Untuk catatan peribadi
Hari ini hari ke 8 arwah ayahanda akak kembali kepada penciptaNya.. berada di alam barzakh sebelum akhirat bermula.. pemergian yang dipermudahkan.. tiada sakit yang melarat.. seperti arwah En Boss juga yang dipermudahkan pemergiannya.. kami adik beradik terkejut juga.. expectation kami adalah untuk menjaga arwah ayah dalam jangka masa yang lebih panjang.. macam2 kami adik beradik rancang untuk penjagaan arwah ayahanda... namun kami akur dengan perancangan Allah.. alfatihah buat semua yang telah kembali kepadaNya..
Kami masih meneman bonda .. bonda amat terkejut.. sedihnya masih berpanjangan.. reramai kami tidur di rumah kayangan yang kecil molek ni.. diduga dengan cuaca yang panas.. alhamdulillah semuanya dapat dilalui..
Bila dah ramai berkimpul macam-macam juadah yang terbit bila tiba waktu memasak.. yang dah lama kami tak buat adalah sambal tujah.. adik Teh dapatkan belimbing buluh dibawah rumah kayangan bonda.. dapat segenggam dan diolah oleh adik Intan.. akak as usual kena masak gulai daging.. adik ngah hari sebelumnya asam pedas, pajeri terung, adik Asu menyambal udang dan sotong..
hari akak kerja dah dimaklumkan agar balik ke rumah mak.. adik Ngah dah wasap juadah .. mereka bergilir - gilir masak.. akak dah mula bekerja pada Rabu lepas.. 5 adik yang lain meneman bonda disiang hari.. akak tiba disini selepas pejabat .. mungkin seminggu lagi kami di sini meneman bonda .. dikawasan perumahan bonda ni lagi dua kematian berlaku .. bertambah penghuni yang berjiran dengan arwah ayahanda..
Belimbing, ikan bilis dan cili api.. secubit garam..
Layan bunga belimbing buluh sebelum naik ke atas rumah kayangan
7 ulasan:
Salam,
Wah saya tak pernah cuba makanan ni.Hihihi.Semoga bonda tuan tanah kembali sehat.
Baru pertama kali singgah sini.
Salam perkenalan dari Brisbane,Australia
Takziah Mar.
salam takziah ss.smoga bonda tabah
Salam singgah & salam jumaat, maaf lama x jenguk N x terkejar nak baca n3 yg lain, slm takziah yer !
Salam k mar...
Syukur....bonda k mar tentu tenang ditemani anak2 yg soleh dan solehah...
Hi, I love your blimbing, ikan bilis dish. Looks simply delicious! And those blimbing flowers are beautiful!
Ada sambal belachan blimbing?
Have a nice day.
Lee.
Semoga Kak Mar sekeluarga tabah hati.
Kak Mar terliur sangatlah Diana tengok belimbing buloh ikan bilis tu.
Boleh tak Kak Mar bagi step by step sikit.
Macam ikan bilis tu nak kena goreng dulu ke apa ya?
Nampak sangat level skill memasak Tukang Kebun kurang hehehe....
Jika ada masa Kak Mar email resipi nak buat ya.
Macam nak buat sangat lebih lagi bulan puasa ni makin dekat.
Kebetulan pula pokok belimbing buloh buahnya sedang membesar mungkin puasa ada agaknya dah boleh petik.
Catat Ulasan