Teringin sangat hendak minum jus ni. Diperkenalkan oleh En Bos suatu ketika dulu. Tak sangka pula bila batuk-batuk jus ni menghilangkan gatal tekak dan batuk semasa bulan Ramadhan yang lalu. Masa bulan Ramadhan jus ni ada dijual di Bazar Ramadhan maka bermaharajalelalah menikmati jus ni untuk menghilangkan dahaga sambil menghilangkan batuk.... kali ini home made la.. since tiada saingan .. orang lain tak suka maka semua jus ni akak yang punya. Cuma yang home made ni tiada asam boi.. terlupa nak beli...homemade? Ya homemade sebab sumber jus ni ialah dari halaman sendiri. Teringin ada buah untuk jus ni sendiri selepas satu Jumaat Ramadhan tu akak teringin dan nak pergi beli tetapi tak kesampaian kerana nak segera balik Seremban untuk elakkan kesesakan lalulintas di hujung minggu.. maka pada suatu hari minggu yang indah di penghujung Ramadhan akak memborong sebatang anak pokok ni atau pokok katik yang dah matang.. siap berputik ketika tu,. pokok dibawa balik ke Seremban menjelang hari Raya Eidul Fitri yang lalu... masa nak raya hari tu kereta penuh... penuh dengan anak pokok he he...
hmmm nikmatnya dapat minum jus ni .. Alhamdulillah.. boleh minum berkali-kali...
inilah dia buah yang dimaksudkan..
Phee Ti dari blog Sesawang Maya Warnasari Tanya mana kedondongnya masa up entri
tuaian warna warni hari tu ... cerita je ye buahnya tak up.... baru sempat Tee... baru dapat upload... snap pun buah dah warna kuning he he....kedondong aka amra... dah seminggu tuai buah ni.. baki yang dibuat ulam hari itu boleh lah dijadikan jus..
minta maaf sangat-sangat pada Mak Yong Nadia - blog Journey to Green Living dan Awin-Blog Petak Hijau... bukan tujuan nak mengusha selera dengan buah-buah kegemaran orang mengandung ni.. akak pun teruja.. buah ni pun dah habis digunakan
ni pula bahagian permintaan khas.. untuk dicicah garam... sape lagi... untuk En Ketua Rumah
masa ni tertanya-tanya boleh tuai ke ... takkan lama sangat untuk dituai... dari bulan puasa hari tu sampai hari ni asyik belek dan belek... kekangannya ialah tidak akak siram hari-hari... 2-3 hari baru boleh jumpa..akhirnya keputusan dibuat ... tuai jela memandangkan sudah ada bunga baru dah keluar ..set kedua dan ketiga buah ni dah menjelma....risau juga buah ni overdue... melalui foto diatas belum bersabut lagi.. maknanya masih muda lagi... sebab tu crunchy dan sedap buat ulam..
dalam proses pembesaran ada pula bendasing putih ni menyelaputi buah ni... no idea apa ke benda ni..
tak sempat nak up dalam blog September lalu...
set bunga baru dah keluar...
P/s..catitan sendiri.. semalam dah ok demam 90%.. aktiviti gardening diteruskan... alihkan 3 pokok kacang botor...foto lupa snap..., semai bayam malabar foc dari Rose Semua Menjadi dan keratan asin2 foc dari Diana KBB... cabut sebahagian ulam raja yg dah gunjai, keluarkan kacang tanah yg dah semak & pangkas sebahagian besar pokok Ah So beri.. ternampak siput bab..lupa buh racun siput... guna sebahagian kecil tinja kambing untuk laman. Minggu lepas beli 3 bag tanah organik 3Rm 10..
Mahal... minggu ni beli 2 bag lagi + 1 anak pokok terung telunjuk..Rm.10.00.. nampak kat nurseri belakang Petronas ..tanah 1 bag RM1.00 Murah tu ... kalau ikut kos yg belanja ni boleh dapat 16 bag tanah...kui kui... hujan siang malam.... kucing tu asik jadikan toilet ....