Ahad, 28 Jun 2015

Ulat Bulu

Call Adik,  akak tanya dia nak kuih apa? nak kelepung  katanya... jenguk2 kuih yg ada tiada pula warna hijau... nampak yang purple ni... cakap dgn dia nak tak kelepung purple ni? Ok je katanya... tanya akak penjual berapa rm kelepung purple ni? Tu bukan kelepung dik.. tu ulat bulu... tergamam sekejap.. ulat bulu ? Sedap dik kata akak tu... hmm beli satu pek je la... 
dah berbuka alamak ramai yg suka terutama ayahanda akak... next week balik umah mak repeat la ... semalam akak beli 2 pek disamping pelbagai bubur yg akak tu jual.. 2 pek ulat bulu pun tak cukup.. 

Ketinggalan betul hal bab nama kuih2 kat Malaysia ni.. namanya je geli  nak sebut tapi rasa sedap sebab berintikan kacang merah.. bila di gugel banyak weh  resultnya... ada yg panggil ondeh-ondeh terung! Ada yg letak inti kacang hijau! 




Sabtu, 27 Jun 2015

Mak Long bonceng je

Foto tahun lepas di PD... cadangan asalnya untuk berkumpul dengan adik ipar di Blue Lagoon .. berkumpul sebelum mendaftarkan Kak Shaz ke kolej.. dia lewat sampai maka kami jalan-jalan cari port untuk bergambar dan resort-resort yang dikatakan istimewa untuk dikunjungi dan akan menjadi pilihan dimasa hadapan untuk aktiviti berkumpul dengan ipar duai dan anak buah... jika bajet mencukupi akan kami teruskan aktiviti yang selalu arwah En Boss buat bila ada hari cuti dan waktu yang sesuai. Sebelum aktiviti go cart ni kami ke Eagle Ranch.. macam-macam aksi dan sudut  dicari untuk bergambar... to pass time while waiting for Mak Usu sampai ya!

Mak Long pun tak nak ketinggalan.. tak kan jadi pemerhati je... nak juga tumpang sekaki.. bonceng anakanda Ezam jela ... Mak Long kereta pun tak reti drive lagi pula nak pandu go cart ni.. amboi anakanda Ezam bukan main lepas gian... dekat corner pun laju,,, terjerit-jerit Mak Long.. nak berlumba dengan abang dan adik yang lain..

Sebelum kami pakai topi keledar ada lagi sarung kepala diberi oleh  penyelia aktiviti ni.. for hygenic purposes  katanya..Dah tak nampak awning tudung akak ... Topi keledar tu dah terjongket sebab awning tudung dah terjuih keluar.. rosak pula tudung ..
 akak kata pada penyelia tu .. jangan gelak eh makcik ni nak go cart juga.. la .. katanya... sebelum ni ramai makcik-makcik yang bergocart .. dapat juga exersice sebab gegaran2 bila naik go cart ni... o ye ke... oklah tak de lah nak segan sebab join anak-anak ni bergocart.. harganya boleh tahan sebab guna minyak!  Kalau arwah En Boss ada mesti dia kata tak keje lain ke :)

PS: Selamat menjalani ibadah puasa di Ramadhan yang mulia.. masak apa hari ni?

  • semalam HS dijemput ke majlis berbuka puasa dan ada slot sumbangan untuk anak yatim.. hmm sesusahnya hidup kami tanpa arwah En Boss ada yang lagi susah... kata2 semangat dari teman semeja kami.. beliau tak bekerja dan hanya bergantung pada pencen arwah suami dan ambil upah jaga kanak2.. anak2 kecil lagi... semoga perjalanan hidup kami dipermudahkan Allah subhanawataala..
  • semalam pagi anakanda Siraj bawa akak ambil surat dipejabat  ..  curi masa tidur dia sekejap... hampir setahun baru selesai bab surat sebab akak pun sibuk dengan kerja .. semoga urusan kami selepas ni berjalan lancar.. 




Rabu, 24 Jun 2015

Ketumbar Jawa

Pokok tom yam kata Mak Tom. Sebab daunnya memang bau tom yam.. sedap.. HS pun teruja. 
Ini kali kedua pokok ni jadi ahli keluarga rumah kayangan ni.. kali pertama Mak Tom beri percuma aje... saja sedekah katanya.. dia ada banyak pokok ni dan mudah je hidup katanya... 
tanpa tahu apa sebabnya pokok tu dah mahu teruskan hidup... pokok kali kedua ni akak beli dari Mak Tom...  segan nak minta lagi... pokok ni segar dan sihat juga.. dah keluarkan bunga.. seperti kes pokok yang pertama dia juga tak mahu meneruskan hidup... kepanasan di rumah kayangan ni tak stabil kut..


Daun yang macam rambut punk tu akak andaikan bunganya... 

Isnin, 22 Jun 2015

Hari Lili?

Selepas habis event akak ambil peluang snap :) tak kelip 2 mata tengok.. temasya mata sungguh... kebetulan akak masuk dewan lewat... dah dapat duduk baru perasan. .. masyaallah lili sana sini... kalau sendiri tanam dan laman penuh dengan lili2 ni cam ne la agaknya ya? Sengih sepanjang hari (pakai ayat Tukang Kebun. .







Jumaat, 19 Jun 2015

Menu Ringkas Sahur 1 Ramadhan 1436H

Salam Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa. Sahur 1 Ramadhan kami 3 beranak je kerana anakanda Siraj shift malam.  Kalau di rumah bonda akak biasanya 1 Ramadhan ada lauk rendang. Mungkin dah jadi amalan bonda akak nak berendang bagai sebab dulu dulu mesti dapatkan daging kampung bila hari mantai. Tak terikut la akak dengan cara tu sebab kekangan masa kerana kerja. Dan juga arwah En Boss pun tak dididik dengan cara tu kecuali 1 Ramadhan jatuh pada hujung minggu.  Kalau di hujung minggu ada lebih masa untuk pelbagai aktiviti terutamanya masak- masak. 
Ramadhan kali ni dilalui seperti biasa.. namun dengan ingatan mendalam terhadap arwah En Boss. . Tetap terkesan di hati kami sekeluarga. . 

Kebetulan hari Rabu hari pasar malam besar di tempat kami banyaklah bekalan lauk untuk dipilih.  Ramainya orang menjelang 1 Ramadhan.. berpeluh2 akak dan HS ... kali ni ternampak pisang muda. . Terjumpa penjual ikan yg harga nya alhamdulillah boleh tahan. . 

 Selepas solat Isyak gedang gedung tumbuk cili dengan kunyit. Selesai menggulai sediakan tahu untuk digoreng sebelum sahur nanti.  Senyum lebar anakanda sulung tengok gulai ikan tenggiri dengan pisang muda. Selera makan semasa bersahur. . Kalau lauk yg tidak berkenan tu layan ngantuk sebelum bersahur secara paksa :)


Sabtu, 13 Jun 2015

Lili dari Pulau Langkawi

Lili pemberian Kak Normala ..  saja-saja letak dalam kontainer kecil yang sedia ada pokok strawberi alpine reugan bagi tujuan menyegarkan dan memyesuaikan dengan persekitaran baru... masa diterima nampak daunnya seperti letih dalam perjalanan dari Langkawi ke KL dan seterusnya kekuningan dan tanggal dari bulb yang dikirimkan... akarnya alhamdulillah sangat segar.. setakat tarikh foto tu lili ni sangat bahagia dalam kontainer kecil tu.. hmmm dah terlebih sesuai pulak.. dah menjalar akar ke dalam padu dan berdaun gebu.. terima kasih Kak Mala.. akak aje yang masih belum menghantar apa-apa pada Kak Mala.. dah beli nilam dua pasu.. belum sempat bermesra dengan suasana di sini dua-duanya dah kantoi... petunjuk kalau diposkan pun mungkin dia tak segar... inshaaAllah one fine day akak ke Langkawi dengan pasu-pasu nilam tu sekali... Kak Mala juga ada mengirimkan benih bunga mataharinya yang subur-subur tu... masih belum sempat menyemai dan membeleknya... 


suka sangat dengan daun-daunnya yang lebar dan gebu... setakat hari ini pokok ini sangat bahagia di rumah KL ni.... semoga berbunga ya ..

Selasa, 9 Jun 2015

Kopi?

Nak menyambal ikan selar kononnya. Mungkin penat kut tak perasan pek berisi kopi ingatkan gula... sama je warna peknye .. dah silap tengok... 

dah separuh goncang-goncang pek tu baru nak tengok dalam kuali.. terkejut beruk tengok apa benda hitam dalam sambal ni... ha ha terjerit la kat dapur ... kopii.. HS pun terkejut...  dah tercurah kopi la dalam sambal mak la dik!! ..

 akak nak letak gula dalam pek 
tu sebab ukuran nya sedikit aje.. ala pek kopi dan gula yang dibekalkan oleh pihak hotel kepada setiap bilik yang kita inap... ada baki lagi maka akak bawa balik.. dah lama tak guna dan malas nak buka peti ais untuk cari brown sugar yang selalu digunakan untuk masak.. hati berkata .. tak apa guna je gula yang dlm pek yang ada ni ..memang selalu masak sambal letak gula .. boh sedikit je buat syarat..

 nak kaut dan buang kopi dah meresap dalam sambal tu.. maka teruskan... gaulkan aje.. to our surprise tak de pun rasa kopi ... licin menjilat jari HS makan ... anakanda Siraj kata dia pernah dengar makanan kalau letak coklat atau kopi macam ni memang makanan jadi lebih sedap.. 



ha licin kan...
 marah HS mak curi-curi snap foto dia... 
sedap mak katanya... hmm dah dia hantu sambal. . Suka l..


Jumaat, 5 Jun 2015

Akhirnya..

Semasa arwah En Boss ada lagi dah bernawaitu untuk beli penapis air ni.. asyik tertangguh aja ... sehingga akhirnya arwah pergi.. bila akak tak sihat hari tu teringat la akak akan penapis air ni ... lama sungguh buat keputusan... penapis lama dah pun expired .. nak minum air bersih perlu beli  air mineral.. dah tak larat nak beli air mineral botol besar 5 dan 9 liter tu setiap minggu.  Penuh rumah dengan botol untuk kitar semula.. 
Kedua-dua hero akak memberi khidmat nasihat  -  drpd mak beli air tiap2 minggu eloklah mak beli penapis yg baru... lagi jimat katanya.... 

Maka untuk menjaga kesihatan dan untuk mendapatkan khasiat air yang ditapis serta halalan thoyyiban yang menggunakan bahan buatan untuk penapis yang dibuat dari tempurung berbanding dengan produk keluaran lain yang menggunakan batu, tulang dan sebagainya berusahalah akak dan anak sulong meredah jalan jam ke USJ 19 untuk membeli penapis ni...

banyak pesanan oleh penjual yang mesra melayan kami berkaitan penggunaan penapis air ni bersekali dengan doa dan langkah-langkah yang perlu dibuat sebelum meminum air ni... ada kompas agar arah penapis ni diletakkan mengadap qiblat.. tidak berhampiran kawasan yang panas serta kawasan tempat letak sampah..  yang perlu istiqomah mengamalkannya..

everybody in the house happy..


PS: katanya kotak piramid kalau disimpan roti didalamnya roti tersebut hanya mengering dan tidak rosak wp dalam jangkamasa yang lama.. d

Selasa, 2 Jun 2015

Anak tomato

Bernas sungguh benihnya... disangkakan sudah jadi kompos bila diletak bawah pasu tu... bercambah pula dia.. kena minta maaf dengan anak pokok ni sebab akak tak pedulikan semasa cuaca panas Mac yang lepas... terima kasih sebab menceriakan pandangan akak diatas kekuatan mu menerobos benih yang dicampak dan persekitaran yang tidak kondusif..
sebenarnya kawasan ni dah sesak dengan pasu ... tiada tempat untuk bertanam... 

jom

Arkib Blog

Label

#sebelum dia pergi selama-lamanya (1) 1 Mei - 12 Mei (1) 10 malam terakhir (1) 16.8.1988 (2) 16.8.2014 (1) 4.8.2013 (1) 4.8.2014 (2) 5 Januari (2) abang (1) adik (2) adik comel (1) african lily (2) Ah So (1) Ahad (1) Akar Dani (1) akhir (1) aksi (1) allamanda (1) Allan's Water (1) Aloe Vera (1) alu-alu (1) Amarillys (3) amra (1) anak (2) Anak bendir singa (1) anak pokok (3) Anak pokok delima (1) anak pokok lemon (1) Angle Loofah (1) angsa (1) anjing comel (1) anniversary (2) apa (1) Apa ada di Negeri Sembilan (3) apa? (3) area (1) Asam jawa (1) asam keping (2) asin-asin (1) asparagus (1) Awan (3) Bahau (3) Baja (1) balik kampung (3) balung ayam (3) bangun-bangun (2) basil (2) Batu Feringghi (1) batu karang (1) baung (1) bawal goreng (1) bawang (1) Bayam malabar (3) bayam malabar di Seremban (5) bayam malabar merah (5) bayam merah (1) bayan (1) bazar Ramadhan (1) bekal (1) belang (1) belang biru (1) belangkas (1) belimbing buluh (3) bendi (2) bendi emas (2) Bendi Singa (2) BendiOP (1) benih (1) benih dari Tanam Sendiri (1) benih kacang panjang renek (1) benih lemon (1) benih purple ipomea (1) berbunga (1) berembang (1) berkembang (1) berkilau (1) bersusun (1) besar (1) betik (1) betina (1) Bharat Tea (1) biak (1) birthday (1) blue diamond (1) blueberry (1) bonsai (1) bougainvilla (2) bougen-bougen (1) brindle berry (2) BTR (1) buah (4) buah apa (1) buah canistel (1) buah kari (1) Buah kristal (1) buah kuning telur (1) buah letup-letup (2) buah melaka (2) buah oren (1) Bubur nasi (1) buih ombak (1) Bukit Putus (3) buku gergasi (1) bulan (1) buluh jepun (1) buncis (1) bunga (32) bunga akarsom (1) Bunga Apa (6) bunga bongor (1) Bunga delima (1) Bunga halia bara (1) bunga hempedu bumi (1) bunga impatiens (2) bunga kangkung (1) Bunga Kertas (4) bunga kobis (3) bunga kuchai (1) bunga kuning (1) bunga maman (1) bunga matahari (1) bunga petola (1) bunga pukul 4 (1) bunga putih (4) bunga rambutan (1) bunga raya (3) Bunga raya pink (1) bunga rose jepun (2) bunga susun kelapa multipetal (1) Bunga Tahi Ayam (1) bunga telang (3) bunga timun tikus (1) Bunga Tisu (2) bunga ulam raja (1) burgundy (2) burung (1) burung hijau (1) butterfly (1) BWH (1) cabbage (1) calamansi (3) cambah (1) cambahan (2) Cambahan pulasan (1) Cameron Highlands (20) campak-campak (3) carnation chabaud (1) Carrot Paris Market (1) catatan (1) Cemomoi (1) cempaka putih (1) cendawan (1) cendawan busut (1) cerita burung (1) chayote (1) Cherating (2) chinese amaranth (1) chinese celery (2) cili api (3) cili besar (3) cili campak-campak (3) ciput (1) coriander (2) Cotton Rose (1) crinum asiarum (1) crossandra (6) crossandra hijau (4) CROSSANDRA infundibuliformis (2) crossandra peach (1) Crossandra undulifolia Shamrock (1) Cuaca (3) cuaca panas (1) cubaan (2) cuban oregano (1) cuti (1) Dahlia (9) Dataran Merdeka (1) Daulat Tuanku (1) daun (1) daun bawang (1) daun bebuas (1) daun gelugur (1) daun pandan (2) daun pisang (1) daun puding (2) daun selom (2) daun sesemut (1) Dedaunan (1) delima (2) demam (1) destinasi (1) Diana (1) Dill (1) dill berbunga (1) dipejabat (1) duit (1) durian (1) durian belanda (1) east india rosebay (1) Ecbolium viride Family: Acanthaceae Green Shrimp (1) edible (1) Egyptian Star (1) Eidul Adha (1) En. Jusz (1) epal (1) etnobotani (1) eve (1) evening sunflower (1) facebook (1) facemask (1) Family Day (1) Family: Acanthaceae (4) favourite photo (1) Februari (1) Fiji (3) Firecracker Flower (1) Flokoli (7) fragrance (1) Frasers Hills (4) fullhouse cherry (1) gelam pasir (1) gelugur (1) Generasi kedua (1) generasi ketiga (1) Giant sunflower (2) gladiolious (3) gladious (2) Gold Coast (1) green crossandra (4) Green Ice Crossandra (5) green parade (3) Green Shrimp (4) gula melaka (1) gulai (3) gulai betik muda (1) gulai maman (1) Gunung Angsi (1) hadiah (1) Hadramawt (2) hairy basl (1) halau (1) halus (1) Hari Kebangsaan (1) harum sundal malam (2) hasrat (1) Hawa (1) helang (1) Hentian Taiping (1) Herba (6) hijau (4) HS (3) hujan (1) iftar (2) ikan (1) ikan bolos (1) ikan senangin (1) ikan tenggiri (1) impatien (2) impatiens Cameron (1) incomela (1) Ipoh (4) Ipomea Variada Mixed (1) Jadual Baja (1) jalan raya (1) Jalan-Jalan (1) jam (1) jambu (1) James Wong (1) Janda Baik (2) jantan (1) Januari (1) jawapan bunga apa ni (1) JB (1) jelawat (1) jeliti (1) jenis (1) jerebu (2) Jeremin (1) jeruk Pak Ali (1) jom (3) juadah (1) kabus (2) kacang buncis heirloom-Royal Burgundy (2) Kacang Buncis Renek (1) kacang panjang (4) kacang raya (1) kacang tanah (5) Kailan (2) Kailan 55 (2) Kak Teh (6) kaki Frasers Hills (1) Kampung (1) kangkung (5) kanser (1) Kapsikum Merah (1) Karipap Rusa (1) kaya (1) Kebun Bahagia Bersama (1) kebun sebelah (1) kedondong (5) kedua (1) kelepung (1) kelicap (1) Kemaman (1) Kemangi (2) kembar (2) Kemerdekaan (1) kemuning (1) kemunting cina (1) kenangan (1) kepanasan (1) Kerangai (1) kerapu (1) keratan batang (1) kerdas (1) kerepek raya (1) kering (1) kerinting (1) ketam (3) ketayap (1) ketiga (1) ketumbar (2) keumbar (1) KIK (1) KL (1) klia (1) kobis (1) Kobis Awin (2) Kobis Bunga (1) Kobis Cina 636 (2) Koleksi (1) Korban (1) Korea (1) Koya (1) krisis air (1) Kuala Pilah (1) Kuantan (2) kucing (1) kucing BIL WAL (1) kudup (2) kuih kelepung (1) kuncup (1) kuning (3) kupu-kupu (1) kursus (1) labu botol (2) lada merah (1) Lailatul qadar (1) lama (1) Langkawi 2013 (1) Lantana Camara (1) lappy baru (1) latarbelakang (1) layu (1) lebah (2) Lekas Highway (1) lemang tepung (1) Lemon (2) Lemon Basil (6) lempuyang (1) lettuce (2) letup-letup (1) liar (7) likoh (1) Lili (1) lily (1) limau kasturi (3) love (1) lunch (1) luruh (1) main (1) Mak Ngah (1) makan-makan (1) makan-makan dirumah MABA (1) makisar (1) malabar (1) malabar hijau (1) malabar merah (1) malabar tamarind (1) mamak (1) maman (1) Maman Hantu (1) mandi laut (1) mangga (1) mangga telur (1) mangun (1) marigold (1) markisar (1) Mary Washington (1) masak-masak (5) masakan (2) Masjid (1) matahari (2) Melaka (2) melepas (1) melor (1) Menang (1) Menara Condong (1) mengkudu (2) menyorok (1) merah (2) mesra (1) MH370 (1) Mi Kari (4) Minah Kangkung (1) misteri (1) ML (1) Morib (1) Moss Rose (1) motivasi (1) mulberi (1) muraya (1) musim bunga gugur (1) musim hujan (1) Musim kering (1) musim panas (1) musim sejuk (1) Nak senang (2) Nano (1) nasi arab (1) nasi ayam kunyit (1) nasi goreng (1) Nasi Goreng Kampung (1) Negeri Sembilan (4) niat (1) noni (1) November (1) Nudabuffy (1) nyamuk (1) nyonya (1) ofis (1) Ogos (1) onde-onde (1) ondeh-ondeh (1) Orac (1) oren (1) Origin: India and Malaya (4) orkid (1) Padang Besar (1) pagi (1) panas (1) pankek (1) Pantai Mak Nik (1) Pantai Teluk Mak Nik (1) paragliding (1) Pasar (1) Pasar Tani (6) patin (1) pauh (1) peach (1) Pecah kaca (1) pegaga (2) pejabat (1) pelawat (2) peluang (1) pemandangan (1) Pemusnah (1) Penang (1) pencen (1) penyu (1) perkembangan (1) perubahan (1) pesona (1) Petai (1) Petaseh (1) petik (1) petola (8) petola pertama (1) Petua (1) petua elak gigitan nyamuk (1) Pindah (1) pink (6) Pink Lady (1) pisang (2) pokok (2) Pokok anak burung (2) pokok apa (1) pokok kari (1) Pokok kayu putih (1) Port Dickson (4) Pos Betau (1) proses (1) puasa (2) pucuk daun kunyit (1) pucuk paku (1) pudia (1) pudina (2) puding (2) pulang (1) Pulau Pinang (1) puncak kejayaan (1) purple (2) pusingan (1) putih (2) putu bambu (1) que (1) Rabu (1) racik (1) rama-rama (13) Rama-rama cantik (1) rama-rama putih (1) Ramadhan 2014 (3) Ramadhan 2015 1436H (1) Rawang (1) raya (6) rebung (1) rebus (1) red fiery (1) Red Romain (2) Rembau (1) Remis (2) rempah (1) rendang (1) rendang ayam pencen (1) renek (1) rerama (1) Ringlet (2) ros (1) Ros Jepun (2) Rose Jepun pink (1) roselle (2) royal (1) Sabah (1) Sabtu (1) Sage (1) Sagu (1) Sakit (1) Sakura Malaysia (2) salad (5) Salad Merah (1) sambal (1) sambung nyawa (2) santai-santai (1) Sapaan (1) saujana (1) Sawah (2) sawi (3) sawi bunga (1) sawi bunga Shanghai (3) Sayur Meranti (1) Scalloped Yellow Patty Pan Squash (1) scalloped yellow pattypan squash (1) Sejarah (1) selepas musim hujan (1) selom (1) semai (1) semaian (6) semaian dari benih (1) semangat (1) sembilang (1) semua menjadi (1) Senanti (1) sendu (1) Senduduk (1) sepulih (2) serangga (2) Sg. Lembing (1) Shanghai (3) sinaran (2) sinaran pag (10) sinaran pagi (3) Siput (2) slugs (1) SMA Nazrin (1) sorok (1) Species (1) spesis (1) spider lily (1) status (1) Strawberi (4) strawberi alpine reugan (2) strawberry (1) Strophanthus gratus / Rose Alamanda (1) Stulang Laut (1) sugarloaf (1) sulur (1) sunflower (2) sunrise (1) sunset (1) susu cair (1) sweet basil (1) Sweet Basil Genovase (1) Syawal 2012 (1) Syawal 2013 (1) talapia (1) Taman Botani (1) Taman Botani KL (3) Tanam Sendiri (2) Tanjung Dahan (1) taragang (1) tauliah (1) teh (2) teka-teki (1) Tekoma (1) Teluk Intan (1) tenggek burung (1) tepak sirih (1) tepi jalan (1) Teratak Zaaba (1) terung (3) terung belanda (3) Terung Giant Naga (1) thai basil (1) timun jepun (2) timun mini (1) timun tikus (2) tisu (2) tomato (3) Tomato Ceri Full House (3) tuai (4) tuaian (8) tuber (1) tulbaghia (2) tunas (1) tunjuk (1) tunjuk langit (1) tupai turun (1) turquoise (1) Turquoise Crossandra (4) Turquoise Crossandra Origin: India and Malaya (1) ulam (3) ulam raja (4) ulangtahun (1) ulat bulu biru (1) ummuaidan (2) ungu (6) Unik (1) update (6) vemma (1) vinca (1) walking iris (1) wangi (1) warna (2) Warna alam (2) warna jingga (1) warna kedua (1) warna putih (1) water spinach (1) watermelon radish (1) wild impatien (2) wishlist (1) yakon (1) Yellow Pattypan Squash (1) Zaaba (1) zinnia (5) zucchini (1)