Rabu, 29 April 2015

Catatan 29 April

Selamat ulangtahun kelahiran buat anakanda sulong... semoga hayatmu sentiasa didalam keberkatan, bahagia dunia dan akhirat, dipermudahkan semua urusan .. 

lahirmu hampir maghrib setelah mak bergelumang dengan kesakitan dua hari dua malam... kini abang mengambilalih tempat abah menjaga emak dan adik-adik.. masa hadapan kita tiada siapa yang dapat menduga.. 

semoga kita sekeluarga terusan dilimpahi rezeki yng melimpah ruah walaupun ayahanda tersayang sudah dulu menyahut seruan Ilahi... semoga kita tabah menjalani urusan seharian untuk dunia dan akhirat sehingga waktu kita pula yang dipanggil Yang Maha Esa..


PS: minggu ni asik hiba je...but life must go on.. perlu istiqamah dengan amalan, Rejab sedang ditempuh.. alhamdulillah dapat juga berpuasa Isnin lepas... insyaa Allah semoga semua kesusahan akan dihadapi untuk menjalani Syaaban, Ramadhan dan Syawal yang mendatang... insyaaAllah ayahanda abang akan kita uruskan ibadah hajinya..

Sabtu, 25 April 2015

Putik mulberi

Kisah dua bulan lalu... teruja bila pokok baru yang dibeli dari Mak Tom subur dirumah kayangan ni.. tak cerewet dengan lain-lain pokok yang dibeli,,, lagi teruja bila pokok mulberi ni dah berputik... apa ada pada putik.. tunggu je la dia masak ranum baru ohsem... macam mulberi Mak Aji yang meriah sampai boleh letak atas muffin ... sebenarnya rasa bersyukur tergerak hati nak snap buah sulung yang didalam jagaan sendiri kerana seminggu kemudian pokok ni sepi... tiada mulberi yang sepatutnya meriah... gugur ke buahnya.. tiada pulak dipasu dan dilantai... curious sampai sekarang .. gerangan siapa yang berminat dengan baby buah mulberi akak ni... 
sekian .. sebagai catatan untuk diri sendiri.. 


PS : keletihan ulang alik dari KL JB dalam masa seminggu ni... sampai KL pukul 10.30 malam ..esoknya masuk ofis macam biasa... melayang-layang je rasa ... pandan pc mata lelap.. tengok wasap mata lelap.. baik cuti... demi memberi semangat kepada HS untuk ke sekolah.. gagahkan juga... adik dan abang pembantu semuanya cuti... akak dan adik pembantu yang rajin datang.. almaklumla ada yang nak cuti panjang untuk bercuti ke luar negara, ada yang nak simpan cuti untuk digunakan selepas bersalin dan ada yang nak simpan untuk cuti raya... walaupun waktu tidur tiada yang kurang dari pukul 12 malam dan pukul 8 pagi keesokannya kena pulun juga peserta dan urusetia gigih menyiapkan dokumen bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Jalan-jalan cari makan tak sempat ..layan je la foto posting dari grup yang sempat keluar dari hotel... sehari je dia orang dah muak makan makanan hotel... terkelip-kelip mata dan telan air liur je tengok foto mee rebus tulang, kacang phool dan macam-macam lagi... sempat pula dia orang ni keluar supper.. release tension sambil tengok buskers beraksi dan ada juga yang menyelusur pantai Selat Teberau yang kelihatannya lesu ... ada yang rajin bangun pagi dan terjah melihat pasar ikan ditepi jalan... jadi urusetia memang memenatkan... suka lagi jadi peserta.. bawa badan dan idea, buat kerja, sumbang idea ..gaduh-gaduh dan siapkan dokumen .. jadi urusetia kerja round the clock ..  wasap tengok dan dengar je la cerita cerinti para peserta... yang akan diingat sampai bila-bila .. urusetia terlajak tidur... bertubi-tubi grup wasap dari peserta .. wasap foto bilik perbincangan berkunci la, ugut nak balik tidur la dan macam2 lagi.... memang kami tiada rehat ... lega bila dah sampai rumah walaupun suasana yang kondusif dihotel ditinggalkan.. 

Selasa, 21 April 2015

BWH JB

Kedatangan kami disambut dgn bunga cantik ni di lobi hotel.. selalu nampak yg berwarna merah menyala.. selamat sudah kami berkampung di sini.. semoga jumpa lagi..


Ahad, 19 April 2015

Ole - ole balik outstation


Foto lama... hasil keratan hasil ole - ole dari outstation.. April tahun lepas.. masih sudi hidup dirumah kayangan... ruella pink yang renek.. baja m&k sudah disuap, vermicompost pemberian Aunti Rosa sudah.. sebulan dua ni dapat suapan baja kopi.. alhamdulillah sihat... cuma yang digemari oleh serangga putih... sehingga kini tetap berumahtangga dipokok ni... 

Dah gemuk.. 
background warna hitam tu tiada kena mengena dengan baja kopi ya..
Itu je yang ada... nanti nak kena order macam kawan2 lain yang letak background yang boleh dibawa kesana kemari khusus untuk foto2 ..

PS: Break sekejap dari mengemas persiapan untuk urusan official di BWH JB... stress lagi ni... minggu lepas lawatan tapak dan esok event sebenar...semoga dipermudahkan semua urusan... semoga sakit pinggang segera pulih... baru je lepas treatment petang tadi.... sabar jo la..m

Selasa, 7 April 2015

Permintaan

Nawaitu beli daging kampung untuk buat rendang daging... kekonon nak baiki rendang ayam pencen minggu lepas..  Ha ha jadi rendang ayam plastik ... jeran HS... ayam tak boleh nak kopek dengan jari halusnya.. kena unggis dengan gigi... tu lah .. sebab teringatkan rendang arwah En Boss teringin nak asah bakat ... ternyata arwah jaguh buat rendang... akak tak boleh lawan .... bagi anakanda Siraj ok je.. dia suka ayam pencen.. kalau dekat dengan Diana KBB boleh beli ayam kampung !  balik je dia dari kerja dah tanya bau apa ni?  macam bau tomyam ... tomyam pula!!  

bila dah makan dan tekstur ayam macam plastik gitu maka terpacul dari mulut HS " sebenarnya adik lebih suka kalau buat rendang daging!!!" nanti mak buat ye... ye lah nanti mak beli daging pula..

bila nak mula masak dan semua bahan sudah dikumpulkan akak pula saja-saja tanya nak masak apa? Gulai atau rendang.. dah berbelah bahagi hati HS... request gulai pula.... memang favourite dia pun .. penat-penat balik kerja buat juga la... dah jemu makan makanan kedai ya juga... sementara bahan ada teruskan la ... dapat daging bahagian peha dari Pasar Tani. Lama sungguh dah tak masak daging kampung... 

Senyum dua beradik yang tinggal ni dapat gulai daging...  hmmm kalau arwah En Boss pasti sangat suka.  Hampir setahun mak malas masak gulai daging kan?

Ahad, 5 April 2015

Musim panas yang meriah dengan pokok liar

Disekitar kawasan parkir rumah kayangan kami ni banyak dah pokok liar yang tumbuh melata... siang panas menyengit... disulam hujan petang... 

antara yang menangkap mata... sesekali bila keluar ofis dan sampai  sebab  jalan clear matahari masih menyambut kami.. musim panas lagi clear kawasan sekeliling ... keluar je kereta cepat-cepat keluarkan senjata... momen ni mesti diabadikan... sesiapa yang mengenali pokok ini sudi-sudilah kongsikan... sangat-sangat dialu-alukan... kita kata liar yang expert mungkin kata bukan .....       cantik bunga kuning tu



gerombolan yang tumbuh melata

bersaing-saing dengan gelam pasir ni... bawaan burung barangkali... diatas rumah kayangan sana juga ada pokok ni.. berjuraian dia keluar dari gril dry yard kami... nak snap agak sukar kerana berada dihujung sudut sana... benih dari sini ke rumah kayangan atau dari rumah kayangan ke sini? 

Meraikan HS tanpa ayahanda tercinta

Lain nawaitu lain kejadiannya.. HS yang masih disekolah rendah amat teruja bila Februari menjelang.. dah tau dah birthday dia around the corner... namun tahun ini hari itu tidak menjelma kerana 29 Februari hanya hadir pada tahun 2016... sebagai anak yang lahir pada tahun lompat (leap year) kadang-kadang sukar menjelaskan keadaan yang berlaku sehinggalah dia bersekolah... kadang-kadang diejek dan dipermainkan dengan ungkapan "ko mana ada birthday tahun ni" ...namun begitu  dalam keluarga kami dia tidak keseorangan.. ada lagi seorang sepupu yang senasib dengan HS... anakanda Ezam.. tahun ini bermulalah zaman kami sekeluarga menyambut ulangtahun tanpa insan yang sangat penting dalam hidup kami... tiada abah untuk uruskan semua  perkara berkaitan sambutan ulang tahun.. biasanya akak lepas tangan aje ... terpulanglah arwah En Boss nak buat apa.. nak celebrate di rumah ke, nak makan kat tempat spesial ke akak ikutkan aje.. 

arwah selalu berkata kesian adik.. memang tak perasan apa maksud kenyataan arwah... kadang-kadang terlintas dalam fikiran juga seolah-olah dia rasa dia tidak lama bersama kami.. cuba disampaikan kepada kami yang kurang arif .. dengan orang lain juga dia berkata demikian .. tapi bukan perihal HS tetapi perihal akak...  pada hari pengebumian arwah mak kepada pemain bola terkenal menyatakan hal sedemikan.. dia kata awak baik  .. awak jaga dia dengan baik.. arwah kata dia kesian dengan awak.. langsung makcik akak peluk dan menangis semahunya... hampir 24 jam akak menahan raungan dan tangisan...  tapi bila dimaklumkan oleh makcik,, terburai juga air mata disekeliling  mereka yang hadir melawat... 

arwah rajin berhenti dirumah makcik jika makcik dan pakcik ada diluar rumah .. makcik rajin berkebun dan pakcik sedang uzur... sakit macam arwah juga .. cuma umurnya masih belum Allah berhentikan.. rajin sungguh arwah berborak dengan makcik dan pakcik... akak yang selalu letih jarang nak turun kereta jumpa pakcik dan makcik kecuali dikedai anaknya.. makcik pula rajin beri hasil kebunnya kepada kami... masyaaAllah! baik hati sungguh makcik.. tanaman makcik juga yang memberi inspirasi dan semangat untuk akak berkebun dilaman.. cuma akak agak segan nak snap sayur-sayur dia... 

bila diingat-ingat perangai arwah ni serupa dengan perangai arwah MIL yang rajin jumpa orang sakit dan saudara tua yang uzur sebelum dia meninggal... pernah arwah MIL menyatakan kepada arwah nenek akak .. entah siapa la yang pergi dulu saya atau makcik katanya... 

sejurus sahaja arwah disahkan meninggal dunia akak dah meraung .. masa tu dikalangan sahabat arwah.. arwah meninggal semasa reunion sekolah rendah yang dah melebihi 30 tahun tidak berjumpa... perjumpaan pertama dan terakhir yang asalnya untuk bergembira berakhir dengan kesedihan..  setelah lama tidak berjumpa akak biarkan aje dia berborak dimeja sebelah.. memang nawaitu untuk biar dia berseronok dengan kawan2... HS juga menangis.. kanak-kanak sebaya HS hanya tahu abahnya tiba-tiba pengsan.. 

 tiba-tiba aje arwah sesak nafas setelah memaklumkan kepada kawan-kawannya khasiat ayat laqadjaakum... note arwah jatuh dan arwah cuba mencapainya... masih terbayang arwah cuba mengambil note dengan dirinya yang sudah lemah.. cepat-cepat akak bangun dari meja sebelah dan peluk arwah ... panik... kawan-kawan baringkan arwah diatas kerusi ... akhirnya akak ajar arwah mengucap... nak beri bantuan semua tak pandai.. semua yang ada macam terkejut dan tak tahu apa nak buat... arwah ada simpan ubat untuk jantung namun dia sudah lama tidak mengingatkan akak dimana dia simpan ubat tu... ada yang suruh cucuk lehernya dengan benda tajam.. akak tak berani pula takut darah memancut keluar kerana minggu tu arwah beritahu darahnya agak cair dan doktor jangka akan berlaku pendarahan...  ambulan pula lambat sampai... sampainya paramedik arwah disahkan sudah tiada... isteri mana yang tak meraung? namun raungan akak sebentar sahaja atas nasihat isteri kawan arwah... sejuk juga hati... tapi SIL yang lewat sampai memang tak boleh dipujuk ..  menangis ditepi longkang sambil menyebut adik dah tak ada abang berkali-kali... 

Nawaitu dan permintaan HS adalah untuk makan spageti di Sahara Tent... dia request dua pinggan ha ha... anakanda Siraj yang baru dapat gaji layankan aje... namun program bertukar bila melawat bonda akak.. adik-adik nak sponsor HS... terharu juga akak ... thanks to all of you.... just a small and simple gathering specially for HS... amboi bila ditanya nak kek apa HS cepat-cepat buat keputusan .. adik nak chocolate indulgence... selamat ulangtahun pada anakanda HS walaupun entri mak ni panjang berjela.. tiba-tiba jadi sebak mengingatkan arwah... siapalah kita untuk menghalang kematian... hidup dan mati sudah ditentukan... terimalah seadanya ketentuan Yang Maha Esa.. 

yang pastinya akak tak dapat tengok wajah tua arwah :)


Mak tak faham kenapa lilin tu ada empat.. abang-abang aje yang tahu..

suasana nampak happy... dalam hati siapa yang tahu.. sikidal memotong kek... 
anakanda sulung tu pun kidal juga... 

abang yang suka mengusik

Birthday akak birthday dia juga...
 pasang lilin sekali lagi untuk Ayish tiup

Pujaan hati HS ... adik yang amat dirindui.. itu ini asik Ayish aje..

Aiskrim dah nak cair... cepat cepat habiskan... 

PS: Baru rasa nak wujudkan catatan ni... letih dan stress dengan kerja ofis.. next akan ke JB pula jika tiada aral... banyak la kerja kami... tidur pun rasa tak tidur.. buat kerja ofis teringat kerja kat rumah yang tak pernah sempurna.. cuti-cuti hujung minggu ni teringat kerja kat ofis pula... tiada kesudahannnya sehinggalah kita di panggil mengadap Dia... semoga hari-hari yang dilalui tetap ada peruntukan untuk Dia.. untuk alam kita yang lagi satu...

Khamis, 2 April 2015

Liliku berbunga

Minggu lepas balik Seremban sebentar uruskan pusara arwah En Boss... alahai laman makin semak.. nampak lili ni dah kembung nak berbunga... kidnap la balik ke KL.. kalau tinggal memang tak merasa nak jamu mata tengok lili ni berbunga.. sebelum ni lili yang ditanam berbunga hanya sebatang aje.. kali ni lumayan .. tiga tangkai semua nak melihat dunia..

teringat Diana KBB kata lili ni warna salmon..
foto agak kelam.. begitulah adanya cahaya di rumah kayangan di sini.. cahaya sangat kurang..

terpaksa selit antara pasu yang ada.. memang caca merba meja komputer yang dikitar semula jadi tempat letak bunga.. entaframe juga si pokok nilam... kawasan kecil... segala sudut untuk foto sangat minima keluasannya




Hari Kantin

Sabtu lepas teman HS ke Hari Usahawan aka Kantin.. (terma kita sekolah dolu-dolu).. banyak acara ... nampak sekolah macam tak ramai orang tapi sebenarnya meriah.. siap ada demo dari PDRM lagi.. 
Akak turun kepadang kononnya nak lepak di tapak aktiviti kelas HS sambil habiskan kupon .. sampai aje dikhemah cikgu cakap tak cukup kakitangan.. sudi-sudilah membantu ...ha ha jadi penjual air akak hari tu..  hari panas namun berangin..kira ok lah.. tak de lah akak ni dapat migrain... macam seronok je jual air.. berganding tangan dengan anak-anak yang seronok berniaga.. si HS entah ke mana menghabiskan kupon... makin laku bila matahari makin tinggi.. yang paling laku lemon blue ... ada parent yang dari hari sebelum dah bertungkus lumus tolong aktiviti kelas HS... malam sebelumnya ada aktiviti wayang pacak... akak tak larat nak join sebab bebanan kerja kat ofis.. pukul9 malam dah ko... kesian juga dengan parent yang gigih berusaha membantu.. alhamdulillah semua berjalan lancar dan collection pun boleh tahan.. hari sebelum katanya menjangkau RM700... hari tersebut akak tak pasti sebab perlu gerak awal kerana anakanda sulung perlu standby untuk praktis bagi majlis malam nanti .. dah jadi mat bagpiper pulak dia..



adik baju belang yang rajin dari pagi hingga tengahari.. 

jom

Arkib Blog

Label

#sebelum dia pergi selama-lamanya (1) 1 Mei - 12 Mei (1) 10 malam terakhir (1) 16.8.1988 (2) 16.8.2014 (1) 4.8.2013 (1) 4.8.2014 (2) 5 Januari (2) abang (1) adik (2) adik comel (1) african lily (2) Ah So (1) Ahad (1) Akar Dani (1) akhir (1) aksi (1) allamanda (1) Allan's Water (1) Aloe Vera (1) alu-alu (1) Amarillys (3) amra (1) anak (2) Anak bendir singa (1) anak pokok (3) Anak pokok delima (1) anak pokok lemon (1) Angle Loofah (1) angsa (1) anjing comel (1) anniversary (2) apa (1) Apa ada di Negeri Sembilan (3) apa? (3) area (1) Asam jawa (1) asam keping (2) asin-asin (1) asparagus (1) Awan (3) Bahau (3) Baja (1) balik kampung (3) balung ayam (3) bangun-bangun (2) basil (2) Batu Feringghi (1) batu karang (1) baung (1) bawal goreng (1) bawang (1) Bayam malabar (3) bayam malabar di Seremban (5) bayam malabar merah (5) bayam merah (1) bayan (1) bazar Ramadhan (1) bekal (1) belang (1) belang biru (1) belangkas (1) belimbing buluh (3) bendi (2) bendi emas (2) Bendi Singa (2) BendiOP (1) benih (1) benih dari Tanam Sendiri (1) benih kacang panjang renek (1) benih lemon (1) benih purple ipomea (1) berbunga (1) berembang (1) berkembang (1) berkilau (1) bersusun (1) besar (1) betik (1) betina (1) Bharat Tea (1) biak (1) birthday (1) blue diamond (1) blueberry (1) bonsai (1) bougainvilla (2) bougen-bougen (1) brindle berry (2) BTR (1) buah (4) buah apa (1) buah canistel (1) buah kari (1) Buah kristal (1) buah kuning telur (1) buah letup-letup (2) buah melaka (2) buah oren (1) Bubur nasi (1) buih ombak (1) Bukit Putus (3) buku gergasi (1) bulan (1) buluh jepun (1) buncis (1) bunga (32) bunga akarsom (1) Bunga Apa (6) bunga bongor (1) Bunga delima (1) Bunga halia bara (1) bunga hempedu bumi (1) bunga impatiens (2) bunga kangkung (1) Bunga Kertas (4) bunga kobis (3) bunga kuchai (1) bunga kuning (1) bunga maman (1) bunga matahari (1) bunga petola (1) bunga pukul 4 (1) bunga putih (4) bunga rambutan (1) bunga raya (3) Bunga raya pink (1) bunga rose jepun (2) bunga susun kelapa multipetal (1) Bunga Tahi Ayam (1) bunga telang (3) bunga timun tikus (1) Bunga Tisu (2) bunga ulam raja (1) burgundy (2) burung (1) burung hijau (1) butterfly (1) BWH (1) cabbage (1) calamansi (3) cambah (1) cambahan (2) Cambahan pulasan (1) Cameron Highlands (20) campak-campak (3) carnation chabaud (1) Carrot Paris Market (1) catatan (1) Cemomoi (1) cempaka putih (1) cendawan (1) cendawan busut (1) cerita burung (1) chayote (1) Cherating (2) chinese amaranth (1) chinese celery (2) cili api (3) cili besar (3) cili campak-campak (3) ciput (1) coriander (2) Cotton Rose (1) crinum asiarum (1) crossandra (6) crossandra hijau (4) CROSSANDRA infundibuliformis (2) crossandra peach (1) Crossandra undulifolia Shamrock (1) Cuaca (3) cuaca panas (1) cubaan (2) cuban oregano (1) cuti (1) Dahlia (9) Dataran Merdeka (1) Daulat Tuanku (1) daun (1) daun bawang (1) daun bebuas (1) daun gelugur (1) daun pandan (2) daun pisang (1) daun puding (2) daun selom (2) daun sesemut (1) Dedaunan (1) delima (2) demam (1) destinasi (1) Diana (1) Dill (1) dill berbunga (1) dipejabat (1) duit (1) durian (1) durian belanda (1) east india rosebay (1) Ecbolium viride Family: Acanthaceae Green Shrimp (1) edible (1) Egyptian Star (1) Eidul Adha (1) En. Jusz (1) epal (1) etnobotani (1) eve (1) evening sunflower (1) facebook (1) facemask (1) Family Day (1) Family: Acanthaceae (4) favourite photo (1) Februari (1) Fiji (3) Firecracker Flower (1) Flokoli (7) fragrance (1) Frasers Hills (4) fullhouse cherry (1) gelam pasir (1) gelugur (1) Generasi kedua (1) generasi ketiga (1) Giant sunflower (2) gladiolious (3) gladious (2) Gold Coast (1) green crossandra (4) Green Ice Crossandra (5) green parade (3) Green Shrimp (4) gula melaka (1) gulai (3) gulai betik muda (1) gulai maman (1) Gunung Angsi (1) hadiah (1) Hadramawt (2) hairy basl (1) halau (1) halus (1) Hari Kebangsaan (1) harum sundal malam (2) hasrat (1) Hawa (1) helang (1) Hentian Taiping (1) Herba (6) hijau (4) HS (3) hujan (1) iftar (2) ikan (1) ikan bolos (1) ikan senangin (1) ikan tenggiri (1) impatien (2) impatiens Cameron (1) incomela (1) Ipoh (4) Ipomea Variada Mixed (1) Jadual Baja (1) jalan raya (1) Jalan-Jalan (1) jam (1) jambu (1) James Wong (1) Janda Baik (2) jantan (1) Januari (1) jawapan bunga apa ni (1) JB (1) jelawat (1) jeliti (1) jenis (1) jerebu (2) Jeremin (1) jeruk Pak Ali (1) jom (3) juadah (1) kabus (2) kacang buncis heirloom-Royal Burgundy (2) Kacang Buncis Renek (1) kacang panjang (4) kacang raya (1) kacang tanah (5) Kailan (2) Kailan 55 (2) Kak Teh (6) kaki Frasers Hills (1) Kampung (1) kangkung (5) kanser (1) Kapsikum Merah (1) Karipap Rusa (1) kaya (1) Kebun Bahagia Bersama (1) kebun sebelah (1) kedondong (5) kedua (1) kelepung (1) kelicap (1) Kemaman (1) Kemangi (2) kembar (2) Kemerdekaan (1) kemuning (1) kemunting cina (1) kenangan (1) kepanasan (1) Kerangai (1) kerapu (1) keratan batang (1) kerdas (1) kerepek raya (1) kering (1) kerinting (1) ketam (3) ketayap (1) ketiga (1) ketumbar (2) keumbar (1) KIK (1) KL (1) klia (1) kobis (1) Kobis Awin (2) Kobis Bunga (1) Kobis Cina 636 (2) Koleksi (1) Korban (1) Korea (1) Koya (1) krisis air (1) Kuala Pilah (1) Kuantan (2) kucing (1) kucing BIL WAL (1) kudup (2) kuih kelepung (1) kuncup (1) kuning (3) kupu-kupu (1) kursus (1) labu botol (2) lada merah (1) Lailatul qadar (1) lama (1) Langkawi 2013 (1) Lantana Camara (1) lappy baru (1) latarbelakang (1) layu (1) lebah (2) Lekas Highway (1) lemang tepung (1) Lemon (2) Lemon Basil (6) lempuyang (1) lettuce (2) letup-letup (1) liar (7) likoh (1) Lili (1) lily (1) limau kasturi (3) love (1) lunch (1) luruh (1) main (1) Mak Ngah (1) makan-makan (1) makan-makan dirumah MABA (1) makisar (1) malabar (1) malabar hijau (1) malabar merah (1) malabar tamarind (1) mamak (1) maman (1) Maman Hantu (1) mandi laut (1) mangga (1) mangga telur (1) mangun (1) marigold (1) markisar (1) Mary Washington (1) masak-masak (5) masakan (2) Masjid (1) matahari (2) Melaka (2) melepas (1) melor (1) Menang (1) Menara Condong (1) mengkudu (2) menyorok (1) merah (2) mesra (1) MH370 (1) Mi Kari (4) Minah Kangkung (1) misteri (1) ML (1) Morib (1) Moss Rose (1) motivasi (1) mulberi (1) muraya (1) musim bunga gugur (1) musim hujan (1) Musim kering (1) musim panas (1) musim sejuk (1) Nak senang (2) Nano (1) nasi arab (1) nasi ayam kunyit (1) nasi goreng (1) Nasi Goreng Kampung (1) Negeri Sembilan (4) niat (1) noni (1) November (1) Nudabuffy (1) nyamuk (1) nyonya (1) ofis (1) Ogos (1) onde-onde (1) ondeh-ondeh (1) Orac (1) oren (1) Origin: India and Malaya (4) orkid (1) Padang Besar (1) pagi (1) panas (1) pankek (1) Pantai Mak Nik (1) Pantai Teluk Mak Nik (1) paragliding (1) Pasar (1) Pasar Tani (6) patin (1) pauh (1) peach (1) Pecah kaca (1) pegaga (2) pejabat (1) pelawat (2) peluang (1) pemandangan (1) Pemusnah (1) Penang (1) pencen (1) penyu (1) perkembangan (1) perubahan (1) pesona (1) Petai (1) Petaseh (1) petik (1) petola (8) petola pertama (1) Petua (1) petua elak gigitan nyamuk (1) Pindah (1) pink (6) Pink Lady (1) pisang (2) pokok (2) Pokok anak burung (2) pokok apa (1) pokok kari (1) Pokok kayu putih (1) Port Dickson (4) Pos Betau (1) proses (1) puasa (2) pucuk daun kunyit (1) pucuk paku (1) pudia (1) pudina (2) puding (2) pulang (1) Pulau Pinang (1) puncak kejayaan (1) purple (2) pusingan (1) putih (2) putu bambu (1) que (1) Rabu (1) racik (1) rama-rama (13) Rama-rama cantik (1) rama-rama putih (1) Ramadhan 2014 (3) Ramadhan 2015 1436H (1) Rawang (1) raya (6) rebung (1) rebus (1) red fiery (1) Red Romain (2) Rembau (1) Remis (2) rempah (1) rendang (1) rendang ayam pencen (1) renek (1) rerama (1) Ringlet (2) ros (1) Ros Jepun (2) Rose Jepun pink (1) roselle (2) royal (1) Sabah (1) Sabtu (1) Sage (1) Sagu (1) Sakit (1) Sakura Malaysia (2) salad (5) Salad Merah (1) sambal (1) sambung nyawa (2) santai-santai (1) Sapaan (1) saujana (1) Sawah (2) sawi (3) sawi bunga (1) sawi bunga Shanghai (3) Sayur Meranti (1) Scalloped Yellow Patty Pan Squash (1) scalloped yellow pattypan squash (1) Sejarah (1) selepas musim hujan (1) selom (1) semai (1) semaian (6) semaian dari benih (1) semangat (1) sembilang (1) semua menjadi (1) Senanti (1) sendu (1) Senduduk (1) sepulih (2) serangga (2) Sg. Lembing (1) Shanghai (3) sinaran (2) sinaran pag (10) sinaran pagi (3) Siput (2) slugs (1) SMA Nazrin (1) sorok (1) Species (1) spesis (1) spider lily (1) status (1) Strawberi (4) strawberi alpine reugan (2) strawberry (1) Strophanthus gratus / Rose Alamanda (1) Stulang Laut (1) sugarloaf (1) sulur (1) sunflower (2) sunrise (1) sunset (1) susu cair (1) sweet basil (1) Sweet Basil Genovase (1) Syawal 2012 (1) Syawal 2013 (1) talapia (1) Taman Botani (1) Taman Botani KL (3) Tanam Sendiri (2) Tanjung Dahan (1) taragang (1) tauliah (1) teh (2) teka-teki (1) Tekoma (1) Teluk Intan (1) tenggek burung (1) tepak sirih (1) tepi jalan (1) Teratak Zaaba (1) terung (3) terung belanda (3) Terung Giant Naga (1) thai basil (1) timun jepun (2) timun mini (1) timun tikus (2) tisu (2) tomato (3) Tomato Ceri Full House (3) tuai (4) tuaian (8) tuber (1) tulbaghia (2) tunas (1) tunjuk (1) tunjuk langit (1) tupai turun (1) turquoise (1) Turquoise Crossandra (4) Turquoise Crossandra Origin: India and Malaya (1) ulam (3) ulam raja (4) ulangtahun (1) ulat bulu biru (1) ummuaidan (2) ungu (6) Unik (1) update (6) vemma (1) vinca (1) walking iris (1) wangi (1) warna (2) Warna alam (2) warna jingga (1) warna kedua (1) warna putih (1) water spinach (1) watermelon radish (1) wild impatien (2) wishlist (1) yakon (1) Yellow Pattypan Squash (1) Zaaba (1) zinnia (5) zucchini (1)