Sabtu, 23 November 2013

Catatan kenangan yang mekar pagi Jumaat

Semalam cuti lagi   ... ke Kuantan lagi atas urusan konvokesyen sempena sambutan 35 tahun Persatuan Seni Silat Cekak Cawangan Pahang di UIA cawangan Pahang dan konvo ke 29 tahun...anakanda Siraj yang aktif  persatuan ni ...  tak jangka pula akan join konvo ni.... En Bos ajak ikut jalan potong dari Seremban.... via Bukit Tangga Jelebu,  Petaseh, Kg Kerangai, Simpang Durian , Chimomoi dan Karak keluar ke highway Lanchang... sebelum sampai Chimomoi ada adik motor lebih lap... nasib tak cedera teruk... alhamdulillah... pucat mukanya... 
 sampai sini rasa penat sangat...
Sebelum keluar semalam sempatlah merakam momen apa yg ada pagi tu selain impatien yang menceriakan tu...

Bunga akarsom lagi



Batang flokoli pertama yg gebu

Single blooming Japanese Rose


Kuning meriah tapi bunga cinonit

Ni je yg kembang

Suka yang ni...meriah...


 Ni lagi meriah!! Bunga dominan dari daun..
 Ps :hushh acara konvo baru abis... nasib dah breakfast..

Jumaat, 22 November 2013

Wild Impatien

Happy ! Sesampai petang semalam disambut dengan kemekaran bunga ni.. impatien liar yang "diimport" dari Gap Fraser Hill.. yang amat subur dan meriah dengan daun yg sihat setelah disirami hujan 2 minggu yang lalu... berbanding dengan yg di KL... pertumbuhan yang lambat ... mcm nak pupus je... sesuai dengan keputusan memindahkan 2 pokok ni ke Seremban

Masih elok lagi hari ini... 

 Next flower....

Kembang petang semalam.. 

Perkembangan sebelum ni... daun yg lebar dan ceria


Berbeza sungguh perkembangan dgn yg diatas




Khamis, 21 November 2013

Flokoli kedua


Alhamdulillah flokoli kedua sudah mengeluarkan bunga... waktu penyemaian adalah sama dengan flokoli pertama... lewat berbunga kerana nak uji yang pertama tu menjadi atau tidak  ... dan pembesaran di tempat yang berbeza.. semai diKL pindah ke Seremban ... di KL tak berapa sesuai... nak air asli juga... nak air hujan dan proses sedutan nutrien dari pasu yang diletak atas tanah ... perlu unsur pindahan tinja cik cacing yg buat highway antara tanah dalam pasu dan tanah diluar pasu... 
alhamdulillah flokoli pertama dan kedua menjadi .. untuk masa hadapan akan disemai lebih benih baki flokoli yang ada... kekangannya ... dah tiada tempat.... next project adale pokok  yg kena "retired" dari pasu-pasu sediaada.. kalau nak tuaian yang meriah kali ni kena semai banyak-banyak...

Flokoli kedua

Flokoli pertama masih mengeluarkan hasil..

Anak flokoli suatu ketika dahulu
P/s bersiaran dari pusat kursus.... sambil tunggu penceramah bolehla update info...

Rabu, 20 November 2013

WW.. tuaian-tuaian petola

Koleksi foto tuaian petola terkini 






P/S lupa nak share... ada ahli group kebun fb info bahawa petola ni boleh mengubati batuk berkahak... wallahuaalam..

Selasa, 19 November 2013

Yang Baru Dan Yang Lama

Yang baru disemai dua tiga minggu lepas... balung ayam benih dari kawan sepejabat... benih ehsan dari bondanya di Kuala Pilah.. ingatkan tiada benih sebab benih yg halus-halus tu tak banyak rupa-rupanya benih diselaputi oleh kelopak halus bunga ni... ingatkan sampah boleh dibuang aje.. saje-saje tabur disamping benih hitam yang ada... amek ko... meremut-meremut dia naik... alhamdulillah..
 Saiz ni tak boleh nak pindah ke Seremban lagi sebab mesti jadi menu si siput bab tu... masalah kat sini pula matahari yang kejap panas kejap sejuk..pokok2 pun tension ... tahun lepas gagal menanam pokok ni padahal masa-masa kecil dulu pokok ni yang paling senang hidup. .campak dan tinggalkan... kualiti persekitaran yang berbeza mempengaruhi pertumbuhan benih-benih ni...

Alihan sementara.. testing mode...untuk lihat perkembangannya.



Yang lama... pudina yang masih bertahan..guna self watering container... baja tayam...



Isnin, 18 November 2013

Jus hijau

Teringin sangat hendak minum jus ni. Diperkenalkan oleh En Bos suatu ketika dulu. Tak sangka pula bila batuk-batuk jus ni menghilangkan gatal tekak dan batuk semasa bulan Ramadhan yang lalu. Masa bulan Ramadhan jus ni ada dijual di Bazar Ramadhan maka bermaharajalelalah menikmati jus ni untuk menghilangkan dahaga sambil menghilangkan batuk.... kali ini home made la.. since tiada saingan .. orang lain tak suka maka semua jus ni akak yang punya. Cuma yang home made ni tiada asam boi.. terlupa nak beli...homemade? Ya homemade sebab sumber jus ni ialah dari halaman sendiri. Teringin ada buah untuk jus ni sendiri selepas satu Jumaat Ramadhan tu akak teringin dan nak pergi beli tetapi tak kesampaian kerana nak segera balik Seremban untuk elakkan kesesakan lalulintas di hujung minggu.. maka pada suatu hari minggu yang indah di penghujung Ramadhan akak memborong sebatang anak pokok ni atau pokok katik yang dah matang.. siap berputik ketika tu,. pokok dibawa balik ke Seremban menjelang hari Raya Eidul Fitri yang lalu... masa nak raya hari tu kereta penuh... penuh dengan anak pokok he he...

hmmm nikmatnya dapat minum jus ni .. Alhamdulillah.. boleh minum berkali-kali...


inilah dia buah yang dimaksudkan.. Phee Ti dari blog Sesawang Maya Warnasari  Tanya mana kedondongnya masa up entri tuaian warna warni hari tu ... cerita je ye buahnya tak up.... baru sempat Tee...  baru dapat  upload... snap pun buah dah warna kuning he he....kedondong aka amra... dah seminggu tuai buah ni.. baki yang dibuat ulam hari itu boleh lah dijadikan jus..

minta maaf sangat-sangat pada Mak Yong Nadia - blog Journey to Green Living dan Awin-Blog Petak Hijau... bukan tujuan nak mengusha selera dengan buah-buah kegemaran orang mengandung ni.. akak pun teruja.. buah ni pun dah habis digunakan


ni pula bahagian permintaan khas.. untuk dicicah garam... sape lagi... untuk En Ketua Rumah
masa ni tertanya-tanya boleh tuai ke ... takkan lama sangat untuk dituai... dari bulan puasa hari tu sampai hari ni asyik belek dan belek... kekangannya ialah tidak akak siram hari-hari... 2-3 hari baru boleh jumpa..akhirnya keputusan dibuat ... tuai jela memandangkan sudah ada bunga baru dah keluar ..set kedua dan ketiga buah ni dah menjelma....risau juga buah ni overdue... melalui foto diatas belum bersabut lagi.. maknanya masih muda lagi... sebab tu crunchy dan sedap buat ulam..
dalam proses pembesaran ada pula bendasing putih ni menyelaputi buah ni... no idea apa ke benda ni..



tak sempat nak up dalam blog September lalu... 





 jadi pertanyaan dalam entry ni.. maka jawapan dah ada ya... masih hutang jawapan yang lain... one fine day ya!!




set bunga baru dah keluar...

P/s..catitan sendiri.. semalam dah ok demam 90%.. aktiviti gardening diteruskan... alihkan 3 pokok kacang botor...foto lupa snap..., semai bayam malabar foc dari Rose Semua Menjadi dan keratan asin2 foc dari Diana KBB... cabut sebahagian ulam raja yg dah gunjai, keluarkan kacang tanah yg dah semak &  pangkas sebahagian besar pokok Ah So beri.. ternampak siput bab..lupa buh racun siput... guna sebahagian kecil tinja kambing untuk laman. Minggu lepas beli 3 bag tanah organik 3Rm 10..
Mahal... minggu ni beli 2 bag lagi + 1 anak pokok terung telunjuk..Rm.10.00.. nampak kat nurseri belakang Petronas ..tanah 1 bag RM1.00 Murah tu ... kalau ikut kos yg belanja ni boleh dapat 16 bag tanah...kui kui... hujan siang malam.... kucing tu asik jadikan toilet .... 

Ahad, 17 November 2013

Aktiviti masak-masak minggu lepas dan minggu ni

Minggu lepas kena masak-masak sebab atas arahan En Boss... puas cari apa nak masak.. masa di Pasar Tani Sabtu Nampak la sayur ni... dah lambat ada la seikat je... jadilah untuk kami 3 orang.. dah sayur seikat maka bahan-bahan semua di kecilkan.. perah santan kelapa sebiji je  , dah biasa kalau perah santan mesti asingkan patinya sedikit.. cili api dua tiga biji dan kunyit ikut kadar yang sepatutnya... rencahnya ikan bilis tak sampai segenggam... resipi orang KP simple je ..gulai tak payah bawang bagai... kalau gulai daging, ayam dan telur tambahlah serai 3 atau according to the amount of daging/ayam tu... dititik atau hempap-hempap dengan lesung tu.. kalau gulai sayur bahan tumbuk dijerang dengan santan dulu.. kalau gulai daging dan ikan kecutkan dulu dengan bahan tumbuk... baru letak santan... untuk menu sayur pucuk paku ni masak atas api sederhana dan kacau selalu dan jangan ditinggalkan nanti jadi tahi minyak... kalau tak mahu dia membobok naik letak garam dulu.. kadarnya rasa-rasa la ya.. kalau suami tu perokok alamat garam kena lebih sedikit nanti dapat komplen gulai tak de rasa !! bila dah menggelegak dan dah kacau 2 hingga 3 round baru letak sayur..letaklah pati tu sekali... kacau lagi hingga menggelegak .. kalau gulai ikan kembung dan seangkatan dengannya janganlah ganas-ganas kacau nanti dapat gulai bubur ikan he he... bila stage ni akak selalu tinggalkan sebab nak settle kerja lain... kemas dapur ke buat next menu ke lepas tu jenguk balik dan kacau sehinggalah sayur tu edible! janganla lama-lama nanti gulai tu masak dengan cara dia sendiri he he.. bila rasa garam dah lengkap dan kacau pun dah 2 -  3 round dan sayur pun edible letaklah asam keping.. gulai sedikit asam pun kena kecil .. kalau tidak gulai terlebih masam... asam keeping berperanan sebagai melambatkan gulai basi... sekarang ni dah ada peti ais.... bila simpan dalam peti ais dapat menghindarkan gulai jadi basi.. bila dah tutup api angkat periuk dan letakkan ditempat yang tidak panas.. jangan biarkan diatas tungku yang panas tu nanti masakan jadi overcooked, kuah jadi kurang disebabkan haba dapur gas yang masih ada tu... ni petua arwah MIL ... habis cerita masak gulai...celoteh untuk anak-anakku yang terasa nak menggulai tu... baik anak lelaki baik anak perempuan dia orang semua ni pasti pandai masak nanti sebab En Bos pandai masak he he .. maknya hanya ikut arahan dan praktis sehingga dapat gulai sesedap arwah MIL... pandai-pandai korangla kan... basic masak gulai turunan arwah uwan korang...
 
pucuk paku kali ni special sikit... memang dari kecil suka belek pucuk paku ni.. macam corak kain yang orang panggil palais... ada yang kata corak lintah... bagi akak tetap corak pucuk paku he he
 
 
 
gulai yang jadi favourite HS..

 

 bila dah menggulai kena buat menu lain pula... permintaan khas lagi...selalunya cekodok untuk cicah dengan kuah gulai ni...disebabkan nak kurangkan penggunaan minyak kali ni melempeng kita... ada bawang lagi... first time buat dan minyak pun kurang... berebut-rebut pula kami tiga orang ni makan... makan masa panas-panas !

 tak membazir gulai ni...
 
 
semalam petang masak lagi menu ni... depa ni tak jemu dengan gulai ni... buatje la..

jom

Arkib Blog

Label

#sebelum dia pergi selama-lamanya (1) 1 Mei - 12 Mei (1) 10 malam terakhir (1) 16.8.1988 (2) 16.8.2014 (1) 4.8.2013 (1) 4.8.2014 (2) 5 Januari (2) abang (1) adik (2) adik comel (1) african lily (2) Ah So (1) Ahad (1) Akar Dani (1) akhir (1) aksi (1) allamanda (1) Allan's Water (1) Aloe Vera (1) alu-alu (1) Amarillys (3) amra (1) anak (2) Anak bendir singa (1) anak pokok (3) Anak pokok delima (1) anak pokok lemon (1) Angle Loofah (1) angsa (1) anjing comel (1) anniversary (2) apa (1) Apa ada di Negeri Sembilan (3) apa? (3) area (1) Asam jawa (1) asam keping (2) asin-asin (1) asparagus (1) Awan (3) Bahau (3) Baja (1) balik kampung (3) balung ayam (3) bangun-bangun (2) basil (2) Batu Feringghi (1) batu karang (1) baung (1) bawal goreng (1) bawang (1) Bayam malabar (3) bayam malabar di Seremban (5) bayam malabar merah (5) bayam merah (1) bayan (1) bazar Ramadhan (1) bekal (1) belang (1) belang biru (1) belangkas (1) belimbing buluh (3) bendi (2) bendi emas (2) Bendi Singa (2) BendiOP (1) benih (1) benih dari Tanam Sendiri (1) benih kacang panjang renek (1) benih lemon (1) benih purple ipomea (1) berbunga (1) berembang (1) berkembang (1) berkilau (1) bersusun (1) besar (1) betik (1) betina (1) Bharat Tea (1) biak (1) birthday (1) blue diamond (1) blueberry (1) bonsai (1) bougainvilla (2) bougen-bougen (1) brindle berry (2) BTR (1) buah (4) buah apa (1) buah canistel (1) buah kari (1) Buah kristal (1) buah kuning telur (1) buah letup-letup (2) buah melaka (2) buah oren (1) Bubur nasi (1) buih ombak (1) Bukit Putus (3) buku gergasi (1) bulan (1) buluh jepun (1) buncis (1) bunga (32) bunga akarsom (1) Bunga Apa (6) bunga bongor (1) Bunga delima (1) Bunga halia bara (1) bunga hempedu bumi (1) bunga impatiens (2) bunga kangkung (1) Bunga Kertas (4) bunga kobis (3) bunga kuchai (1) bunga kuning (1) bunga maman (1) bunga matahari (1) bunga petola (1) bunga pukul 4 (1) bunga putih (4) bunga rambutan (1) bunga raya (3) Bunga raya pink (1) bunga rose jepun (2) bunga susun kelapa multipetal (1) Bunga Tahi Ayam (1) bunga telang (3) bunga timun tikus (1) Bunga Tisu (2) bunga ulam raja (1) burgundy (2) burung (1) burung hijau (1) butterfly (1) BWH (1) cabbage (1) calamansi (3) cambah (1) cambahan (2) Cambahan pulasan (1) Cameron Highlands (20) campak-campak (3) carnation chabaud (1) Carrot Paris Market (1) catatan (1) Cemomoi (1) cempaka putih (1) cendawan (1) cendawan busut (1) cerita burung (1) chayote (1) Cherating (2) chinese amaranth (1) chinese celery (2) cili api (3) cili besar (3) cili campak-campak (3) ciput (1) coriander (2) Cotton Rose (1) crinum asiarum (1) crossandra (6) crossandra hijau (4) CROSSANDRA infundibuliformis (2) crossandra peach (1) Crossandra undulifolia Shamrock (1) Cuaca (3) cuaca panas (1) cubaan (2) cuban oregano (1) cuti (1) Dahlia (9) Dataran Merdeka (1) Daulat Tuanku (1) daun (1) daun bawang (1) daun bebuas (1) daun gelugur (1) daun pandan (2) daun pisang (1) daun puding (2) daun selom (2) daun sesemut (1) Dedaunan (1) delima (2) demam (1) destinasi (1) Diana (1) Dill (1) dill berbunga (1) dipejabat (1) duit (1) durian (1) durian belanda (1) east india rosebay (1) Ecbolium viride Family: Acanthaceae Green Shrimp (1) edible (1) Egyptian Star (1) Eidul Adha (1) En. Jusz (1) epal (1) etnobotani (1) eve (1) evening sunflower (1) facebook (1) facemask (1) Family Day (1) Family: Acanthaceae (4) favourite photo (1) Februari (1) Fiji (3) Firecracker Flower (1) Flokoli (7) fragrance (1) Frasers Hills (4) fullhouse cherry (1) gelam pasir (1) gelugur (1) Generasi kedua (1) generasi ketiga (1) Giant sunflower (2) gladiolious (3) gladious (2) Gold Coast (1) green crossandra (4) Green Ice Crossandra (5) green parade (3) Green Shrimp (4) gula melaka (1) gulai (3) gulai betik muda (1) gulai maman (1) Gunung Angsi (1) hadiah (1) Hadramawt (2) hairy basl (1) halau (1) halus (1) Hari Kebangsaan (1) harum sundal malam (2) hasrat (1) Hawa (1) helang (1) Hentian Taiping (1) Herba (6) hijau (4) HS (3) hujan (1) iftar (2) ikan (1) ikan bolos (1) ikan senangin (1) ikan tenggiri (1) impatien (2) impatiens Cameron (1) incomela (1) Ipoh (4) Ipomea Variada Mixed (1) Jadual Baja (1) jalan raya (1) Jalan-Jalan (1) jam (1) jambu (1) James Wong (1) Janda Baik (2) jantan (1) Januari (1) jawapan bunga apa ni (1) JB (1) jelawat (1) jeliti (1) jenis (1) jerebu (2) Jeremin (1) jeruk Pak Ali (1) jom (3) juadah (1) kabus (2) kacang buncis heirloom-Royal Burgundy (2) Kacang Buncis Renek (1) kacang panjang (4) kacang raya (1) kacang tanah (5) Kailan (2) Kailan 55 (2) Kak Teh (6) kaki Frasers Hills (1) Kampung (1) kangkung (5) kanser (1) Kapsikum Merah (1) Karipap Rusa (1) kaya (1) Kebun Bahagia Bersama (1) kebun sebelah (1) kedondong (5) kedua (1) kelepung (1) kelicap (1) Kemaman (1) Kemangi (2) kembar (2) Kemerdekaan (1) kemuning (1) kemunting cina (1) kenangan (1) kepanasan (1) Kerangai (1) kerapu (1) keratan batang (1) kerdas (1) kerepek raya (1) kering (1) kerinting (1) ketam (3) ketayap (1) ketiga (1) ketumbar (2) keumbar (1) KIK (1) KL (1) klia (1) kobis (1) Kobis Awin (2) Kobis Bunga (1) Kobis Cina 636 (2) Koleksi (1) Korban (1) Korea (1) Koya (1) krisis air (1) Kuala Pilah (1) Kuantan (2) kucing (1) kucing BIL WAL (1) kudup (2) kuih kelepung (1) kuncup (1) kuning (3) kupu-kupu (1) kursus (1) labu botol (2) lada merah (1) Lailatul qadar (1) lama (1) Langkawi 2013 (1) Lantana Camara (1) lappy baru (1) latarbelakang (1) layu (1) lebah (2) Lekas Highway (1) lemang tepung (1) Lemon (2) Lemon Basil (6) lempuyang (1) lettuce (2) letup-letup (1) liar (7) likoh (1) Lili (1) lily (1) limau kasturi (3) love (1) lunch (1) luruh (1) main (1) Mak Ngah (1) makan-makan (1) makan-makan dirumah MABA (1) makisar (1) malabar (1) malabar hijau (1) malabar merah (1) malabar tamarind (1) mamak (1) maman (1) Maman Hantu (1) mandi laut (1) mangga (1) mangga telur (1) mangun (1) marigold (1) markisar (1) Mary Washington (1) masak-masak (5) masakan (2) Masjid (1) matahari (2) Melaka (2) melepas (1) melor (1) Menang (1) Menara Condong (1) mengkudu (2) menyorok (1) merah (2) mesra (1) MH370 (1) Mi Kari (4) Minah Kangkung (1) misteri (1) ML (1) Morib (1) Moss Rose (1) motivasi (1) mulberi (1) muraya (1) musim bunga gugur (1) musim hujan (1) Musim kering (1) musim panas (1) musim sejuk (1) Nak senang (2) Nano (1) nasi arab (1) nasi ayam kunyit (1) nasi goreng (1) Nasi Goreng Kampung (1) Negeri Sembilan (4) niat (1) noni (1) November (1) Nudabuffy (1) nyamuk (1) nyonya (1) ofis (1) Ogos (1) onde-onde (1) ondeh-ondeh (1) Orac (1) oren (1) Origin: India and Malaya (4) orkid (1) Padang Besar (1) pagi (1) panas (1) pankek (1) Pantai Mak Nik (1) Pantai Teluk Mak Nik (1) paragliding (1) Pasar (1) Pasar Tani (6) patin (1) pauh (1) peach (1) Pecah kaca (1) pegaga (2) pejabat (1) pelawat (2) peluang (1) pemandangan (1) Pemusnah (1) Penang (1) pencen (1) penyu (1) perkembangan (1) perubahan (1) pesona (1) Petai (1) Petaseh (1) petik (1) petola (8) petola pertama (1) Petua (1) petua elak gigitan nyamuk (1) Pindah (1) pink (6) Pink Lady (1) pisang (2) pokok (2) Pokok anak burung (2) pokok apa (1) pokok kari (1) Pokok kayu putih (1) Port Dickson (4) Pos Betau (1) proses (1) puasa (2) pucuk daun kunyit (1) pucuk paku (1) pudia (1) pudina (2) puding (2) pulang (1) Pulau Pinang (1) puncak kejayaan (1) purple (2) pusingan (1) putih (2) putu bambu (1) que (1) Rabu (1) racik (1) rama-rama (13) Rama-rama cantik (1) rama-rama putih (1) Ramadhan 2014 (3) Ramadhan 2015 1436H (1) Rawang (1) raya (6) rebung (1) rebus (1) red fiery (1) Red Romain (2) Rembau (1) Remis (2) rempah (1) rendang (1) rendang ayam pencen (1) renek (1) rerama (1) Ringlet (2) ros (1) Ros Jepun (2) Rose Jepun pink (1) roselle (2) royal (1) Sabah (1) Sabtu (1) Sage (1) Sagu (1) Sakit (1) Sakura Malaysia (2) salad (5) Salad Merah (1) sambal (1) sambung nyawa (2) santai-santai (1) Sapaan (1) saujana (1) Sawah (2) sawi (3) sawi bunga (1) sawi bunga Shanghai (3) Sayur Meranti (1) Scalloped Yellow Patty Pan Squash (1) scalloped yellow pattypan squash (1) Sejarah (1) selepas musim hujan (1) selom (1) semai (1) semaian (6) semaian dari benih (1) semangat (1) sembilang (1) semua menjadi (1) Senanti (1) sendu (1) Senduduk (1) sepulih (2) serangga (2) Sg. Lembing (1) Shanghai (3) sinaran (2) sinaran pag (10) sinaran pagi (3) Siput (2) slugs (1) SMA Nazrin (1) sorok (1) Species (1) spesis (1) spider lily (1) status (1) Strawberi (4) strawberi alpine reugan (2) strawberry (1) Strophanthus gratus / Rose Alamanda (1) Stulang Laut (1) sugarloaf (1) sulur (1) sunflower (2) sunrise (1) sunset (1) susu cair (1) sweet basil (1) Sweet Basil Genovase (1) Syawal 2012 (1) Syawal 2013 (1) talapia (1) Taman Botani (1) Taman Botani KL (3) Tanam Sendiri (2) Tanjung Dahan (1) taragang (1) tauliah (1) teh (2) teka-teki (1) Tekoma (1) Teluk Intan (1) tenggek burung (1) tepak sirih (1) tepi jalan (1) Teratak Zaaba (1) terung (3) terung belanda (3) Terung Giant Naga (1) thai basil (1) timun jepun (2) timun mini (1) timun tikus (2) tisu (2) tomato (3) Tomato Ceri Full House (3) tuai (4) tuaian (8) tuber (1) tulbaghia (2) tunas (1) tunjuk (1) tunjuk langit (1) tupai turun (1) turquoise (1) Turquoise Crossandra (4) Turquoise Crossandra Origin: India and Malaya (1) ulam (3) ulam raja (4) ulangtahun (1) ulat bulu biru (1) ummuaidan (2) ungu (6) Unik (1) update (6) vemma (1) vinca (1) walking iris (1) wangi (1) warna (2) Warna alam (2) warna jingga (1) warna kedua (1) warna putih (1) water spinach (1) watermelon radish (1) wild impatien (2) wishlist (1) yakon (1) Yellow Pattypan Squash (1) Zaaba (1) zinnia (5) zucchini (1)