Salam pagi Isnin...masih bercuti dan masih di Frazer Hill yang dingin dan nyaman dan tenteram .. malam tadi kononnya nak bersiaran pasal makan-makan malam tadi...Celcom asik berlari-larian... sekejap ada sekejap tak ada.... Maxis la pulak yang laju... Big Boss happy la..
Masih bercuti sandwich sebab esok Eidul Adha... kalau tak ke sini pasti kami dah ada di Seremban.. sebab dah lama En Boss nak repeat ke sini... akak follow je la... adik pun nak ikut... so everything macam on the right track...
Pukul 4.30 pagi rata-rata ramai dah bangun sebab malam sebelum tidur awal.. penat travel ...dan juga lapar sebab cuaca sejuk kat sini... 2 course breakfast...Adik buat roti bakar dengan telur 3 suku masak sebab terbawa 2 papan telur... second course nasi lemak permintaan En Boss... lunch pukul 3 petang kami dihidangkan dengan menu favorite lagi.. sambal sardin he he..foto tiada sebab lupa ...makan ramai-ramai dah hengat... semuanya mudah dan cepat .. dah jalan -jalan balik mesti semua cari makanan..
Jemput makan semua... Dah selesai dah malam tadi..kambing barbeku kuali ajaib... sebab nak jaga alam sekitar dari asap he he.. not bad ..semua orang sabar menanti puas hati ...HS yang tak pernah makan kambing pun suka.. wedges instant , coleslaw buat sendiri dan tomato dengan thousand island buat sendiri.. anakanda Siraj baca la doa kesyukuran!
Hidangan ringkas kami.. meja kecik... sumbat je la atas meja tu... nasi goreng kat bawah... peralatan kureng kat sini..
Salad sayur-sayuran dengan sos thousand island
Ada yang nak tambah buah ... boh la buah pear yang crunchy tu..
Tugas akak memanggang kambing dengan kuali ajaib... kambing ni dah pre marinated
.. beli kat Giant he he... penat je bawa semua botol herbs tu...
Untuk anak-anak ... dewasa pun suka...drummet Ayamas..
Sos buat sendiri... jenuh juga gugel resipi thousand island ni gara-gara terlupa beli.. vinegar tiada ..ganti dengan limau kasturi... ketchup tiada guna sos cili Kimball.. nasi baik ada madu ..kalau tidak kena buat sirap gula...HS paling suka ... jadi mak!
3 ulasan:
sedap tuh hidangan gitu kak mar..
selamathari raya yer..
Hidangan simple makan ramai2 memang best terutama bila bermalam kat luar.
Salam aidiladha Mar,
Seronoknya makan2 bersama-sama keluarga. Bila dah ramai semuanya jadi bertambah sedap, tambah pula bila cuaca sejuk!
Catat Ulasan