Untuk catatan sendiri
Lama terbenam foto ni..tarikh itu tarikh ulangtahun memulai alam pekerjaan...
tarikh seminggu sebelum arwah En Boss pergi selama-lamanya..
rutin kami berulang-alik ke sini dari KL usai sahaja urusan pekerjaan di KL..
masih musim raya eidul fitri... kami beraya 3 hari sahaja..
selepas tu arwah En Boss makin uzur namun berulang-alik ke sini pasti...
seperti biasa laman didepan dibelek-belek jika tiada urusan arwah yang perlu dilunaskan...
arwah hanya tidur bila dah penat batuk, bangun semula berukhwah dan bergurau senda
dialam maya dengan sahabat-sahabat yang seangkatan dengannya..
geram dengan kelebaran daun bayam malabar ni... ada yang rencong dibaham
entah sesiapa.. almaklumla laman sering ditinggalkan... kalau ada di rumah kayangan ni dah pasti daun-daun ni jadi ulaman dipagi hari... kunyah-kunyah dan tolak dengan air kosong... nak masak memang tak cukup... stok dirumah kayangan dah habis dikerjakan angkatan serangga putih... tinggal daun belalai gajah dan ulam sambung nyawa sahaja yang boleh dibuat ulam instant dari pasu... petik, basuh, kunyah dan minum air... musim panas ni banyak daun sudah kekuningan!!
foto dibawah kelihatan batang bayam ni diunggis... siapakah mereka?
cedera batang yang gebu ni... sedap agaknya kulit luar batang bayam ni
daun yang paling lebar mau lawan kelebaran tapak tangan akak :)
4 ulasan:
Gebu dan segarnya bayam-bayam... :)ada tetamu misteri tu SS .
Memang lebar sungguh daunnya...macam pucuk kadok pun ada yea?...
Oh K Mar panggil bayam malabar ye. Kalau kakak panggil daun kaduk. Atau kakak yg tersilap:)
Tengah fikir mana nak letak sayur raja ni time nak start kemarau betui nanti ni
Catat Ulasan