Masa Adik Teh cerita pasal pokok buah hari tu.. pokoknya m sedia ada di tanam di FL .. akak blurr je.. dia kata macam laici.. tengok juga pokoknya .. hmm dah tinggi... akak masih tak ambil pot..
Minggu lepas selepas kenduri kahwin di rumah MAKSWIP akak dapat 2 -4 biji .. Adik Teh beri.. dari rumah adik Intan F rupanya.. pokok dah keluarkan hasil.. barulah kenal buah ni.. buah kristal katanya.. kulitnya rapuh.. isi berselaput seperti rambutan.. manis dan ada aroma kombinasi laici, longan dan kadang2 durian.. macam mana tu? Akak enjoy makan buah ni dan bersyukur kerana dapat mengenali buah baru..
Bila digugel... results memberikan maklumat rasa buahnya setanding laici (utusan - nampak benar dah lama tak baca suratkhabar) .. popular di Sarawak.. berasal dari Papua New Guinea.. 3 jenis buah iaitu berwarna merah, hijau dan kuning.. varieti longan juga..




