Selasa, 13 Ogos 2013

Kobis Bunga Flokoli - update

Benih yang dipesan dari Blog Tanam Sendiri... benih yang menjadi hanya 3 biji... yang masih bertahan 2 pokok sahaja.. semai pun tak banyak... lepas ni boleh semai lagi kerana ketahanannya ditinggalkan... 

pokok yang segar setelah 2 minggu ditinggalkan... dah senget kerana pokoknya sudah membesar dan berat




 foto sebelum - 21.7.2013

foto posting terdahulu masa ni kurus je ... setelah diberi baja ... 
pokok membesar dengan sihat seperti foto diatas

teman seangkatan yang masih survive.. sebaya dengan foto diatas .. kununnya untuk dibesarkan di KL namun matahari terbatas dan kesempitan ruang... akhirnya dibawa balik ke sini juga untuk dibesarkan...


Isnin, 12 Ogos 2013

Rose Jepun @ Portulaca aka Moss Rose

Alhamdulillah.. Raya ke 3 baru banyak yang kembang ... walaupun sebentar kembangnya... pokok asal dibeli di pasar tani KL... dah tua agaknya nampak makin merosot.... maka dahan yang masih segar dipatah-patahkan disemaik di pasu lain.... tak sabar nak tunggu warna-warna yang lain untuk kembang juga.. tunggu hari raya Haji kut! :).. sepatutnya ada warna triking pink, pink lembut, putih, dan spesis brazilian... tunggu dan bersabar lah ya!





Ahad, 11 Ogos 2013

Daun puding dan hari raya

Salam 4 Syawal... baru dapat update blog... alhamdulillah.. ni pun curi-curi masa.. selalunya line macam biskut...celcom ni memang mengada-ngada kat rumah ni.. maxis langsung takde nyawa.. begitu juga u mobile... wifi pulak rasa rugi kalo subscribe sebab tiada kat rumah .. belum try porta wifi celcom lagi... nanti nak pi cari..

Raya kedua kami  balik raya ke Seri Menanti ... berkonvoi la adik beradik... jam di Jalan Ulu Bendul sudah pasti .. pergi jam, balik keluar dari rumah Mak Lang pukul 9 malam pun jam juga.. tapi syukur bukan semalam (hari Raya ke tiga) kerana berlaku kemalangan di jalan tersebut.. ada yang merintih keluar rumah pukul 2 petang, pukul 8 malam baru sampai.. memang mengharukan jalan Ulu Bendul ni..

Bila balik kampung ni pasti mata ni melilau melihat pokok - pokok kampung, suasana nyaman dan hijau, mak-mak saudara En Din memang rajin bertanam... antara yang menarik perhatian ialah pokok puding ni... daun-daunnya selalu digunakan didalam rendang ...amat popular di Negeri Sembilan terutamanya di Kuala Pilah... di forbidden land tempat emak akak tu tak pernah tahu pun....pernah En Din warning jangan ingat pokok puding tu pokok  yang daunnya bercorak-corak dan berkaler-kaler tu.... rupa-rupanya daun puding ni pokoknya berbunga juga...  kebetulan masa raya ni dia berbunga maka jadilah ia bahan catatan akak untuk rujukan... cantik juga warna bunganya...



 ni pokok kat kedai sepupu En Din (foto lama)..siap minta keratan batang untuk disemai..

close up daun puding

keratan puding yang disemai didepan rumah.. alhamdulillah mahu dia sesuai dengan kawasan ni... dah tumbuh daunnya sendiri ..tapi belum boleh buat rendang lagi.. tak cukup daun ... masa ni warnanya masih belum berwarna burgundy lag...

Ni rendang ayam pencen bikininan En Din ..akak jadi helper je bersama anak-anak ( 2 ekor ayam, 2kg santan + sepeket kerisik) ..untuk rekod sendiri.. setakat hari ni rendang ayam dah habis.. tinggal serdak je... 

Khamis, 8 Ogos 2013

Selamat Hari Raya

Assalam dan Selamat sejahtera...  dikesempatan ini maaf dipohon dan semoga Hari Raya ini membawa barakah kepada kita semua... salam mesra dari kami sekeluarga.. pada yang memerlukan jangan dilupa...

Zinnia terkini dipagi raya.. 
warna yg terang sungguh ceria
Bermaaf-maafan di hari yang mulia
Meraikannya jangan dilupa pada yang tiada


P/S.. tq blogger: Tuan Pengasas, Uncle Lee diatas ucapan... semoga berbahagia di hari nan indah ini

Rabu, 7 Ogos 2013

Simerah menyala dan hari mantai

Penat tuan punya jari tu pegang bunga ni.. nasiblah dapat mak macam ni.. banyak juga pokok disekitar kawasan tempat tinggal dan tepi jalan di Seremban... pokoknya tinggi juga.. nama tiada dalam ingatan ini....  

hari ini hari mantai buat orang Negeri Sembilan... pada pemahaman akak ni hari ni untuk sembelih lembu/kerbau, beli daging dan masak rendang he he .. tapi ada gak aktviti sembelih ayam buat rendang, kacau penganan aka dodol, bakar lemang kann... macam mana tu? macam budak kecik fikir macam tu... 
so my Negeri Sembilanese friends apa pendapat uols mengenai hari mantai?

moh layan bunga merah menyala ni... yang bukan sekadar tepek je kat blog ni... but as a way of collecting and sharing informations  about flowers and plants yea!! standard la akak ni memang tak tau nama.... 

kelopak yang tebal dan bertekstur velvety 



kudupnya macam cili je..

ketiga begururan...merah dan hijau ii likee 


Selasa, 6 Ogos 2013

Generasi kedua kacang panjang

Benih asal dibeli dari Diana KBB... generasi ke dua ni bukan saya yang tanam...  entah siapa tak tahu.. binatang atau manusia hanya Allah yang tahu.. 2 minggu sebelum pilihanraya dah bercambah benihnya ditengah-tengah laman ni... nak korek dan letak tepi-tepi masa tu hujan lebat pula... biarkan je .. sekarang sudah berbunga dan beri hasil walaupun secoet...  redha tahap tu rezeki.. 

oleh kerana pokok ni ditengah - tengah dunia, tiada trellis yang sesesuai maka menjalarlah dia di tanah tu.. buah melesa ke tanah.. 

ha!!  tu ada peminat ... dah kopak kapik buah kacang ni... makan lah korang... akak tak kisah... jangan bayam malabar yang satu itu korang ngap sudahlah...



bila dah menjalar panjang baru ada trellis itu pun yang mobile punya.. tak boleh pacak sebab tanah dah keras, hari tak hujan.. nak guna penggali tak larat... maka batang bunga raya yang kusayangi yang telah ditebang itu disengetkan ke tepi pagar.. jadilah buat sementara dia hidup...  buah kacang berdaun petola.. 

buah kacang dan pokok pecah beling, serai dan ulam raja

mesti buah-buah kacang ni dah terlampau matang kerana ditinggalkan dua minggu... tak pe la boleh la dijadikan benih generasi ke tiga pula..

Isnin, 5 Ogos 2013

Pemberian kawan - markisar

Semasa sampai di Habu Lake Cameron Highlands..En Din mesti singgah di kedai kawannya En Man ... selepas snap bunga cantik di kedai sebelah En Din minta diri.. mata ni terpandang buah ni.. lain macam je.. tanya En. Man buah apa ni.. ni la buah markisar katanya...


Dua hari juga simpan buah sebab sayang nak makan kerana pemberian kawan dan juga kerana takut buah ni masa... masa makan tu dah bersedia untuk melelapkan mata untuk menahan rasa masam.. namun meleset... buahnya amboi manisnya... dan dan tu juga buah ni habis.. tiada rasa masam langsung...namun sayang benihnya sangat-sangat terlupa untuk disimpan... Pak Temuk ada bertanya adakah benihnya disimpan... ah sudah! kali ni lalai betul... selalu mesti ada bahagian untuk di semai... itulah pasal.... manis punya pasal.. lupa daaa!! Lagi mengharukan bila ke kedai En Man kedai tak buka pula... molopeh !!!!

p/s esok dah mula cuti dan balik Seremban!! Balik mantaii!

Ahad, 4 Ogos 2013

Bunga hempedu bumi

Memang dah tahu lama pokok ni banyak khasiatnya. Blog Mak Aji pun ada info mengenai tumbuhan ni. Melalui blog Mak Aji juga saya bersua muka dengan bunga tumbuhan ini. Mula-mula rasa pelik juga... ada bunga juga ke pokok ni...Dulu-dulu banyak tumbuhan ini hidup liar dalam pasu bunga dan sudah sering diselesai untuk tujuan kemas dan melawa. Apabila dah kena penyakit darah tinggi , maka pokok ini lebih dihargai. Tiada pula dia datang lagi di halaman rumah. Setahun kebelakangan ni ada pula dia tetapi dirumah makcik sebelah. Banyak pula tu... sambil buat maintenance kebun disitu maka sepokok telah dicabut dan dipindahkan ke halaman sendiri. Alhamdulillah meiah dia subur disitu sehingga berbunga. Raya ni kalau rasa-rasa dah terlebih makan insyaallah boleh lah dibilas dengan pemakanan sihat pula... 

Salam 26 Ramadhan  buat semua teman-teman! Insyaallah akan bersiaran seperti biasa di hari Raya, semoga diizinkan Nya... banyak nak update ni sebab kebun Seremban dah dua minggu ditinggalkan. serta persediaan meninggalkan kebun secoet di Unit sarang burung merpati kediaman ni.. tahun lepas sungkup dengan tisu dapur.. kali ni cuba dengan teabags pula...dan botol air yang diletakkan samada tali kasut atau kain yang mudah serap air dan bersambung ke pasu .. minggu lepas kakak yang buat bisness nurseri beri info.. dia kata lapik dengan plastik hitam supaya bila selepas siram air tidak kering dan plastik berpeluh akan membekalkan air kepada tumbuhan, kenapa plastik hitam? katanya supaya rumpai lain tidak tumbuh bila terdedah kepada pancaran matahari... hmm bernas idea kakak ni.. katanya dia apply teknik nni untuk pusara arwah maknya... tq kak kerana berkongsi info.. jangan marah ya saya kongsi disini... sama-sama kita dapat berkatnya...  mudah-mudahan yang ditinggalkan selesa...  

yang pahit itu ubat.. yang manis itu penyakit.. sama-samalah kita menjaga kesihatan di musim Raya ini.

macam orkid pula bunga ni


p/s 4 Ogos 2013... happy anniversary En Din... thank you for the wonderful years we've been together... pahit/manis/masam/masin kehidupan ....semoga bahagia dunia akhirat

Sabtu, 3 Ogos 2013

Sogo is not fun anymore dan keperluan berkebun

hari tu ..(few months back)
punya la lama tak ke Sogo... kesana bila ada hal penting aje... untuk beli baja tambing (tahi kambing).. terkulat-kulat seketika.. eh eh mana dia ni? adoii itu seksyen diy sudah dihapuskan..no more business in Sogo.. itu Sogo sudah renovate utk entah apa-apa produk... bookshop pun dah tak de ... homecentre konon!!! tak environment friendly la .... so this section tidak akan ku jejak lagi... moh la kita ke nurseri kat luar sana atau kepasar minggu atau ke pasar tani untuk beli hal-hal yang berkaitan gardening ... frust sangat masa tu.. sebabnya dah putus baja masa tu... kl center ni sibuk untuk org cari baju, tudung dan perkakas dapur dan rumah... miss sangat bunga-bunga yang dijual disitu + benih-benih yang dijual pun very fast moving...


beli topi ni masa kat Cherating tempohari... bagus untuk hari panas... dapatlah berteduh sikit.. idea timbul bila neighour depan rumah pakai topi lebar untuk angkat jemuran... tanya dia kat mana dia beli... kat Siam... alahai jauhla pulak...  he he bila sampai Cherating dan nampak benda ni.. minta izin dengan big boss nak beli ni... tak mahe pun rm 15 hengget je!! HS jgn marah dan jeles eh bila mak pakai ni... ada satu je!!!

Khamis, 1 Ogos 2013

Anak pokok lemon

Dah lebih setahun dah tanam pokok ini..benih diperoleh dari buah yang dibeli di Sogo... alhamdulillah mahu juga bji benih pokok ni bercambah menjadi pokok.... walaupu katik :)


P/S hari ini teristihar sebagai hari yang diraikan untuk masa hadapan setelah sekian lama bersabar... HS pun dah 9 tahun, mengusahakannya sambil mengandungkan HS pada tahun akhir, menghadiri final exam pada hari pantang 30, hari tu juga berdiskusi untuk paper Advance Accounting 2 kalau tak silap... demi menghadapi exam pada malam harinya.. redha juga wp result cukup makan masa tu.. akhirnya hari ini aku melangkah setapak lagi.... que sera sera the future is not ours to see!! harapan untuk yang terbaik sahaja.... alhamdulillah dengan izinNya segala rintangan dan penantian dihadapi dengan sabar ... bagi perintang-perintang itu semoga kamu mendapat taufik dah hidayahNya... dunia ini bukan kamu yang punya ... semuannya milik mutlaq yang Maha Kuasa.. pada suami dan keluarga tersayang serta sahabat handai yang simpati aku sangat-sangat berterima kasih diatas dorongan, perangsang dan semangat yang dihulur buat diri yang lemah ini.. terima kasih buat Puan ROB atas tunjuk ajar yang tidak putus-putus, terima kasih ke atas Puan L diatas penerimaan staf yg seorang ini seadanya , terima kasih pada pihak yang berkaitan terutamanya tuan Big Boss yang sedia memberi peluang... semoga di tempat baru aku lebih bersemangat dan cemerlang...cemerlang untuk dunia dan akhirat...

jom

Arkib Blog

Label

#sebelum dia pergi selama-lamanya (1) 1 Mei - 12 Mei (1) 10 malam terakhir (1) 16.8.1988 (2) 16.8.2014 (1) 4.8.2013 (1) 4.8.2014 (2) 5 Januari (2) abang (1) adik (2) adik comel (1) african lily (2) Ah So (1) Ahad (1) Akar Dani (1) akhir (1) aksi (1) allamanda (1) Allan's Water (1) Aloe Vera (1) alu-alu (1) Amarillys (3) amra (1) anak (2) Anak bendir singa (1) anak pokok (3) Anak pokok delima (1) anak pokok lemon (1) Angle Loofah (1) angsa (1) anjing comel (1) anniversary (2) apa (1) Apa ada di Negeri Sembilan (3) apa? (3) area (1) Asam jawa (1) asam keping (2) asin-asin (1) asparagus (1) Awan (3) Bahau (3) Baja (1) balik kampung (3) balung ayam (3) bangun-bangun (2) basil (2) Batu Feringghi (1) batu karang (1) baung (1) bawal goreng (1) bawang (1) Bayam malabar (3) bayam malabar di Seremban (5) bayam malabar merah (5) bayam merah (1) bayan (1) bazar Ramadhan (1) bekal (1) belang (1) belang biru (1) belangkas (1) belimbing buluh (3) bendi (2) bendi emas (2) Bendi Singa (2) BendiOP (1) benih (1) benih dari Tanam Sendiri (1) benih kacang panjang renek (1) benih lemon (1) benih purple ipomea (1) berbunga (1) berembang (1) berkembang (1) berkilau (1) bersusun (1) besar (1) betik (1) betina (1) Bharat Tea (1) biak (1) birthday (1) blue diamond (1) blueberry (1) bonsai (1) bougainvilla (2) bougen-bougen (1) brindle berry (2) BTR (1) buah (4) buah apa (1) buah canistel (1) buah kari (1) Buah kristal (1) buah kuning telur (1) buah letup-letup (2) buah melaka (2) buah oren (1) Bubur nasi (1) buih ombak (1) Bukit Putus (3) buku gergasi (1) bulan (1) buluh jepun (1) buncis (1) bunga (32) bunga akarsom (1) Bunga Apa (6) bunga bongor (1) Bunga delima (1) Bunga halia bara (1) bunga hempedu bumi (1) bunga impatiens (2) bunga kangkung (1) Bunga Kertas (4) bunga kobis (3) bunga kuchai (1) bunga kuning (1) bunga maman (1) bunga matahari (1) bunga petola (1) bunga pukul 4 (1) bunga putih (4) bunga rambutan (1) bunga raya (3) Bunga raya pink (1) bunga rose jepun (2) bunga susun kelapa multipetal (1) Bunga Tahi Ayam (1) bunga telang (3) bunga timun tikus (1) Bunga Tisu (2) bunga ulam raja (1) burgundy (2) burung (1) burung hijau (1) butterfly (1) BWH (1) cabbage (1) calamansi (3) cambah (1) cambahan (2) Cambahan pulasan (1) Cameron Highlands (20) campak-campak (3) carnation chabaud (1) Carrot Paris Market (1) catatan (1) Cemomoi (1) cempaka putih (1) cendawan (1) cendawan busut (1) cerita burung (1) chayote (1) Cherating (2) chinese amaranth (1) chinese celery (2) cili api (3) cili besar (3) cili campak-campak (3) ciput (1) coriander (2) Cotton Rose (1) crinum asiarum (1) crossandra (6) crossandra hijau (4) CROSSANDRA infundibuliformis (2) crossandra peach (1) Crossandra undulifolia Shamrock (1) Cuaca (3) cuaca panas (1) cubaan (2) cuban oregano (1) cuti (1) Dahlia (9) Dataran Merdeka (1) Daulat Tuanku (1) daun (1) daun bawang (1) daun bebuas (1) daun gelugur (1) daun pandan (2) daun pisang (1) daun puding (2) daun selom (2) daun sesemut (1) Dedaunan (1) delima (2) demam (1) destinasi (1) Diana (1) Dill (1) dill berbunga (1) dipejabat (1) duit (1) durian (1) durian belanda (1) east india rosebay (1) Ecbolium viride Family: Acanthaceae Green Shrimp (1) edible (1) Egyptian Star (1) Eidul Adha (1) En. Jusz (1) epal (1) etnobotani (1) eve (1) evening sunflower (1) facebook (1) facemask (1) Family Day (1) Family: Acanthaceae (4) favourite photo (1) Februari (1) Fiji (3) Firecracker Flower (1) Flokoli (7) fragrance (1) Frasers Hills (4) fullhouse cherry (1) gelam pasir (1) gelugur (1) Generasi kedua (1) generasi ketiga (1) Giant sunflower (2) gladiolious (3) gladious (2) Gold Coast (1) green crossandra (4) Green Ice Crossandra (5) green parade (3) Green Shrimp (4) gula melaka (1) gulai (3) gulai betik muda (1) gulai maman (1) Gunung Angsi (1) hadiah (1) Hadramawt (2) hairy basl (1) halau (1) halus (1) Hari Kebangsaan (1) harum sundal malam (2) hasrat (1) Hawa (1) helang (1) Hentian Taiping (1) Herba (6) hijau (4) HS (3) hujan (1) iftar (2) ikan (1) ikan bolos (1) ikan senangin (1) ikan tenggiri (1) impatien (2) impatiens Cameron (1) incomela (1) Ipoh (4) Ipomea Variada Mixed (1) Jadual Baja (1) jalan raya (1) Jalan-Jalan (1) jam (1) jambu (1) James Wong (1) Janda Baik (2) jantan (1) Januari (1) jawapan bunga apa ni (1) JB (1) jelawat (1) jeliti (1) jenis (1) jerebu (2) Jeremin (1) jeruk Pak Ali (1) jom (3) juadah (1) kabus (2) kacang buncis heirloom-Royal Burgundy (2) Kacang Buncis Renek (1) kacang panjang (4) kacang raya (1) kacang tanah (5) Kailan (2) Kailan 55 (2) Kak Teh (6) kaki Frasers Hills (1) Kampung (1) kangkung (5) kanser (1) Kapsikum Merah (1) Karipap Rusa (1) kaya (1) Kebun Bahagia Bersama (1) kebun sebelah (1) kedondong (5) kedua (1) kelepung (1) kelicap (1) Kemaman (1) Kemangi (2) kembar (2) Kemerdekaan (1) kemuning (1) kemunting cina (1) kenangan (1) kepanasan (1) Kerangai (1) kerapu (1) keratan batang (1) kerdas (1) kerepek raya (1) kering (1) kerinting (1) ketam (3) ketayap (1) ketiga (1) ketumbar (2) keumbar (1) KIK (1) KL (1) klia (1) kobis (1) Kobis Awin (2) Kobis Bunga (1) Kobis Cina 636 (2) Koleksi (1) Korban (1) Korea (1) Koya (1) krisis air (1) Kuala Pilah (1) Kuantan (2) kucing (1) kucing BIL WAL (1) kudup (2) kuih kelepung (1) kuncup (1) kuning (3) kupu-kupu (1) kursus (1) labu botol (2) lada merah (1) Lailatul qadar (1) lama (1) Langkawi 2013 (1) Lantana Camara (1) lappy baru (1) latarbelakang (1) layu (1) lebah (2) Lekas Highway (1) lemang tepung (1) Lemon (2) Lemon Basil (6) lempuyang (1) lettuce (2) letup-letup (1) liar (7) likoh (1) Lili (1) lily (1) limau kasturi (3) love (1) lunch (1) luruh (1) main (1) Mak Ngah (1) makan-makan (1) makan-makan dirumah MABA (1) makisar (1) malabar (1) malabar hijau (1) malabar merah (1) malabar tamarind (1) mamak (1) maman (1) Maman Hantu (1) mandi laut (1) mangga (1) mangga telur (1) mangun (1) marigold (1) markisar (1) Mary Washington (1) masak-masak (5) masakan (2) Masjid (1) matahari (2) Melaka (2) melepas (1) melor (1) Menang (1) Menara Condong (1) mengkudu (2) menyorok (1) merah (2) mesra (1) MH370 (1) Mi Kari (4) Minah Kangkung (1) misteri (1) ML (1) Morib (1) Moss Rose (1) motivasi (1) mulberi (1) muraya (1) musim bunga gugur (1) musim hujan (1) Musim kering (1) musim panas (1) musim sejuk (1) Nak senang (2) Nano (1) nasi arab (1) nasi ayam kunyit (1) nasi goreng (1) Nasi Goreng Kampung (1) Negeri Sembilan (4) niat (1) noni (1) November (1) Nudabuffy (1) nyamuk (1) nyonya (1) ofis (1) Ogos (1) onde-onde (1) ondeh-ondeh (1) Orac (1) oren (1) Origin: India and Malaya (4) orkid (1) Padang Besar (1) pagi (1) panas (1) pankek (1) Pantai Mak Nik (1) Pantai Teluk Mak Nik (1) paragliding (1) Pasar (1) Pasar Tani (6) patin (1) pauh (1) peach (1) Pecah kaca (1) pegaga (2) pejabat (1) pelawat (2) peluang (1) pemandangan (1) Pemusnah (1) Penang (1) pencen (1) penyu (1) perkembangan (1) perubahan (1) pesona (1) Petai (1) Petaseh (1) petik (1) petola (8) petola pertama (1) Petua (1) petua elak gigitan nyamuk (1) Pindah (1) pink (6) Pink Lady (1) pisang (2) pokok (2) Pokok anak burung (2) pokok apa (1) pokok kari (1) Pokok kayu putih (1) Port Dickson (4) Pos Betau (1) proses (1) puasa (2) pucuk daun kunyit (1) pucuk paku (1) pudia (1) pudina (2) puding (2) pulang (1) Pulau Pinang (1) puncak kejayaan (1) purple (2) pusingan (1) putih (2) putu bambu (1) que (1) Rabu (1) racik (1) rama-rama (13) Rama-rama cantik (1) rama-rama putih (1) Ramadhan 2014 (3) Ramadhan 2015 1436H (1) Rawang (1) raya (6) rebung (1) rebus (1) red fiery (1) Red Romain (2) Rembau (1) Remis (2) rempah (1) rendang (1) rendang ayam pencen (1) renek (1) rerama (1) Ringlet (2) ros (1) Ros Jepun (2) Rose Jepun pink (1) roselle (2) royal (1) Sabah (1) Sabtu (1) Sage (1) Sagu (1) Sakit (1) Sakura Malaysia (2) salad (5) Salad Merah (1) sambal (1) sambung nyawa (2) santai-santai (1) Sapaan (1) saujana (1) Sawah (2) sawi (3) sawi bunga (1) sawi bunga Shanghai (3) Sayur Meranti (1) Scalloped Yellow Patty Pan Squash (1) scalloped yellow pattypan squash (1) Sejarah (1) selepas musim hujan (1) selom (1) semai (1) semaian (6) semaian dari benih (1) semangat (1) sembilang (1) semua menjadi (1) Senanti (1) sendu (1) Senduduk (1) sepulih (2) serangga (2) Sg. Lembing (1) Shanghai (3) sinaran (2) sinaran pag (10) sinaran pagi (3) Siput (2) slugs (1) SMA Nazrin (1) sorok (1) Species (1) spesis (1) spider lily (1) status (1) Strawberi (4) strawberi alpine reugan (2) strawberry (1) Strophanthus gratus / Rose Alamanda (1) Stulang Laut (1) sugarloaf (1) sulur (1) sunflower (2) sunrise (1) sunset (1) susu cair (1) sweet basil (1) Sweet Basil Genovase (1) Syawal 2012 (1) Syawal 2013 (1) talapia (1) Taman Botani (1) Taman Botani KL (3) Tanam Sendiri (2) Tanjung Dahan (1) taragang (1) tauliah (1) teh (2) teka-teki (1) Tekoma (1) Teluk Intan (1) tenggek burung (1) tepak sirih (1) tepi jalan (1) Teratak Zaaba (1) terung (3) terung belanda (3) Terung Giant Naga (1) thai basil (1) timun jepun (2) timun mini (1) timun tikus (2) tisu (2) tomato (3) Tomato Ceri Full House (3) tuai (4) tuaian (8) tuber (1) tulbaghia (2) tunas (1) tunjuk (1) tunjuk langit (1) tupai turun (1) turquoise (1) Turquoise Crossandra (4) Turquoise Crossandra Origin: India and Malaya (1) ulam (3) ulam raja (4) ulangtahun (1) ulat bulu biru (1) ummuaidan (2) ungu (6) Unik (1) update (6) vemma (1) vinca (1) walking iris (1) wangi (1) warna (2) Warna alam (2) warna jingga (1) warna kedua (1) warna putih (1) water spinach (1) watermelon radish (1) wild impatien (2) wishlist (1) yakon (1) Yellow Pattypan Squash (1) Zaaba (1) zinnia (5) zucchini (1)