Rentetan dari peristiwa ini yang bertarikh 7 Mei 2016.. ulat bulu yang menetas dipokok lemon di rumah kayangan akak ni..
pada pagi 21 Mei 2016 terkejut badak lagi.. muncul si rama-rama ni.. sangat lemah.. tidak terbang bila didekati.. bila diamat-amati ada kelongsong berhampiran dengannya.. baru keluar dari kepompong gamaknya.. apa lagi akak pun enjoyla snap pelbagai sisi rerama ni ha ha.. dalam tempoh 7 hingga 21 Mei tu pokok lemon akak yang togel jambulnya dah berdaun lebat semula...
kelongsong kepompong dipangkal pokok
rerama dan kelongsong kempompong lagi
close up kelongsong
pokok lemon yang sedang meriah mengeluarkan daun.. daun-daun yang menarik perhatian rama-rama
ps : ralat pula tak tengok perubahan kelongsong kepompong tu.. ingatkan ulat-ulat tu dah habis jadi habuan burung-burung yang berkeliaran..
5 ulasan:
Cantiknya rama-rama ni. Kagum kan tengok asal ulat yang geli geleman nak tengok tu tapi akhirnya jadi sesuatu yang amat cantik. Subhanallah!
Semasa ulat ia sangat aktif makan daun.
Boleh togel sepokok lemon.
Saya tak pernah tengok live rama-rama keluar dari kepompong. Nampak macam menarik je ^_^
Rerama ni memang rajin bertelur di pokok limau
Beautiful butterflies !!
Greetings
Catat Ulasan