Sambil tunggu masa untuk anakanda saudara Ika mendaftar kursus dalam cuti di UKM ... semasa cuti semester tahun lepas.. jalan -jalanla cari makan walhal kami dah lunch.. jumpa la kedai ni dgn nawaitu nak lalui masa je.. pekena teh tarik je... kena tarik pula dengan murtabak ni... katanya harga ikut layer...sedap.. sekejap je licin.. rm8 entah berapa layer lupa dah.. rasanya ada lagi yang mahal dan lebih layernya
Sebelum tu kami tengok show angkatan kera dipokok2 sekitar UKM.... seronok sepa berayun ikut ayunan dahan sebelum "terbang" aka hopping from branches to branches... ada ketua dia... ada ibu gendong anak dan hopping dan hopping ... ada yang nak lintas jalan yang dilalui kereta yang laju... pandai tunggu kereta lepas dulu baru melintas... cuma yang akak frust kamera ku tak power untuk rakam detik itu... udahlah hari mendong baru lepas hujan... nantila bila rasa confident baru load foto2 tu dalam blog ni... kebanyakannya agak blurr.....ahhh teringat pula anakanda Siraj yang agak nakal ni cuba usik-usik kera2 dari jauh.. lepas tu dia ketawa gembira bila ada kera yang gabra dan lari lompat lintang pukang... ada ketua yang memerhati dengan muka garang... yang paling akak suka ialah persediaan mereka ... macam kita nak baling cakra dan javelin.. kumpul tenaga... mereka akan berundur dulu macam on your mart get set go tu lepas tu baru meluncur diudara ke pokok sebelah... ketua, ibu dan anak dan angkatannya...
Yang ni murtabak kenang-kenangan jumpa Mak Fiyya .. blogger Nani yang akak jumpa di kawasan Inspen .. ada yang kata Ikram... akak perasankan si Fiyya yang tengah didukung oleh ayahnya... Nani masa tu queing just behind me... dh tersurat nak jumpa...
meriah betul kat sini macam bazar Ramadhan.. murtabak gajah akak panggil sebab tebal bebenor... beli dua keping tak habis...