Untuk catatan sendiri..
Ramadhan sudah masuk minggu keempat..
catatan mengenai aktiviti hujung minggu Ramadhan 2016, aktiviti memperasapkan dapur yang dah sepi semenjak perginya allahyarham ayahanda tercinta.. hari bekerja di rumah bonda..
hari Sabtu Ahad di rumah sendiri.. kengkononnya nak overhaul rumah.. sebaliknya overhaul diri sendiri melayan puasa.. baring yang lebih.. aktiviti lain jadi aktiviti nombor 2.. cepat aje mata terkatup.. pantang lepa.. dah hilang ingatan.. sedar2 dah setengah ke satu jam dunia sudah berlalu.. masa yang tinggal hanya untuk solat, quran dan masak ringkas2.. ala2 rehat sekejap dah hilang ke alam tidur.. puasa hamba yg veteran.. tak secergas tahun-tahun sebelum..
hujung minggu disini mudah sebab boleh pergi sendiri mencari bahan di kedai terdekat, pasar malam dan pasar tani.. pagi2 ke pasar tani .. pilih bahan yang dirancangkan untuk menu ringkas dan balik.. rehat dan zzzzz..
Minggu 1.. hujan lebat sebelum sempat ke bazar.. kesian peniaga bazar.. minggu dua juga begitu... yang untungnya dapat beli kuih akok panas2 .. dalam setengah jam sebelum iftar minta anakanda Siraj ke bazar.. semua org puas hati dapat akok panas.. kalau hari tidak hujan kena beratur panjang.. Ramadhan kali ini tiada lagi menguli buah kelepung.. cukupla akok 10 keping untuk kami berempat..
Adik dan bonda juga sudah mula menerima akok namun akok di kawasan rumah kami terasa lebih keenakannya..
Minggu 4.. untuk sahur sambal sardin jo..
Hari ke 29.. gigih masak sambal lado ikan kembung rebus.. sekilo lebih.. cover sampai hari 30 sebab lauk tunjuk dah tak selera nak beli.. lebih2 lagi penjual masakan favourite dah balik kampung.. kami masih di sini meneman bonda..
Air tangan minggu ketiga.. lauk tu je terkonteng-konteng sebab hanya akak dan HS... anakanda yg lain berbuka di luar...
Setiap minggu akak masak simple je. Ikan tenggiri pilihan anak2. 2 minggu berturut-turut tenggiri sambal bersantan.. 4 tekung/ketul ikan cukup sampai sahur.. licin.. minggu lepas dah malas nak menyambal.. bila nampak pegaga terus ada plan.. gulai ikan dgn pegaga.. kali ni pegaga tak pahit.. manis rasanya.. kebetulan ketika potong ikan akak minta pekerja abangla tu check.. ada telur ke tak
.. ada rezeki.. dapat telur ikan.. boh sekali dlm gulai.. akar pegaga akak tak buang.. bersihkan dengan berus co
mel .. nampak macam ginseng pula.. katanya akar pegaga ada khasiat...
Hari2 mesti ada akok
Minggu pertama beratur depan ofis .. ada aktiviti
2 ulasan:
Selamat Menyambut Aidil Fitri Mar. Maaf Zahir Batin.
Uniknya bentuk atap.
Catat Ulasan