1) matahari (2) Melaka (2) melepas (1) melor (1) Menang (1) Menara Condong (1) mengkudu (2) menyorok (1) merah (2) mesra (1) MH370 (1) Mi Kari (4) Minah Kangkung (1) misteri (1) ML (1) Morib (1) Moss Rose (1) motivasi (1) mulberi (1) muraya (1) musim bunga gugur (1) musim hujan (1) Musim kering (1) musim panas (1) musim sejuk (1) Nak senang (2) Nano (1) nasi arab (1) nasi ayam kunyit (1) nasi goreng (1) Nasi Goreng Kampung (1) Negeri Sembilan (4) niat (1) noni (1) November (1) Nudabuffy (1) nyamuk (1) nyonya (1) ofis (1) Ogos (1) onde-onde (1) ondeh-ondeh (1) Orac (1) oren (1) Origin: India and Malaya (4) orkid (1) Padang Besar (1) pagi (1) panas (1) pankek (1) Pantai Mak Nik (1) Pantai Teluk Mak Nik (1) paragliding (1) Pasar (1) Pasar Tani (6) patin (1) pauh (1) peach (1) Pecah kaca (1) pegaga (2) pejabat (1) pelawat (2) peluang (1) pemandangan (1) Pemusnah (1) Penang (1) pencen (1) penyu (1) perkembangan (1) perubahan (1) pesona (1) Petai (1) Petaseh (1) petik (1) petola (8) petola pertama (1) Petua (1) petua elak gigitan nyamuk (1) Pindah (1) pink (6) Pink Lady (1) pisang (2) pokok (2) Pokok anak burung (2) pokok apa (1) pokok kari (1) Pokok kayu putih (1) Port Dickson (4) Pos Betau (1) proses (1) puasa (2) pucuk daun kunyit (1) pucuk paku (1) pudia (1) pudina (2) puding (2) pulang (1) Pulau Pinang (1) puncak kejayaan (1) purple (2) pusingan (1) putih (2) putu bambu (1) que (1) Rabu (1) racik (1) rama-rama (13) Rama-rama cantik (1) rama-rama putih (1) Ramadhan 2014 (3) Ramadhan 2015 1436H (1) Rawang (1) raya (6) rebung (1) rebus (1) red fiery (1) Red Romain (2) Rembau (1) Remis (2) rempah (1) rendang (1) rendang ayam pencen (1) renek (1) rerama (1) Ringlet (2) ros (1) Ros Jepun (2) Rose Jepun pink (1) roselle (2) royal (1) Sabah (1) Sabtu (1) Sage (1) Sagu (1) Sakit (1) Sakura Malaysia (2) salad (5) Salad Merah (1) sambal (1) sambung nyawa (2) santai-santai (1) Sapaan (1) saujana (1) Sawah (2) sawi (3) sawi bunga (1) sawi bunga Shanghai (3) Sayur Meranti (1) Scalloped Yellow Patty Pan Squash (1) scalloped yellow pattypan squash (1) Sejarah (1) selepas musim hujan (1) selom (1) semai (1) semaian (6) semaian dari benih (1) semangat (1) sembilang (1) semua menjadi (1) Senanti (1) sendu (1) Senduduk (1) sepulih (2) serangga (2) Sg. Lembing (1) Shanghai (3) sinaran (2) sinaran pag (10) sinaran pagi (3) Siput (2) slugs (1) SMA Nazrin (1) sorok (1) Species (1) spesis (1) spider lily (1) status (1) Strawberi (4) strawberi alpine reugan (2) strawberry (1) Strophanthus gratus / Rose Alamanda (1) Stulang Laut (1) sugarloaf (1) sulur (1) sunflower (2) sunrise (1) sunset (1) susu cair (1) sweet basil (1) Sweet Basil Genovase (1) Syawal 2012 (1) Syawal 2013 (1) talapia (1) Taman Botani (1) Taman Botani KL (3) Tanam Sendiri (2) Tanjung Dahan (1) taragang (1) tauliah (1) teh (2) teka-teki (1) Tekoma (1) Teluk Intan (1) tenggek burung (1) tepak sirih (1) tepi jalan (1) Teratak Zaaba (1) terung (3) terung belanda (3) Terung Giant Naga (1) thai basil (1) timun jepun (2) timun mini (1) timun tikus (2) tisu (2) tomato (3) Tomato Ceri Full House (3) tuai (4) tuaian (8) tuber (1) tulbaghia (2) tunas (1) tunjuk (1) tunjuk langit (1) tupai turun (1) turquoise (1) Turquoise Crossandra (4) Turquoise Crossandra Origin: India and Malaya (1) ulam (3) ulam raja (4) ulangtahun (1) ulat bulu biru (1) ummuaidan (2) ungu (6) Unik (1) update (6) vemma (1) vinca (1) walking iris (1) wangi (1) warna (2) Warna alam (2) warna jingga (1) warna kedua (1) warna putih (1) water spinach (1) watermelon radish (1) wild impatien (2) wishlist (1) yakon (1) Yellow Pattypan Squash (1) Zaaba (1) zinnia (5) zucchini (1)