Patol,Karatol, Patol Karatol, Patol Karatol... ha ha itulah yang disebut-sebut untuk ingatkan nama sayur2 ni... dari pangkal hingga ke hujung jalan pasar malam... sehinggakan HS jadi mangsa untuk ingatkan maknya nama sayur-sayur tu... alkisah pada hari sebelum puasa di pasar malam... nak beli tahu untuk buat tahu sumbat ikan jumpa sayur-sayur ni yang dijual oleh penjual Melayu... untuk pasaran warga Bangla katanya..dia orang suka beli dan ada lagi yang ni .. penjual tunjuk pada buah timun kecil dan juga sayur yang dimasak berlendir .. minta izin dengan penjual tu untuk snap foto-foto patol, karatol dan sayur bayam malabar..
dan juga dah baca entri Kakakzakie (Blog Titisan Nurani) mengenai sayur2 ni .. sengeh -sengeh akak baca sebab pengalaman yang sama .. asik tak ingat nama.. namun Kakakzakie dah jadikan juadah.. yang akak Mar ni pula beli dua tiga biji dua-dua jenis sayur ni sebab dah lupa namanya bila dah sampai ke pangkal jalan pasar malam.. maka saja-saja beli sebab nak borak semula dan mengulang ingat nama dengan penjual tu.. :)
sayur berdaun tu macam bayam malabar tapi daunnnya lebar-lebar dari tapak tangan dan batangnya gemok-gemok... penjual tu mengaku.. aah kak macam sayur raja tu tapi ni spesis daun lebar...
Rabu lepas akak ke pasar malam lagi dan mengulang lagi nama2 sayur ni kat penjual sayur tui :)
off course pelik bin ajaib tengok sayur yang berbulu-bulu tebal ni... apa benda ni dik akak tanya pada adik penjual... ni patol katanya .. patol? bila digugel hasilnya.. Teasle gourd / Kakrol.. nama yang diberi oleh penjual pasar malam dah terbalik ke akak yang konpius :)
lagi results yang akak dapat
lagi results yang akak dapat
Scientific name : Momordica dioica
English Name: Kakrol, Spiny gourd , Teasle gourd perlu disiang bulu-bulu kakrol ni
buah timun kecil - karatol..bila di gugel info yang diberi adalah potol / parwal / pointed gourd
resepi kat sini.. lain lak namanya potoler
hasil gugel : Malaber Spinach (Pui Sag). dah lama dah nampak sayur ni dijual oleh penjual lain pula.. bila akak tanya sayur apa riak mukanya macam tak suka akak beli sayur tu .. katanya depa-depa ni yang suka beli.. kalau akak nak beli apa salahnya kan? sebab akak dah tahu khasiat bayam malabar ni.. pernah dikongsikan oleh En Iskandar maklumat mengenai khasiat sayur ni.. cuma spesis yang kita tanam tu daunnya lebih kecil..
ps: lebih dua minggu nak menyiapkan entri ni.. pagi ni aje entah berapa kali terlelap... lelap yang sedap macam lama tak tidur :) lelap yang bagai tiada masalah ... lelap di pagi 18 Ramadhan ..haish..
malam tadi kami iftar di rumah SIL di Putrajaya... lama tak jumpa.. dia datang rumah akak selalu tiada... hangat di Bazar Ramadhan... sebagai buah tangan kami beli 3 murtabak dan jus tembikai, anakanda Akma dan Shira nak lepat pisang dan lopes.. akak terberkenan dengan kacang phool pulak.. beli la satu.. HS nak kambing yang dimasak atas hot plate tu... layan selera anak-anak sekali sekala.. anakanda sulong dan Siraj ikut je.apa yang dibeli diaorang tak kisah.. anakanda sulung terjumpa pula rakan yang menjual ikan pekasam .. akak pilih sepat sebab ikan tu terhad ... promo diaorang.. kalau tiada pekasam ni nasi tak habis makan: )
masyaaAllah SIL pula masak macam-macam.. gulai ayam masak cili padi, pelaling goreng, sambal ikan bilis petai, buat pula resipi baru daging goreng ketumbar dan kerabu pucuk paku... ligat betul dia memasak... dapat pula tapau untuk sahur tadi. lauk paunya segan pula nak snap:)
9 ulasan:
Pertama kali nmpk sayur berbulu tu.mcm buah durian dah..
Ayah saya beli semalam sayur ni. Sedap rasanya, mak saya suruh cari nama sayur tu.. akhirnya dah jumpa. Thank you sis :)
Di mana saya boleh beli biji benih buah kakrol ni?
sila wssap saya di nombor 012-3076103 saya ingin membeli.benih potul dgn kakrul sayur bangla...tq
Saya juga mencari benih potol dan
kakrol untuk ditanam dikebun. Wassap 0124669140
Salam
Cucu Puan Mazili, Kanser Leukimia ALL B- Cell.
Puan Mazili ada cucu lelaki berumur 3 tahun 8bulan yang dulu menghidap kanser Leukimia ALL B-Cell (Acute Precursor B-Cell All). Kalau dulu dia mengalami komplikasi limpa dan hati yang dah bengkak tapi sekarang syukur dia dah sembuh dengan rawatan doktor dan rawatan dari Jutawan Herbs.Sekarang dia menjalani kehidupan seperti kanak-kanak sihat lain.
..................................................................
▪️Puan Roselawaty bt Jaafar, Kanser payudara tahap 2.
Pada tahun 2019 doktor telah mengesahkan dia menghidap kanser payudara tahap 2. Sekarang ni dah sembuh dari kanser selepas membuat rawatan di hospital dan mengamalkan Jus Jutawan Herbs.
.................................................................
▪️Puan Zalina bt Ismail, Kanser Payudara.
Dia telah disahkan menghidap kanser payudara pada tahun 2018 dan kini dah sembuh setelah menjalani rawatan hospital dan merawat dengan rawatan Jus Jutawan Herbs.
..................................................................
▪️Puan Noraini Yusof, Kanser Payudara tahap 3.
Pada tahun 2017 dia disahkan doktor menghidap kanser payudara tahap 3.size ketulan kanser Puan Noraini dalam 13.3 cm. Disamping meneruskan rawatan hospital, dia juga terus kekal minum Jus Neo Plus Jutawan Herbs yang juga merawat dan memastikan kesihatan terus baik. Keputusan ujian kesihatan semua bagus dan sekarang dah sembuh.
...............................................................
Nanti boleh hubungi saya sendiri untuk testimoni2 td tu yer dan testimoni2 pesakit2 lain dan banyak lagi ..๐
Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap saya sendiri okay๐๐ป
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570
๐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐คฒ๐ผ
Call order wasap@call saya- En mohd zuhairi- 0174687570
๐kalau wasap saya blas lambat (biasa nya sebab ramai yg wasap saya.)
Tak pa nanti sy balas wasap pelan2 taw
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring
En. Mohd Zuhairi ,Pengasas Jutawan Herbs- 017468 7570
Kat mana sy boleh dapatkan sayur2 ni
Di pasar dah byk jual sekarang
Catat Ulasan