Semasa sibuk keluarkan benih petola dari sabutnya terperanjat akak ternampak ulat ni meliuk-liuk di perdu pokok palma ini... pokok ni dah lebih sepuluh tahun bahagia disini... tak sangka pula ada serangga yang berminat untuk buat port untuk melepaskan telur untuk membiak... atau salah port ni! Pada mulanya geli geleman....itu pasti... berderau darah terperanjat itu pasti... tapi bila melihat pergerakannya yang hati-hati melalui pinggir pasu ni timbul kesian.. dia tak tahu arah mana nak pergi... pergerakan-pergerakannya amat hati-hati .... daya sentuhan amat kuat... dia baby lagi...mungkin dah terjatuh dari helaian daun palma ni sebab akak terlanggar pokok ni wallahuaalam.... mungkin juga daun palma ni keras dan tak sedap tu yang dia gerak nak cari port sesuai ... warnanya pun menarik juga... yg istimewa bagi baby ni adalah warnanya.. ada warna biru.. akak ni kalau binatang yang ada kaler ni memang jaki sikit... tu yang kuat semangat duk mengadap dia bergerak-gerak ke sana kemari... akhirnya akak bosan gak... namun untuk pindahkan dia ke daun-daun yang sepatutnya adalah sesuatu yang diluar jangkaan... oh tidak tidak... akak biarkannya disitu... lama - kelamaan dia penat dan berehat serta bersembunyi dibawah ketulan arang yang ada dalam pasu tu.... setelah sekian lama dan diperiksa semula tak Nampak pun kelibat baby ni.. mungkin sudah jadi bahan makanan sang burung yang berkeliaran di laman ni....
pertemuan pertama kali
Perjalanan dimulakan.. Nampak jugala warna biru tu
hati-hati dia cuba menuruni pinggir pasu ni... suka warna biru tu cheh berani juga ya mengadap baby ni
langkah seterusnya
lihat tu dia tak terus terjun tau... meliuk-liuk disitu cari pelantar untuk landing namun.....
dah penat dia berehat.. kali ni akak beranikan diri untuk close up...cer tengok kepalanya... macam kepala bullet train pun ada jugakan! which is the eyes? tak berani nak belek... kalau dia jenis agresif mesti dia dah terbang kat akak... mahu terlompat-lompat akak macam kena ulat hijau dari atas pokok yang gemar menyangkut kat badan kita especially rambut kerana mereka juga ada benang halus untuk bergerak dan bergantung sambil meliuk-liuk... sebelahnya adalah arang yang menjadi perlindungannya bila nak berteduh dan berehat...
pada suatu hari akak ke kebun sebelan nak skodeng sesuatu...dah ternampak rerama ni melintas riang ..Nampak tak warna coklat yang tu... dia sedang hinggap didaun palma dan warnanya seolah sebahagian dari warna persekitaran.. itulah adat serangga sedang menggunakan warna alam sekeliling untuk perlindungan dirinya... sebenarnya jika dia mengembangkan sayap-sayapnya akan terserlah warna biru yang cantikkk ... tak dapek la nak snap... dia liar dan sensitive dengan pergerakan kita... snap dari jauh jela...
besar tu je la yang dapat... andaian akak mesti yang diatas tu baby dia..sebabnya baby warna biru dan gelagatnya yang suka singgah di helaian daun palma tu..
yang akak nak skodeng ni dia...buah hati pengarang jantung ku he he ... apa lagi fetola ni..jgn bosan ya sebab sayur ni je yang amat tegap dan produktif dikebun sebelah ni... dia kan gemar bersembunyi.... Alhamdulillah... dah lupa rezeki sape ni!
http://mountainebony.blogspot.com/2013/10/projek-lagi.html