Melawat kawasan pagi-pagi.. baru perasan nun dipucuk sana ada bunganya terpacul.. amboi korang.. gunjai sungguh si allamanda .. bunga besar-besar.. tidak dpt dicapai.. tunggu gugur baru tahu.. sebelum ni hairan dimanakah lokasi bunga pokok ni.. rupa-rupanya nun diatas sana..
Ada lagi 2 disini
Berlatarbelakang pokok jering..
PS: Kesayuan melihat peninggalan allayarhamah bonda.. perginya selepas asar semalam setelah 2 minggu berhempas pulas menahan sakit .. kami sepakat mengebumikan malam tadi juga .. alhamdulillah urusan semuanya dipermudahkan.. terakhir kami ke sini dua minggu lepas.. pandangannya sayu melihat kawasan sekeliling seolah-olah akan pergi jauh.. bertanyakan apakah keadaannya pokok-pokok yang kita tanam.. akak khabarkan pokok kemangi dah kecundang... katanta nanti tumbuh anak pokok yang baru katanya..
semoga allahyarhamah bonda ditempatkankan dikalangan orang- orang yang beriman..
3 ulasan:
Salam takziah dari kami sekeluarga.
Tabahkan hati ya Kak Mar. AL-FATIHAH.
Takziah dan al Fatihah...
Takziah dan Al-Fatihah
Semoga rohnya damai di sana.
Catat Ulasan