Tempat ni akak selalu rujuk sebagai kaki Bukit Fraser.. nama tempat dah lupa.. turun aja dari Bukit Fraser mesti isi tangki kereta.. sebelah stesen ni ada tanah kosong.. kali ni rezeki dapat snap rerama...
bila sampai sini mula la sesi mengejar rerama dengan kamera.. walaupun hari panas.. turun dari tempat sejuk ke tempat panas.. rasa panas tidak dihiraukan demi mengejar rerama yang berkeliaran.. banyak betul spesis.. yang dapat masuk kamera spesis yang tak kisah sangat didekati...
kisah lama .. ketika dia masih ada.. baru dapat mengayat .. selepas sakit baru ada kemahuan .. 3 tahun dalam folder..
Mana rerama?
Ada..
Akhirnya di semak sana..
PS : 22 Feb - 24 Feb bertapa di hospital .. denggi.. disusul oleh HS seminggu lagi.. mc 7 hari asik ulang alik urus check darah HS.. alhamdulillah semakin pulih.. dah kerja..
PS: Tang mana silapnya dah tak boleh komen blog teman-teman maya.. komen di blog sendiri boleh pula.. SOS..
PS: Honey.. akak komen disini ya.. semoga Ben didalam jagaan insan yang sayangkan dia.. harap2 tak jadi gelandangan.. sebelum akak demam hari tu.. Cici aka CC kucin adik yang comel dan manja terjun dari tingkat 3.. kami semua sedih sebab dia penakut nak merayau.. apa yang dia makan.. berjurai ikon airmata bila berbincang dalam wasap.. akak buat solat hajat.. lepas 2 hari jumpa semula.. kurus.. kaki terseliuh.. terhencot-hencot dia berjalan.. sekarang dah pulih sepenuhnya..
3 ulasan:
Tahun ni tak banyak rerama kat garden kak
comelnya rerama tu
semoga akak cepat sihat:)
Wahhh...cantiknya rama-rama..salam kenal awk. Meh la ke blog saya http://cararesepi.blogspot.my/. Jangan lupa tinggalkan komen tau.Kalau tak kisah masukkanlah blog saya dalam bloglist awak.
Catat Ulasan