Isnin, 21 Oktober 2013

Laman pagi raya

Pagi-pagi raya eidul adha yang lepas akak dah merayau kat laman depan .. sebelum kerja menjadi lebih sibuk... sebab raya kan! Intai sekejap kat laman.. sampai semalamnya dari Fraser Hill dah petang... sibuk dengan pelbagai urusan bila sampai rumah... laman tak berjenguk... kalau jenguk pun foto mesti suram sebab matahari dah nak berundur... pagi ni pun matahari macam malas je nak keluar foto pun masih blur blur gitu...
 
bunga rose jepun kuning ni belum kembang penuh .. matahari tak cukup lagi tapi sang rama-rama dah bekerja awal pagi cari rezeki... koleksi bunga dari Pasar Tani KL... plastic bag yang kecil RM 2.00 sepokok .. lelong-lelong kata penjual sebab dah matang sangat sebab kena tinggal masa hari raya eidul fitri yang lepas... akak sambarla semua warna... dapat diskaun RM1.00 jadilah!!! well bunga kaler lain belum kembang lagi masa ni.. ke dah kembang masa kita orang tiada kat sini... layan jer la yang warna kuning ni... sebagai catatan... bunga yang spesis besar masih belum ditemui untuk kaler kuning ni..

 
kalau nak bunga kuning besar bunga ni la hik hik! dah koman benor bunga ni kat laman ... namun sangat produktif dengan hasilnya...dah "terpolinated"
 
lagi untuk stok petola akan dating insyaallah..
 
putik petola ni kalau menjadi...menjadi-jadi saiznya
 
disebelah hutan ulam raja rosele generasi kedua sedang rancak berbuah

kan dah kata saiznya .. yang ni dah overdue sebab suka benor menyorok... bior jele jadi benih... depa ni suka bikin kejutan... memang tak miss bikin kejutan.. balik rumah eh.. dah besar... bila kala awak berbunga dan disenyawakan! kuasa Allah jua.. bagi bikin ceria hari kita! alhamdulillah
 
yang ini pun bikin terkejut juga dipagi raya hari tu... sebabnya selepas sampai dari Fraser Hill hari tu nak masak sayur simple je nak buat tumis petola... carila petola dengan lampu suluh gedabak kat pagar sempadan dengan rumah sebelah dapatlah 2 biji... boleh tak perasan yang ini... kalau yang ini ambil sebiji pun cukup untuk 2 orang yang suka sayur... tak pe la rezeki jiran-jiran ni.. memang seronok tengok petola ni bila tinjau kat luar je dah nampak tak macam yang lain suka menyorok he he.. Sabtu lepas dah selamat disedekahkah  pada jiran... baru je tiga hari ditinggalkan saiznya ... semua orang pun suka
 


Ahad, 20 Oktober 2013

Bunga main masak-masak

Masa kecil-kecil dulu banyak bunga ni tumbuh liar disekeliling rumah dan sudah pastinya kehidupan yang serba kekurangan tiada alat permainan bagi akak kecuali petik-petik bunga dan daun buat permainan masak-masak. Alat yang digunakan adalah blade untuk mencukur ... kecil-kecil dah pandai guna pisau tu gara-gara melihat orang menghiris daun pandan untuk buat bunga rampai. Kalau tak silap arwah nenek ada memaklumkan bahawa pokok ni ada health property... dah tak ingat untuk apa.  Saja-saja snap bunga ni demi menunggu hari panas reda... kat sini cuaca sekejap terik sekejap redup... bila panas tak larat nak berkebun... ambil masa untuk rehat dan snap la bunga kenang-kenangan ni yang namanya pun tak tahu... cuma anggap ia tumbuhan liar...

bunga yang dah kering bakal berterbangan dan tumbuh melata
 
 
panggil bunga purple je


 



suka yang ni .. Nampa bunga halus yang banyak dan membentuk bola..




 

pasti bunga disebelah kanan tu dalam proses menjadi benih


 

Sabtu, 19 Oktober 2013

Tuaian Flokoli Sejemput

Dah tuai lama dah ni..pada 28.9.2013.. dah matang sangat flokoli tu... a bit woody... di pokoknya ada lagi yang tumbuh dan tengah tunggu pokok lagi satu untuk membentuk bunga.. tuaian yang seangkatan dengannya ialah sebiji timun tikus dan sebiji bendi emas...he he 


Dah ada bahagian flokoli yang sudah bertukar warna.... celur je la dengan air bergaram sedikit... pokok lagi satu lambat lagi ke? Kalau dua-dua ni serentak berbunga lagi bagus... tak la macam orang kampung kata terkulat-terkulat ciput je... walau apa pun alhamdulillah tanam flokoli hingga tahap menjadi..

Jumaat, 18 Oktober 2013

Caught red handed again!

Suspek yang sama dan di pasu yang sama dia melepas... masa akak snap foto dia ni tengah mengais-ngais tanah untuk tutup bahan pelepasannya ... rasa kesian pula dengan pohon alamanda ni takut kojol kena bisa bahan melepas sihitam ni... tak dapat tengok bunga lagi...minta-minta pohon alamanda ni jenis liat... jenis yang imun dengan bisa pelepasan si hitam ni... bila dia nampak akak datang dekat terus dia chow....
bunga - bunga alamanda yang cantik tu kat sini dan
 aksi lama sihitam tu disini..

Khamis, 17 Oktober 2013

Jantan ke?

Assalam dan selamat sejahtera. Rasanya hari dah ramai kembali bekerja setelah bercuti semenjak Sabtu lepas. Semalam konon nak kerja walaupun apply cuti rehat untuk rehat lepas raya. Namun sakit tengkuk yang dah berminggu-mingu dihidapi dah sampai kemuncaknya.. kena pi jumpa doktor. Bagi ubat saraf, tukar ubat BP dan sebagainya... doktor beri cuti sakit... nasib dapat cuti sakit sebab bila dah makan ubat lalok semacam.. tiga perempat hari lena.. up entri semalam pun petang hu hu... Alhamdulillah hari ni cergas kembali naun itu sakit tengkuk tidak susut... mesti masuk bengkel pressure point juga ni... harap-harap hari ini Alia ada...
 
 Lama sungguh nak up entri pasal betik ni... benih  berasal dari betik yang digulai dalam entri ni.. benih betik ni pernah diminta oleh Puteri Purnama namun tak kesampaian untuk memproseskan penghantaran benih yang diasingkan kerana telah bercampur-campur dengan benih lain...dan juga was - was ..  sebahagian lagi di campak aje dalam pasu depan rumah sebab rasa was-was hidup ke tidak... namun inilah hasilnya... gembira juga kerana benihnya bernas... lepas tu Puteri ada up entri mengenai jenis betik.. akak dah cuak.. maka semuanya kucabut dan nak teliti jantan ke betina... yang tinggal hanya sebatang ... kalau ada buahnya... betina la ya.. yang ini camne ya... Nampak macam jantan ke betina...
 

Rabu, 16 Oktober 2013

Rabu tak banyak kata - juadah permintaan Eidul Adha

Eidul Adha En Bos sibuk nak join ahli surau laksanakan korban maka juadah Raya semalam juadah spesel yg sempoi-sempoi aje... alhamdulillah... malam pula kami sekeluarga dinner nasi lauk kari daun pisang dan ikan bolos... ada juga yang beri daging korban... week end la masak..

Permintaan khas En Boss walau pun dah makan di rumah jemputan ahli surau - cucur tepung aka cekodok bilis...

Permintaan semua ahli... khas untuk anakanda sulung... pesan buat banyak-banyak ye mak..cicah cekodok dan makan dengan nasi putih... jadikkk.. akak makan dengan  ulam daun pegaga saiz chipsmore... jadikkkk

Untuk mak dan anakanda Siraj... kaki ulam tegar (belen FH)

Permintaan HS... foto tak boleh upload... nape entah... taip je le... wedges belen FH

Selasa, 15 Oktober 2013

Salam Eidul Adha


Salam Eidul Adha buat semua teman yangmeraikan hari besar umat Islam.. ucapan didahului dipagi hari ini sebelum aktiviti dan amalan lanjut dilaksanakan... akak ni pagi lagi dah terjaga... setelah solat dan amalan harian jenguk kejap hubungan maya antara dengan kawan-kawan sekalian... oleh kerana cuti raya sehari je... kan ke best kalau dapat cuti umum lagi sehari seperti sambutan Eidul Fitri... eidul adha ni pun hari besar juga kan! kali ni sambutan secara sederhana ... dahulukan yang wajib kemudian yang sunatnya... semalam anak saudara ramai yang berpuasa ... Alhamdulillah...jadi pertanyaan pula pada HS... mak ada orang puasa ya hari ni!  Bagus juga ni budak kecil ni dah didedahkan secara tidak langsung oleh kakak-kakaknya tentang amalan ibadah mereka...tahun ni mak tak berkesempatan untuk berpuasa.. insyaallah Allah panjangkan umur untuk ibadat tahun hadapan ... teringat kawan akak ni yang dikejarkan ke hospital Jumaat lepas kerana low blood dan denyutan jantung laju... dia berpuasa .. mungkin tak selera semasa berbuka ... semoga dia terus sembuh..

Semalam selepas check out dari Fraser Hill kami ke Negeri Sembilan melalui jalan turun ke Raub dari Gap FH... maaf kalau silap cakap jalan ni je yang akak ingat... masa tu mengantuk sangat.. ke Teras, ke Bentong, ke simpang Chimomoi, Simpang Pelangai, Simpang Durian, Serting dan terus ke Kuala Pilah untuk makan tengahari .. dah petang pun ...sebelum tu solat di masjid Jempol ni.. favourite persinggahan kerana suasana masjid yang !!!! sukar digambarkan... bersih cantik dan damai kerana ada ahlinya yang sangat rajin bergotong-royong menjaga masjid dan kawasannya.. serta bunga-bunga aja yang ada disini ... sebelum ni akak ada up entri mengenai bunga kat masjid ni

sebelum masuk masjid kami disambut mesra oleh bunga-bunga ni...gebu dan rimbun..hmm tak boleh nak snap banyak-banyak .. ahli rombongan dah lapar...tak sabar nak makan mi Brahim kat KP..





 tahun ni tak buat rendang juga... tak pe nanti kita ziarah mak sedara yang buat rendang ya.. akak buat sambal ikan bilis je.. nanti boleh makan dengan pulut atau lemang... semalam nak beli lemang.. dah habis pula .. tak dapat nak tunggu trip ke dua... laku sungguh lemang di Pilah...

Kami singgah makan kat sini..favourite spot org KP

Singgah sekejap ke port jualan lemang kawan En Bos..dah habis kena tunggu 2nd trip...
Selamat hari raya eidul adha semua...

Isnin, 14 Oktober 2013

Sabar menanti kambing kuali ajaib

Salam pagi Isnin...masih bercuti dan masih  di Frazer Hill yang dingin dan nyaman dan tenteram .. malam tadi kononnya nak bersiaran pasal makan-makan malam tadi...Celcom asik berlari-larian... sekejap ada sekejap tak ada.... Maxis la pulak yang laju... Big Boss happy la..
Masih bercuti sandwich sebab esok Eidul Adha... kalau tak ke sini pasti kami dah ada di Seremban.. sebab dah lama En Boss nak repeat ke sini... akak follow je la... adik pun nak ikut... so everything macam on the right track... 

Pukul 4.30 pagi rata-rata ramai dah bangun sebab malam sebelum tidur awal.. penat travel ...dan juga lapar sebab cuaca sejuk kat sini... 2 course breakfast...Adik buat roti bakar dengan telur 3 suku masak sebab terbawa 2 papan telur... second course nasi lemak permintaan En Boss... lunch pukul 3 petang kami dihidangkan dengan menu favorite lagi.. sambal sardin he he..foto tiada sebab lupa ...makan ramai-ramai  dah hengat... semuanya mudah dan cepat .. dah jalan -jalan balik mesti semua cari makanan..

Jemput makan semua... Dah selesai dah malam tadi..kambing barbeku kuali ajaib... sebab nak jaga alam sekitar dari asap he he.. not bad ..semua orang sabar menanti puas hati ...HS yang tak pernah makan kambing pun suka.. wedges instant , coleslaw buat sendiri dan tomato dengan thousand island buat sendiri.. anakanda Siraj baca la doa kesyukuran!

Hidangan ringkas kami.. meja kecik... sumbat je la atas meja tu... nasi goreng kat bawah... peralatan kureng kat sini..

Salad sayur-sayuran dengan sos thousand island

Ada yang nak tambah buah ... boh la buah pear yang crunchy tu..

 Coleslaw buatan sendiri ... adik yang buat
 Tugas akak memanggang kambing dengan kuali ajaib... kambing ni dah pre marinated
.. beli kat Giant he he... penat je bawa semua botol herbs tu...

Untuk anak-anak ... dewasa pun suka...drummet Ayamas..

Sos buat sendiri... jenuh juga gugel resipi thousand island ni gara-gara terlupa beli.. vinegar tiada ..ganti dengan limau kasturi... ketchup tiada guna sos cili Kimball.. nasi baik ada madu ..kalau tidak kena buat sirap gula...HS paling suka ... jadi mak!



Sabtu, 12 Oktober 2013

Impatiens in KL

Semalam ternampak impatiens ni masa lunch semalam.. tak boleh nak close up... tepi jalan he he... impatiens banyak di tanam di Frasers Hill dan Genting.. terkejut gak ada pokok ni kat KL... nasib hari dah mula hujan... semalam nampak mcam dah kecut je... ok .. akak akan memantau ketahanannya..

Ps ..tgh cari kambing utk aktiviti barbeque malam ni di Frasers Hill..

Jumaat, 11 Oktober 2013

Di kaki Fraser Hill

Baru hari ini dapat ingat nama Pekan ni... Pekan Kuala Kubu Baru...itu pun kena tanya En Boss dulu.... Jun lepas kami ke Bukit Fraser kerana urusan kahwin adik ipar adik akak... transit kat sini dulu.. ramai yg join... kami jalan dulu nak tengok dan setting rumah yang akan diduduki... ramai ahli rombongan maka tempat tidur kena share la yerr.. mereka dari Ipoh kami dari KL... sampai di Kuala Kubu nak cari petrol pump dulu...cari kat sini tak jumpa.. yang jumpa ni.... pokok bunga matahari he he ... cantik tak Kak Ton?... punya lama simpan foto ni gara-gara tak hengat nama tempat...asik terdetik nama kaki Bukit Fraser je.... hai hai yo lah dah nak masuk 5 siri..banyak perkara just slipped out !! 

Masa ni dah ternampak.. cepat2 readykan note..



Takat ni je dapat view besar..
 Takkan berhentinya  En Big Boss nak layan akak nak hambek foto bunga matahari ni.. syukur dengan apa yg ada...
Salam Jumaat semua... moh kita penuhi hari ini dengan solawat dan salam keatas  nabi saw...

Ps... insyaallah esok kami mendaki Fraser Hill lagi...

jom

Arkib Blog

Label

#sebelum dia pergi selama-lamanya (1) 1 Mei - 12 Mei (1) 10 malam terakhir (1) 16.8.1988 (2) 16.8.2014 (1) 4.8.2013 (1) 4.8.2014 (2) 5 Januari (2) abang (1) adik (2) adik comel (1) african lily (2) Ah So (1) Ahad (1) Akar Dani (1) akhir (1) aksi (1) allamanda (1) Allan's Water (1) Aloe Vera (1) alu-alu (1) Amarillys (3) amra (1) anak (2) Anak bendir singa (1) anak pokok (3) Anak pokok delima (1) anak pokok lemon (1) Angle Loofah (1) angsa (1) anjing comel (1) anniversary (2) apa (1) Apa ada di Negeri Sembilan (3) apa? (3) area (1) Asam jawa (1) asam keping (2) asin-asin (1) asparagus (1) Awan (3) Bahau (3) Baja (1) balik kampung (3) balung ayam (3) bangun-bangun (2) basil (2) Batu Feringghi (1) batu karang (1) baung (1) bawal goreng (1) bawang (1) Bayam malabar (3) bayam malabar di Seremban (5) bayam malabar merah (5) bayam merah (1) bayan (1) bazar Ramadhan (1) bekal (1) belang (1) belang biru (1) belangkas (1) belimbing buluh (3) bendi (2) bendi emas (2) Bendi Singa (2) BendiOP (1) benih (1) benih dari Tanam Sendiri (1) benih kacang panjang renek (1) benih lemon (1) benih purple ipomea (1) berbunga (1) berembang (1) berkembang (1) berkilau (1) bersusun (1) besar (1) betik (1) betina (1) Bharat Tea (1) biak (1) birthday (1) blue diamond (1) blueberry (1) bonsai (1) bougainvilla (2) bougen-bougen (1) brindle berry (2) BTR (1) buah (4) buah apa (1) buah canistel (1) buah kari (1) Buah kristal (1) buah kuning telur (1) buah letup-letup (2) buah melaka (2) buah oren (1) Bubur nasi (1) buih ombak (1) Bukit Putus (3) buku gergasi (1) bulan (1) buluh jepun (1) buncis (1) bunga (32) bunga akarsom (1) Bunga Apa (6) bunga bongor (1) Bunga delima (1) Bunga halia bara (1) bunga hempedu bumi (1) bunga impatiens (2) bunga kangkung (1) Bunga Kertas (4) bunga kobis (3) bunga kuchai (1) bunga kuning (1) bunga maman (1) bunga matahari (1) bunga petola (1) bunga pukul 4 (1) bunga putih (4) bunga rambutan (1) bunga raya (3) Bunga raya pink (1) bunga rose jepun (2) bunga susun kelapa multipetal (1) Bunga Tahi Ayam (1) bunga telang (3) bunga timun tikus (1) Bunga Tisu (2) bunga ulam raja (1) burgundy (2) burung (1) burung hijau (1) butterfly (1) BWH (1) cabbage (1) calamansi (3) cambah (1) cambahan (2) Cambahan pulasan (1) Cameron Highlands (20) campak-campak (3) carnation chabaud (1) Carrot Paris Market (1) catatan (1) Cemomoi (1) cempaka putih (1) cendawan (1) cendawan busut (1) cerita burung (1) chayote (1) Cherating (2) chinese amaranth (1) chinese celery (2) cili api (3) cili besar (3) cili campak-campak (3) ciput (1) coriander (2) Cotton Rose (1) crinum asiarum (1) crossandra (6) crossandra hijau (4) CROSSANDRA infundibuliformis (2) crossandra peach (1) Crossandra undulifolia Shamrock (1) Cuaca (3) cuaca panas (1) cubaan (2) cuban oregano (1) cuti (1) Dahlia (9) Dataran Merdeka (1) Daulat Tuanku (1) daun (1) daun bawang (1) daun bebuas (1) daun gelugur (1) daun pandan (2) daun pisang (1) daun puding (2) daun selom (2) daun sesemut (1) Dedaunan (1) delima (2) demam (1) destinasi (1) Diana (1) Dill (1) dill berbunga (1) dipejabat (1) duit (1) durian (1) durian belanda (1) east india rosebay (1) Ecbolium viride Family: Acanthaceae Green Shrimp (1) edible (1) Egyptian Star (1) Eidul Adha (1) En. Jusz (1) epal (1) etnobotani (1) eve (1) evening sunflower (1) facebook (1) facemask (1) Family Day (1) Family: Acanthaceae (4) favourite photo (1) Februari (1) Fiji (3) Firecracker Flower (1) Flokoli (7) fragrance (1) Frasers Hills (4) fullhouse cherry (1) gelam pasir (1) gelugur (1) Generasi kedua (1) generasi ketiga (1) Giant sunflower (2) gladiolious (3) gladious (2) Gold Coast (1) green crossandra (4) Green Ice Crossandra (5) green parade (3) Green Shrimp (4) gula melaka (1) gulai (3) gulai betik muda (1) gulai maman (1) Gunung Angsi (1) hadiah (1) Hadramawt (2) hairy basl (1) halau (1) halus (1) Hari Kebangsaan (1) harum sundal malam (2) hasrat (1) Hawa (1) helang (1) Hentian Taiping (1) Herba (6) hijau (4) HS (3) hujan (1) iftar (2) ikan (1) ikan bolos (1) ikan senangin (1) ikan tenggiri (1) impatien (2) impatiens Cameron (1) incomela (1) Ipoh (4) Ipomea Variada Mixed (1) Jadual Baja (1) jalan raya (1) Jalan-Jalan (1) jam (1) jambu (1) James Wong (1) Janda Baik (2) jantan (1) Januari (1) jawapan bunga apa ni (1) JB (1) jelawat (1) jeliti (1) jenis (1) jerebu (2) Jeremin (1) jeruk Pak Ali (1) jom (3) juadah (1) kabus (2) kacang buncis heirloom-Royal Burgundy (2) Kacang Buncis Renek (1) kacang panjang (4) kacang raya (1) kacang tanah (5) Kailan (2) Kailan 55 (2) Kak Teh (6) kaki Frasers Hills (1) Kampung (1) kangkung (5) kanser (1) Kapsikum Merah (1) Karipap Rusa (1) kaya (1) Kebun Bahagia Bersama (1) kebun sebelah (1) kedondong (5) kedua (1) kelepung (1) kelicap (1) Kemaman (1) Kemangi (2) kembar (2) Kemerdekaan (1) kemuning (1) kemunting cina (1) kenangan (1) kepanasan (1) Kerangai (1) kerapu (1) keratan batang (1) kerdas (1) kerepek raya (1) kering (1) kerinting (1) ketam (3) ketayap (1) ketiga (1) ketumbar (2) keumbar (1) KIK (1) KL (1) klia (1) kobis (1) Kobis Awin (2) Kobis Bunga (1) Kobis Cina 636 (2) Koleksi (1) Korban (1) Korea (1) Koya (1) krisis air (1) Kuala Pilah (1) Kuantan (2) kucing (1) kucing BIL WAL (1) kudup (2) kuih kelepung (1) kuncup (1) kuning (3) kupu-kupu (1) kursus (1) labu botol (2) lada merah (1) Lailatul qadar (1) lama (1) Langkawi 2013 (1) Lantana Camara (1) lappy baru (1) latarbelakang (1) layu (1) lebah (2) Lekas Highway (1) lemang tepung (1) Lemon (2) Lemon Basil (6) lempuyang (1) lettuce (2) letup-letup (1) liar (7) likoh (1) Lili (1) lily (1) limau kasturi (3) love (1) lunch (1) luruh (1) main (1) Mak Ngah (1) makan-makan (1) makan-makan dirumah MABA (1) makisar (1) malabar (1) malabar hijau (1) malabar merah (1) malabar tamarind (1) mamak (1) maman (1) Maman Hantu (1) mandi laut (1) mangga (1) mangga telur (1) mangun (1) marigold (1) markisar (1) Mary Washington (1) masak-masak (5) masakan (2) Masjid (1) matahari (2) Melaka (2) melepas (1) melor (1) Menang (1) Menara Condong (1) mengkudu (2) menyorok (1) merah (2) mesra (1) MH370 (1) Mi Kari (4) Minah Kangkung (1) misteri (1) ML (1) Morib (1) Moss Rose (1) motivasi (1) mulberi (1) muraya (1) musim bunga gugur (1) musim hujan (1) Musim kering (1) musim panas (1) musim sejuk (1) Nak senang (2) Nano (1) nasi arab (1) nasi ayam kunyit (1) nasi goreng (1) Nasi Goreng Kampung (1) Negeri Sembilan (4) niat (1) noni (1) November (1) Nudabuffy (1) nyamuk (1) nyonya (1) ofis (1) Ogos (1) onde-onde (1) ondeh-ondeh (1) Orac (1) oren (1) Origin: India and Malaya (4) orkid (1) Padang Besar (1) pagi (1) panas (1) pankek (1) Pantai Mak Nik (1) Pantai Teluk Mak Nik (1) paragliding (1) Pasar (1) Pasar Tani (6) patin (1) pauh (1) peach (1) Pecah kaca (1) pegaga (2) pejabat (1) pelawat (2) peluang (1) pemandangan (1) Pemusnah (1) Penang (1) pencen (1) penyu (1) perkembangan (1) perubahan (1) pesona (1) Petai (1) Petaseh (1) petik (1) petola (8) petola pertama (1) Petua (1) petua elak gigitan nyamuk (1) Pindah (1) pink (6) Pink Lady (1) pisang (2) pokok (2) Pokok anak burung (2) pokok apa (1) pokok kari (1) Pokok kayu putih (1) Port Dickson (4) Pos Betau (1) proses (1) puasa (2) pucuk daun kunyit (1) pucuk paku (1) pudia (1) pudina (2) puding (2) pulang (1) Pulau Pinang (1) puncak kejayaan (1) purple (2) pusingan (1) putih (2) putu bambu (1) que (1) Rabu (1) racik (1) rama-rama (13) Rama-rama cantik (1) rama-rama putih (1) Ramadhan 2014 (3) Ramadhan 2015 1436H (1) Rawang (1) raya (6) rebung (1) rebus (1) red fiery (1) Red Romain (2) Rembau (1) Remis (2) rempah (1) rendang (1) rendang ayam pencen (1) renek (1) rerama (1) Ringlet (2) ros (1) Ros Jepun (2) Rose Jepun pink (1) roselle (2) royal (1) Sabah (1) Sabtu (1) Sage (1) Sagu (1) Sakit (1) Sakura Malaysia (2) salad (5) Salad Merah (1) sambal (1) sambung nyawa (2) santai-santai (1) Sapaan (1) saujana (1) Sawah (2) sawi (3) sawi bunga (1) sawi bunga Shanghai (3) Sayur Meranti (1) Scalloped Yellow Patty Pan Squash (1) scalloped yellow pattypan squash (1) Sejarah (1) selepas musim hujan (1) selom (1) semai (1) semaian (6) semaian dari benih (1) semangat (1) sembilang (1) semua menjadi (1) Senanti (1) sendu (1) Senduduk (1) sepulih (2) serangga (2) Sg. Lembing (1) Shanghai (3) sinaran (2) sinaran pag (10) sinaran pagi (3) Siput (2) slugs (1) SMA Nazrin (1) sorok (1) Species (1) spesis (1) spider lily (1) status (1) Strawberi (4) strawberi alpine reugan (2) strawberry (1) Strophanthus gratus / Rose Alamanda (1) Stulang Laut (1) sugarloaf (1) sulur (1) sunflower (2) sunrise (1) sunset (1) susu cair (1) sweet basil (1) Sweet Basil Genovase (1) Syawal 2012 (1) Syawal 2013 (1) talapia (1) Taman Botani (1) Taman Botani KL (3) Tanam Sendiri (2) Tanjung Dahan (1) taragang (1) tauliah (1) teh (2) teka-teki (1) Tekoma (1) Teluk Intan (1) tenggek burung (1) tepak sirih (1) tepi jalan (1) Teratak Zaaba (1) terung (3) terung belanda (3) Terung Giant Naga (1) thai basil (1) timun jepun (2) timun mini (1) timun tikus (2) tisu (2) tomato (3) Tomato Ceri Full House (3) tuai (4) tuaian (8) tuber (1) tulbaghia (2) tunas (1) tunjuk (1) tunjuk langit (1) tupai turun (1) turquoise (1) Turquoise Crossandra (4) Turquoise Crossandra Origin: India and Malaya (1) ulam (3) ulam raja (4) ulangtahun (1) ulat bulu biru (1) ummuaidan (2) ungu (6) Unik (1) update (6) vemma (1) vinca (1) walking iris (1) wangi (1) warna (2) Warna alam (2) warna jingga (1) warna kedua (1) warna putih (1) water spinach (1) watermelon radish (1) wild impatien (2) wishlist (1) yakon (1) Yellow Pattypan Squash (1) Zaaba (1) zinnia (5) zucchini (1)