Masih cerita cerinti di Port Minum Pagi.. sambil BIL Mel berurusan dgn Acik Port Minum Pagi untuk membeli anak aysm kampung sempat juga snap bunga pink ni... nama juga tidak akak ketahui..
sebelum ni nampak di Sg Besar.. tumbuh liar ditepi jalan.. bersama-sama dengan anakanda Eja mengutip benih.. namun SIL melarang anakanda Eja buat projek menyemai lantas dikemas dan berada lah benih tersebut didalam bakul sampah.. buat semak katanya.. sama2 lah Mak Long tak jadi menyemai.. kali ini akak layan mata je la.. berat hati nak minta benih dengan achik..
Macam spesi balung ayam juga nampaknya.. rasanya Acik juga tak semai pokok ni.. nampak macam.tumbuh liar di perkarangan rumah beliau ..
PS: 3 ekor anak ayam yang ditangkap tinggal 2.. punca .. tidak diikat kakinya.. bila kotak dibuka bertempiaran mereka keluar.. korang pi tangkap semula ya..
2.5.2017
Kalau almarhum bang ngah masih hidup.. 50 thn 1 hari umurnya.. telah dipanggil Ilahi 6 tahun yang lalu.. Family day di Batu Feringgi berlangsung sekerat hari sahaja... bertolak semula ke KL jam 3 pagi dengan Myvi muatan 7 org.. semua saudara terkejut.. anakanda sulong bergegas dari UITM.. begitu juga anakanda Siraj.. sempat ziarah terakhir..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan