Genap Hari Ketuaan.. alhamdulillah masih diberi kesempatan meneruskan kehidupan... kali ini
lagi sekali tiada sambutan.. pemergian ayahanda dan bonda ..selepas 8 bulan ayahanda pergi .. bonda pula menyusul.. itu semua ketentuan Ilahi.. alfatihah buat mereka berdua.. tanpa mereka siapalah akak..
Buka je pintu dah ada hadiah menanti.. sekuntum gardenia putih sedang mekar .. perolehan dari Mak Tom.. tak sangka pula .. diam-diam dia berbunga walaupun kurang disiram kerana ditinggalkan sentiasa. Balik seminggu dua kali tak perasan.. alhamdulillah mahu juga kamu berbunga.. bikin ceria hati dipagi hari ketuaan..
Entri backdate..
2 ulasan:
Happy Belated Birthday Kak Mar.
Terima kasih Diana..
Catat Ulasan