Hampir setahun tersimpan dalam folder telefon baru perasan.. simpan foto ni sebab teringat @na dari blog Diari Kebun Ana nak tengok apa rupanya sambal ni.. khas dipaparkan untuk @na :)
Kebiasaan akak sambal ni dibuat bila tak selera nak makan dan tak tahu nak makan apa.. ni la lauk yang paling senang dan membangkitkan selera.. gedang-gedang tumbuk cili api, masukkan ikan bilis yang dah siap dibasuh dan teruskan tumbuk.. akak suka ikan bilis ditumbuk kasar sahaja.. dapatlah rasa ikan bilisnya... seterusnya perah limau nipis atau limau kasturi diganding dengan goreng telor mata kerbau atau telor dadar.. dah siap untuk makan tengahari atau makan malam..
foto masa kenduri arwah hari terakhir tahun lepas.. yang disediakan oleh katerer yang beri harga istimewa itu.. sampai sekarang rasa nak menangis je bila ingat dengan harga yang diberi... tak sangka sungguh.. lesson learnt !!! silap sendiri.. no negotiatan no deal!! SIL pun terkejut.. bagaikan tiada simpati buat kami.. redha je lah..
sambal geseknya terlampau halus ikan bilisnya..
masa ni hari ketiga kenduri arwah.. walau bagaimana sedapnya lauk yang
dimasak segala-galanya rasa bagai laluan yang tiada rasa..
PS: selamat hari Malaysia teman-teman
PS 2: Seminggu berlalu tanpa entri harian.. sibuk sangat... minggu lepas dua hari berturu-turut tidur pukul 2 pagi bagi menyiapkan presentation.. alhamdulillah segala kerja paksaan telah selesai dilaksanakan dan telah dipersembahkan kepada j/kuasa .. perlukan laporan akhir sahaja. Memang sangat kritikal.. maha tinggi dugaan.. pejabat ditinggalkan.. adik-adik pembantu juga EL kerana masalah keluarga...awal minggu Isnin dan Selasa aka EL kerana anakanda sulung demam panas.. abang sado tumbang dan perlu makan ubat.. kebiasaan demamnya dia tak makan ubat langsung.. kali ni kalah.. doktor beri ubat pun tak jalan .. selepas 4 jam panas datang semula.. belas hati emak ni.. tak pernah dia baring begitu ... perlu bawa ke hospital .. doktor tak boleh sahkan apa-apa lagi.. disyaki denggi sahaja.. bila platet makin jatuh barulah dia disahkan denggi.. harap-harap dia warded.. namun doktor tak arahkan.. mungkin bila platlet dah jatuh ke 50 baru dia buat pemerhatian diwad..
cepat bertindak beri air daun betik.. memang tak tahu nak cari mana .. kalau kat Seremban adalah pokok betik depan laman tu.. alhamdulillah ada dijual dikedai jamu berdekatan rumah.. kelat je muka dia wp jus tu dah ada madu lebah.. alhamdulillah platlet melonjak naik semula.. sebelum tu border, turun, turun, dan naik semula..banyak bantuan dan cadangan untuk membantu anakanda sulung... adinda Yan bawa buah kelapa muda 3 biji.. tak juga selera.. kami yang habiskan.. since tiada ketam nipah .. beli je ketam biru di pasar malam.. air ketam tu pun dia tak lalu.. habuan akak dan HS juga.. alhamdulillah remedi jus daun betik membantu.. ditambah dengan usaha mak saudara di kedai Mak alang tumbuk dan perah daun betik yang dibawa oleh adik Yan.. alhamdulillah dua hari dah boleh bawa kereta.. minggu lepas akak balik ofis dengan teksi serta dibantu oleh adinda Yan yang perlu travel jauh ke pusat bandaraya untuk hantar akak dan HS.. nak balik rumah mak kesiankan anakanda sulung dan bonda akak yang dah uzur tu.. alhamdulilah kami dapat atasinya..
6 ulasan:
Sebut pasal sambal gesek tu dah terasa terliornya lah hai...pernah jugak simpan resipi tapu tak buat2...hehe
Harap Mar & anak2 berada dalam keadaan sihat sekarang...
Kak tak pernah makan sambal bilis mentah begitu. Selalunya ramuan mcm tu untuk bumbu nasi goreng...
Ya kekadang sambal begini sahaja yang bangkitkan selera.
Masa pneumonia dulu yang bagi selera takat sambal tempoyak dan ulam-ulam segar.
Memang jus betik bagus untuk denggi Kak Mar.
Hope semua cepat recover semula.
Pertama kali dengar sambal sambal gesek ini. Mesti sedapkan.
aduhai kak mar..terharunya...juta2 tima kasih....
harap abg sado kembali pulih spt biasa...menjadi lebih sado...take cara k mar...
Sedapnya...
Catat Ulasan