Jumpa di Pasar Labuan... kawan berminat dan beli... rasa menyesal pula tak ikut beli.. maka tiada lah dapat untuk mengungkapkan pengalaman merasa buah ni.. kata penjual direndam dalam air panas sekejap dan dimakan dengan kelapa parut dan diperasa dengan garam .. pembacaan lanjut dibuat.. banyak juga info dan cerita mengenai buah ni.. adik ipar pun biasa tengok di Sarawak sebab duk lama di sana..
jujurnya akak terliur juga tengok warna buah ni.. entah kenapa tak beli eh.. mungkin suasana ke sini dgn masa yg terhad sebab waktu break makan tengahari yg agak singkat.. petang ada lagi slot yg perlu dihadiri dan fokus... waktu zohor awal dan suasana panas .. tak keruan nak membeli..
tempat yg tiada orang boleh jadi ramai pula pembeli bila akak singgah untuk membeli.. sabar je la.. beli apa yg patut.. ingatkan bonda dan adinda .. belikan diaorang ikan bilis, udang kering, kuih cincin.. jumpa pula belacan yang Tukang Kebun selalu beri as freegift.. borong juga.. sebagai souvenior utk kawan2.. naik tingkat atas lega sebab sejuk.. banyak juga penjual mutiara.. asal penjual bukan org tempatan.. merantau dari semenanjung... lega ada aircond.. lutut pula dah penat:) .. tertinggal jam HS kat kedai.. kena tuntut ... dtg semula keesokan hari sebelum berlepas balik ..
Ada yang kata olive Sibu... adik ipar kata dipanggil buah dabai juga.. next time insyaaAllah jumpa akak akan beli :)
Sebagai peserta kami dibawa melawat sekeliling Pulau.. bila dihujung lawatan kami dijamu dengan buah ni .. buah tarap katanya.. kawan2 kata ada rasa buah durian belanda.. tekstur buah lembut berkrim .. entahla.. akak ok je dengan rasa tu.. makan sikit aje takut angin bila lihat buahnya macam buah nangka..
Hasil pertanian dan hasil nelayan dipusatkan di sini... teringat kata penceramah.. merekalah asal usul kita sebelum kita berjaya seperti sekarang.. kalau boleh tak payahlah minta kurang... sokong perniagaan mereka..
pasar nampak selesa ...
Pembangunan di WPL.. memang ramai yg datang sini..
Taxi stand & bas mini..
PS: salam kemerdekaan..
Aktiviti semalam :
Ziarah pusara arwah En Boss.. kemas laman.. beri sepasu pokok bunga kemuning pada jiran.. tuai buah kedondong yg dah matang... jiran pun dapat juga... ada lagi dahan yang berputik tu..
pokok delima yang akak semai dari benih dah kering... sedih..
angkut pokok2 balik ke FL... sebab keadaan tanah yang agak lembap.. harap survive dan dapat kasih sayang disitu... cuma risau cik kam lolos ke kawasan tanaman
Pokok puding belacan 2 pokok
Pokok serai aceh aka tepus wangi
Pokok canistel yang dah bertunas dalam buah..
Pokok ajaib
Sebelum tu akak dah bawa balik dan semai anak pokok lemon, mulberi dan sambung nyawa...
sekian utk catatan sendiri..
4 ulasan:
first time tengok buah ni
Tips WAHM untuk cantik dan sihat
As salam k mar;
nmpk lemak bersari buah tarap tu...mmg festime tgk ni k mar...
rasanya tak pernah tengok dan tak pernah makan lagi ni...
memang teringin sangat nak rasa buah2 nadir ni..selalu terbaca komen2 yang mengatakan buah ini sedap..tapi seumur hidup belum jumpa lagi...
Catat Ulasan