Hampir dua minggu bercuti dihujung tahun.. sebelum dan selepas bonda akak pergi.. cuti sebelum kerana bergegas kembali kerumah allahyarhamah dan tiba pada pukul 12 tgh malam selepas adinda bongsu kata standby sekarang. adinda di Ipoh tiba pukul dua - tiga pagi.. dah tak ingat.. rasa tak sedap hatinya yang kuat... bersegera turun kl untuk berada disisi Allahyarhamah.. seminggu selepas itu Allahyarmah dipanggil Ilahi
Tahun baru kembali semula ke pejabat menguruskan perkara yang tertunģgak..
tumbuhan sekeliling pejabat semakin segar... pengumpulan rumput-rumput liar berleluasa.. sana sini meriah sehinggakan dicelah -celah kawasan yamg sempit dan kecil jadi tumpuan sehinggakan menarik perhatian akak .. muncul bunga-bunga bersaiz comel dan berwarna cantik.. warna ungu kelembutan menghiasi pokok-pokok ini .. maka berusahalah akak merakam potret sibunga comel ni.. hasil hujan selang sehari.. kadang-kadang pagi petang siang malam.. rumah yang tiada aircond jadi nyaman dengan udara sejuk dari luar... tidur pun aman .. diselang seli dengan sedih dan rasa kehilangan pemergian bonda.. jika corum penghuni tidak penuh kesunyian lebih menyentuh perasaan... adinda2 tidak mahu berseorangan dirumah.. maka aktiviti -aktiviti beli baju sekolah dibuat beramai-ramai.. penuh kedai ..
Setakat tu je yang dapat dipotretkan.. lelah juga membuat penumpuan terhadap bunga halus ni.. dulu-dulu akak pelik melihat jurufoto meniarap dan fokus merakam rama-rama.. itulah juga apa yang mereka alami untuk merakam dan fokus kepada objek yang dirkehendaki.. teringat kepada foto allahyarham ayahanda semasa menjadi tentera dizaman mudanya.. meniarap dan fokus kehadapan.. lelahkah dia.. dah tak ingat cerita cerinti allahyarham... anakandanya yang sulung ini juga sudah semakin senja..
3 ulasan:
Bila dalam hati ada nilai seni apa pun juga yg dilihat dan dirasakan indah dan sebolehnya juga pasti akan dipotretkan.
Ramai orang lain meniyarap. Bukan tentera je.
Setiap kehidupan ada seni dan keindahannya.
Kemuncup di hadapannya pun nampak cantik.
Catat Ulasan