Terpempan seketika dan hampir terlatah.. nasib baik tiada orang disekeliling... he he .... ingatkan ular besor melingkau didahan kenanga tu... masyaaAllah... rupa-rupanya penantian selama ini bukan lah penantian sebenarnya.. dia dah hidup dah tu... dah membesar bagai juara... alhamdulillah.. petola yang ditunggu sebenarnya sedang menunggu tuan penanam memerhatikannya... maafkan saya ya pokok petola.. selama ini bersangka kamu tiada bawa khabar gembira... hari ini gembira (Sabtu 20 Mei 2013) sebab petola sudah membuahkan hasilnya.. tak kisahlah walau sebiji yang menjadi... dapat lebih lagi suka betul tak?
Esok juga hari gembira .. gembira kerana selangkah pencapaian anak sulung telah berjaya... berkat sabar kami sebagai ibu bapa dan usaha si anak ini.. terusan lah kamu berusaha ya..
Dah tinggi begini camne pula nak ambil ni... terpaksalah gunakan penyapu rumput sebagai galah atau pengolan kata orang NS.. cedera juga lah buahnya turun ke bumi... dah turun buahnya baru perasan ada penggait siap diikat dengan botol penadah buah.. mungkin FIL yang buat untuk menggait buah mangga depan rumah... kalau tidak tak sakitlah petola ni kan!.. mungkin petola ni muda sangat namun perlu di tuai kerana minggu hadapan kami tak balik kerana ada kenduri kahwin di merata tempat serta kemungkinan ke Gambang menghantar anak saudara yang akan mendaftar Matrikulasi disana dan mungkin juga angkut anak-anak saudara kesana untuk cuti sekolah pula...
Terima kasih kepada kawan-kawan kerana memberi semangat bahawa akan ada buah petola ni - En. Adry, Ummuaidan, Mak Aji, Rose, @na, dan lain-lain ... dah ada buah dah dan boleh buat lauk!!

macam mana tak nampak minggu lepas? pandangan dari kebun sebelah
pandangan di laman sendiri
disangkakan yang ini buah pertama kui kui ...
sebenarnya nak snap aktiviti kumbang hitam tu